Kerajaan Perlu Pastikan Keadilan Ditegakkan Dan ‘Rule of Law’ Dipertahan


KUALA LUMPUR, 5 Jun – UMNO menyokong sebarang usaha kerajaan menyiasat dan mengambil tindakan segera atas apa jua kesalahan, jika ada, tanpa memilih bulu kata Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Katanya, kerajaan hendaklah memastikan keadilan ditegakkan dan ‘rule of law’ dipertahankan.

“Kerajaan juga diharap tidak membiarkan sebarang bentuk maklumat palsu, spekulatif, prejudis atau separuh benar bertebaran dalam masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata demikian merujuk kenyataan media Menteri Kewangan Malaysia hari ini berhubung kontrak yang diperolehi syarikat milik Kementerian Kewangan sendiri, Suria Strategik Energy Resources Sdn Bhd (SSER).

“Kita rakyat ingin melihat kebenaran dan keadilan ditegakkan tanpa sebarang kompromi,” tegasnya lagi. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.