Jangan Terlalu Biadap Terhadap Raja-Raja Melayu – Armand


KUALA LUMPUR, 7 Jun – EXCO Pergerakan pemuda UMNO Malaysia, Dato Armand Azha Hj Abu Hanifah hari ini menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi pada institusi Raja-Raja Melayu dan berdiri teguh mempertahankan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu agar terus tidak tercalar dengan mainan politik kebencian.

Katanya, jika kita lihat kebelakangan ini pemimpin pakatan “Goverment Of The Day” mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mencalarkan imej Raja-Raja Melayu secara terbuka.

“Saya bersama sahabat-sahabat UMNO menolak sebarang percubaan jahat untuk menghina dan memperlekehkan Institusi Raja-Raja Melayu. Jangan cuba-cuba mengheret rakyat jelata untuk tidak lagi menghormati dan mendaulatkan Raja-raja yang menjadi lambang Demokrasi Raja Berperlembagaan di negara ini.

“Serangan pertama dikeluarkan oleh Kadir Jasin secara terbuka dalam mempertikaikan kuasa Institusi Raja-Raja Melayu dilihat sebagai satu ancaman sengaja ditanam dengan tujuan menghakis rasa taat setia rakyat Malaysia kepada Raja-Raja Melayu,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tegas beliau, yang lebih mendatangkan kemarahannya adalah penulisan kurang ajar aktivis Pakatan Harapan Hishamuddin Rais diblog beliau “Tukar Tiub” yang secara terbuka memfitnah dan mengaibkan DYMM Seri Paduka Baginda YDP Agung.

“Perlukah Hishammuddin Rais keluar ayat begini rupa pada DYMM Seri Paduka dalam artikelnya
http://tukartiub.blogspot.com/2018/06/agong-kuat-berjubo.html namun apabila artikel blog beliau viral, saya dapati beliau telah memadam artikel beliau kerana saya yakin beliau takut akan kebangkitan Rakyat untuk mempertahankan Institusi Raja-Raja Melayu dan akan mengurangkan sokongan rakyat pada Kerajaan Pakatan.

“Bagi saya dan sahabat-sahabat melihat dan amat bimbang dengan penularan budaya kebiadapan terhadap Raja-Raja Melayu dalam kalangan individu dan pihak tertentu yang berselindung atas nama hak kebebasan bersuara,” ujarnya.

Tegas beliau lagi UMNO berdiri teguh bersama Raja-Raja Melayu untuk mempertahankan hak-hak yang melibatkan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan seperti yang terdapat dalam Perkara 3 (1), kedudukan Raja-Raja Melayu seperti Perkara 38, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam Perkara 152 dan kedudukan Hak-Hak Istimewa Orang-orang Melayu seperti Perkara 153 dalam Perlembagaan Malaysia.

“Kami akan bersama-sama Pasukan Pemantau Kerajaan Malaysia Baru membuat laporan polis terhadap Kadir Jasin dan Hishamuddin Rais di Balai Polis Shah Alam pada jam 5 ptg ini dan akan bersama dalam himpunan ‘Daulat Tuanku’ pada hari Jumaat ini di Masjid Jamek Kg Baru Kuala Lumpur selepas solat Jumaat.

“Ayuh kita bangkit mempertahankan Institusi Raja-Raja Melayu sebagai rakyat Malaysia,” ujarnya lagi.- MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.