JKDM Beri Manfaat Kepada Rakyat Sabah, Utamakan Infrastruktur Asas

KUALA LUMPUR, 17 Mei – Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Sharif Musa Sharif Mabul menyambut baik hasrat Kerajaan Perpaduan untuk menubuhkan Jawatankuasa Kemajuan Desa Madani (JKDM) di negeri Sabah. Beliau berkata penubuhan jawatankuasa tersebut akan memberikan manfaat kepada rakyat Sabah khususnya untuk kemudahan infrastruktur. Perkongsian menerusi Facebook tersebut sebagai respon beliau kepada kenyataan beberapa pihak yang mempersoal pelantikan jawatankuasa tersebut. […]

» Baca lanjut

Muhasabah Ummah (3)

SETIAP manusia pasti berhadapan situasi sukar dan payah dalam kehidupan. Di saat itu manusia akan menyedari betapa dia bergantung kepada Tuhan untuk merungkai kesempitan. Antara doa “mathur” yang datang dari Nabi (saw) memohon agar dimudah sesuatu yang sukar ialah: اللَّهمَّ لا سَهلَ إلَّا ما جَعَلتَه سَهلًا، وأنتَ تَجعَلُ الحَزْنَ إذا شِئتَ سَهلًا “Ya Allah tiada yang mudah melainkan apa yang […]

» Baca lanjut

Suntikan Semangat Baharu… Retreat Puteri UMNO Sabah Antara Kesiapsiagaan Depani Cabaran

KOTA KINABALU, 8 Mei – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Sabah, Ummi Nabilah Jamal menzahirkan kesyukuran kerana retreat yang dilaksanakan hujung minggu lalu berlangsung lancar malah memberi suntikan semangat kepada anggota parti. Katanya, kejayaan pelaksanaan retreat Puteri UMNO Sabah menandakan kesiapsiagaan semua ketua-ketua Puteri UMNO Bahagian di negeri terbabit untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. “Alhamdulilah Retreat Puteri UMNO […]

» Baca lanjut

Muhasabah Ummah (2)

ISTIGHAFAR atau memohon keampunan daripada Allah adalah keperluan seorang hamba kerana setiap hamba tidak sunyi daripada dosa dan kesalahan atau kecuaian. ISTIGHFAR menjadi wajib daripada sebarang dosa kecil atau besar. Ia menjadi sunat untuk memohon ampun atas kekurangan dalam melaksanakan perintah Allah atau atau perkara makruh yang dilakukan. Dosa boleh menjadi sebab kepada rasa dukacita dan pelbagai kesususahan serta kesempitan […]

» Baca lanjut

Bung Moktar Tekad Terus Perkukuh UMNO Sabah, Rakyat Perlukan Pembelaan

KOTA KINABALU, 7 Mei – Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa rakyat Sabah berhak untuk mendapat kehidupan yang lebih baik dengan pelbagai keselesaan dan kebajikan yang terjaga. Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO merangkap Ahli Parlimen Kinabatangan berkata, keperluan masyarakat perlu dipenuhi khususnya melibatkan infrastruktur seperti bekalan air dan bekalan elektrik yang seringkali […]

» Baca lanjut

Muhasabah Ummah (1)

NAMIMAH atau Adu Domba dan Hasutan bermaksud “memindahkan kata-kata sesama manusia dengan tujuan merosakkan dan melahirkan permusuhan dan kebencian. Imam Ghazali mendefinisikannya sebagai “menyebar dan membongkar rahsia seseorang yang dia tidak suka dibongkarkan”. Allah Taala berfirman dalam Surah al-Qalam:10-11; وَلَا تُطِعْ كُلَّ حَلَّافٍ مَّهِينٍ (10) هَمَّازٍ مَّشَّاءٍ بِنَمِيمٍ (11) “janganlah kamu patuhi setiap orang yang kuat bersumpah lagi hina, banyak […]

» Baca lanjut

Jangan Sibuk Rumah Tangga Orang, UMNO Sabah Terus Tekad Perkukuh Parti – Sharif Musa

LAHAD DATU, 3 Mei – Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Sharif Musa Sharif Mabul membidas mana-mana pihak yang masih terus mahu mengkritik UMNO biarpun sudah tidak lagi menjadi ahli parti terbabit dan beralih kepada pihak lain. Katanya, UMNO Sabah yang berada di bawah pentadbiran Datuk Seri Bung Moktar Radin terus komited dalam tekad memperkukuh kembali parti selari dengan perjuangan demi […]

» Baca lanjut
1 25 26 27 28 29 412