UMNO Bidas Stesyen TV Jadikan Prinsip ‘Subjudice’ Tidak Dihormati

KUALA LUMPUR, 4 Julai – Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Seri Dr Mohd Puad Zarkashi melahirkan rasa kesal dengan perbuatan perbuatan stesyen televisyen Astro Awani kerana menerbitkan satu program yang bertajuk ‘Najib Didakwa’.

Diskusi tersebut menyentuh fakta-fakta dan butir-butir kes serta pertuduhan-pertuduhan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, perbuatan rangkaian TV ini mengupas, menyentuh, membayangkan dan menyingkap sedikit sebanyak ‘fakta’ kes dengan menceritakan apa yang kononnya telah dilakukan oleh tertuduh, adalah bertentangan dengan undang-undang khususnya:

1. obstruction of Justice
2. Contempt of Court

“Ia bertentangan kerana kes sudah dibentang dan berada di hadapan mahkamah, maka setiap perkara yang disebut dan diperkatakan okeh panel dalam program ini, mempunyai ciri ciri, kecenderungan dan impak mempengaruhi ‘minda’ Hakim.

“Ini juga bertentangan dengan keputusan Hakim yang membenarkan permohonan injunctions team Pembela supaya tidak berlaku ‘trial by media’ terhadap kes ini. Perbuatan Astro Awani menjadikan prinsip ‘subjudice’ tidak dihormati,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru beliau menuntut pihak Mahkamah, Polis dan SPRM menyiasat perbuatan tersebut.

“Saya menuntut pihak Mahkamah, Polis dan SPRM menyiasat perbuatan tidak bertanggungjawab penerbit, para panelis dan Astro Awani dan membawanya ke kepengetahuan hakim sebagai ‘contempt of court’ dan mereka berkenaan hendaklah didakwa segera.”

Sehubungan itu, UMNO Bahagian Batu Pahat akan membuat aduan Polis di IPD Batu Pahat esok pada jam 9 pagi. – MediaUMNO