Pemantau Buat Laporan Polis Terhadap Tun Mahathir, Dakwa Fitnah Najib Isu Dana RM 2.6 Bilion

KUALA LUMPUR, 6 Julai – NGO Pemantau Malaysia Baru hari ini  membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana memfitnah bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan tuduhan-tuduhan mencuri dan menyeleweng dana sebanyakj RM 2.6 bilion daripada syarikat 1MDB di pentas-pentas ceramah, media sosial dan media antarabangsa selama tiga tahun sebelum menjelang PRU ke 14.

Menurut Pengerusi Pemantau Malaysia Baru, Datul Lokman Nor  Adam, laporan ini dibuat ekoran jutaan rakyat Malaysia telah mempercayai fitnah ini dan mengambil keputusan mengundi Pakatan Harapan dalam Pilihanraya Umum yang lalu yang menyebabkan UMNO dan Barisan Nasional kalah dalam pilihanraya tersebut.

“Saya hadir ke Balai Polis hari ini mewakili Pemantau Malaysia Baru untuk membuat laporan polis ke atas Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia.

“Ini disebabkan,  saya dan jutaan rakyat Malaysia sangat terkejut kerana apabila Dato Sri Najib Razak dihadapkan kemuka pengadilan dua hari lepas, tiada sama sekali pendakwaan dibuat keatas kesalahan mencuri duit 1MDB RM2.6b.

“Sebaliknya, antara pendakwaan yang dibuat terhadap beliau adalah akibat dari tindakan bekas CEO SRC International yang telah mendeposit sumbangan CSR SRC international ke dalam akaun amanah UMNO atas nama Dato Sri Najib, selaku Presiden UMNO dan Pemegang Amanah UMNO.  Saya juga difahamkan bahawa akaun ini diselenggara oleh Nik Faisal dan bukan Dato Sri Najib,” ujarnya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Perkara Ini diperkuatkan lagi kata Lokman apabila peguam negara Tommy Thomas membuat kenyataan mengesahkan bahawa tiada pertuduhan lain akan dibuat keatas Dato Sri Najib Razak.

“Dengan kenyataan peguam negara ini,  jelas membuktikan bahawa Tun Dr Mahathir dan rakan-rakan Pakatan Harapannya telah memfitnah ketua kerajaan sebelum ini selama tiga tahun berturut-turut dalam isu dana  RM 2.6 bilion, sehingga ianya mewujudkan persepsi yang sangat buruk kepada Pemimpin dan Kerajaan Barisan Nasional.

“Akibat daripada fitnah dan Pembohongan Tun Mahathir, Kerajaan Barisan Nasional telah ditolak oleh sebahagian besar dari rakyat Malaysia yang mempercayai pembohongan ini dalam pilihanraya umum ke 14.

“Justeru, memandangkan kerajaan Pakatan Harapan dibentuk berdasarkan fitnah dan pembohongan, kami membuat laporan ini untuk meminta pihak polis bagi menyiasat sama ada kerajaan yang didirikan berteraskan fitnah dan pembohongan ini sah mengikut undang-undang atau tidak, serta bolehkah tindakan undang-undang diambil keatas  Tun Mahathir Mohamad dan pemimpin Pakatan Harapan yang lain kerana memfitnah.

“Saya yakin ramai rakyat Malaysia yang ditipu oleh Tun Mahathir yang turut mahu melihat Parlimen dibubarkan dan Pilihanraya Semula diadakan bagi membolehkan rakyat membuat keputusan yang betul selepas mengetahui perkara sebenar,” tegasnya.-MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.