Mohd Zaidy Seru Belia Manfaatkan Peluang TVET, Bina Masa Hadapan Cemerlang

JEMPOL, 23 Mei – Anak muda khususnya golongan belia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diseru agar tidak melepaskan peluang keemasan untuk membina masa hadapan yang lebih cerah yang ditawarkan kerajaan melalui bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir berkata inisiatif oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, […]

» Read more

Malaysia Bersedia Jadi Hab Serantau Inovasi Biojisim – Johari

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Malaysia bersedia untuk menjadi hab serantau dalam inovasi biojisim dalam keadaan permintaan global yang semakin meningkat, kata Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani. Johari yang juga Naib Presiden UMNO menerusi hantaran di laman Facebooknya memaklumkan beliau telah menyaksikan dua inisiatif strategik yang memperkukuh peranan Malaysia dalam tenaga boleh baharu dan ekonomi kitaran […]

» Read more

Sesi Pemukiman KEB Jadi Acara Tahunan – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 23 Mei – Sesi Pemukiman Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) akan dijadikan acara tahunan bagi melonjak semula agenda pembangunan bumiputera secara kolektif, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata sesi tahunan itu turut membolehkan pembangunan bumiputera dapat dilaksanakan secara rentas kementerian, agensi dan sektor. “Sudah tiba masanya […]

» Read more

ADUN Kota Iskandar Harap Kesesakan Lalu Lintas Ada Penyelesaian Segera

ISKANDAR PUTERI, 23 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad berharap soal kesesakan lalu lintas di beberapa kawasan diberikan tumpuan dan dicari penyelesaian segera. Menurut beliau kesesakan yang boleh dianggap kritikal khususnya di laluan utama dari Taman Pulai Indah ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM), serta laluan dari kampung Ulu Pulai ke Gelang Patah. “Kesesakan ini […]

» Read more

‘Rakyat Bukan Hanya Mahu Diwakili Tetapi Dihormati Dan Difahami Sebaiknya’ – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pilihan raya hari ini menuntut strategi berasaskan data, psikografi dan adaptasi terhadap keperluan semasa pengundi. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata aspek kepentingan rakyat juga perlu dititik beratkan kerana mereka bukan hanya mahu diwakili tetapi dihormati dan difahami sebaiknya. “Pilihan raya bukan sekadar soal menang […]

» Read more

Ini Adalah Masa Untuk Berkhidmat, Bukan Berpolitik… Yahya Tolak Dakwaan Fitnah

KUALA LUMPUR, 22 Mei – Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Datuk Yahya Jaafar menegaskan bahawa sekarang adalah masa untuk berkhidmat kepada rakyat, bukannya bermain politik. Ini kerana katanya, tindakan seorang ahli parlimen yang mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah kononnya UMNO ingin merampas kawasan tersebut adalah satu tuduhan liar dan tidak bertanggungjawab. “UMNO Bahagian Johor Bahru menjunjung titah Duli Yang Amat Mulia […]

» Read more

UMNO/BN Bersama Rakyat Sabah, Sedia Bangkit Hadapi PRN Sabah Ke-17

TENOM, 21 Mei – Kehadiran lebih 5,000 orang dalam program pelancaran Gerak17 UMNO Sabah di Tenom menjadi bukti bahawa sokongan rakyat terhadap UMNO/Barisan Nasional (BN) di Sabah semakin kukuh menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17. Timbalan Ketua Penerangan UMNO Sabah, Samasuddin Yusop yang juga Ketua UMNO Bahagian Kalabakan berkata, sambutan luar biasa di Tenom merupakan isyarat jelas bahawa rakyat […]

» Read more

Prihatin Jualan Kasih Johor… Haslinda Salleh Dapatkan Penjelasan Dalam DUN

KUALA LUMPUR, 21 Mei – Keprihatinan dalam kos sara hidup yang semakin meningkat mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri Tenang, Haslinda Salleh untuk mendapatkan penjelasan terperinci membabitkan Program Jualan Kasih Johor. Beliau yang juga Exco Wanita UMNO Malaysia bertanya mengenai cadangan penambahan peruntukan bagi meringankan beban rakyat melalui program ini. “Apakah terdapat sebarang cadangan daripada kerajaan negeri untuk menambah jumlah barangan […]

» Read more

Ekonomi Malaysia Tumbuh Sebanyak 4.4 Peratus Suku Pertama 2025 – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 21 Mei – Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan bahawa ekonomi Malaysia tumbuh sebanyak 4.4 peratus pada suku pertama tahun ini. Beliau yang juga Ahli Majllis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menerusi hantaran video di laman Facebooknya turut memaklumkan bahawa situasi pelaburan di negara ini semakin rancak dan ramai pelabur meneruskan projek […]

» Read more

Penyalahgunaan Dadah Pada Tahap Membimbangkan – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 19 Mei – Isu penyalahgunaan dadah kini berada pada tahap yang amat membimbangkan dan menjadi ancaman besar kepada keselamatan awam, kestabilan ekonomi dan struktur sosial negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata, berdasarkan data terkini terdapat 192,857 penyalahgunaan dan penagih dadah di Malaysia, dan 61 peratus daripadanya berusia antara 15 hingga 39 tahun […]

» Read more
1 104 105 106 107 108 414