Hadir Kerana Penuhi Jemputan, Tanda Sokong Kerajaan Perpaduan – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 7 Ogos – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menolak dakwaan kehadiran beliau bersama rombongan BN Sabah ke Himpunan Perdana Rakyat anjuran Parti Keadilan Rakyat di Dewan Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Ahad sebagai petunjuk kerjasama BN bersama Pakatan Harapan (PH) untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 akan datang. Menurut beliau yang […]

» Baca lanjut

Pemimpin Akar Umbi UMNO Digesa Teruskan Strategi Sampaikan Info Berkesan

BEAUFORT, 4 Ogos – Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Awang Aslee Lakat berkata ahli parti di peringkat akar umbi memerlukan informasi tepat dan maklumat yang terkini terutama berkaitan isu-isu semasa. Beliau berkata ia penting agar ahli UMNO sentiasa cakna dan secara langsung dapat mempertahan dan memperkuatkan parti selain mencegah daripada ahli UMNO terpengaruh dengan pelbagai presepsi, propaganda dan fitnah yang […]

» Baca lanjut

Dr Asyraf Laung Semangat UMNO Bangkit Kembali, Terapkan ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’

KULAI, 4 Ogos – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melaungkan semangat perjuangan kepada anggota akar umbi dengan tekad untuk bangkit kembali bagi mendepani masa hadapan dalam politik negara. Katanya, UMNO mampu bangkit semula dengan syarat anggota parti kembali kepada asas dan akar perjuangan iaitu ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’. “Anggota parti perlu bersatu iaitu jangan bergaduh sesama sendiri kerana […]

» Baca lanjut

Perkasa Penerangan… Jelajah Penerangan UMNO Diteruskan Ke Kimanis

KIMANIS, 4 Ogos – Jelajah Penerangan UMNO yang merupakan hasil cetusan idea Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said diteruskan lagi ke UMNO Bahagian Kimanis, semalam. Jelajah Penerangan UMNO ini diadakan untuk memperkasakan penerangan kepada ahli, akar umbi dan pengundi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dan Pilihan Raya Umum (PRU) tidak lama lagi. Diadakan seawal jam […]

» Baca lanjut

Jelajah Penerangan UMNO Diteruskan Ke Beaufort… Terap Kaedah Penerangan Berkesan

BEAUFORT, 3 Ogos – Jelajah Penerangan UMNO Malaysia yang menjadi hasil cetusan idea Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said diteruskan ke Beaufort, Sabah, hari ini. Jelajah ini diadakan untuk menerapkan kaedah terbaik untuk memberikan penerangan kepada ahli, akar umbi dan pengundi yang berkesan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dan Pilihan Raya Umum (PRU) tidak lama […]

» Baca lanjut

Untuk Kemudahan Penduduk, Pusat GiatMARA Kota Belud Bakal Dinaik Taraf

KOTA BELUD, 2 Ogos – Pusat GiatMARA Kota Belud akan dinaik taraf sebagai pusat Latihan teknikal dan vokasional (TVET) bagi melahirkan tenaga mahir khususnya di kalangan belia tempatan di daerah ini. Ketika mengumumkan perkara ini, Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sejumlah RM500,000 diluluskan untuk menaik taraf Pusat GiatMARA Kota Belud khususnya bagi membaiki bangunan dan menaik taraf […]

» Baca lanjut

Perkukuh Integriti, UMNO Tidak Boleh Ada ‘Gunting Dalam Lipatan’ – Suhaimi

SANDAKAN, 1 Ogos – Ahli UMNO khususnya di Bahagian Libaran diingatkan supaya terus memperkukuh integriti dan jangan jadi gunting dalam lipatan yang cenderung untuk mengkhianati parti. Ketua UMNO Bahagian Libaran, Datuk Suhaimi Nasir berkata, parti bukan sahaja berhadapan serangan dari luar yang boleh dikenal pasti musuh namun perbuatan ahli parti seperti gunting dalam lipatan dan baling batu sembunyi tangan amat […]

» Baca lanjut

UMNO Bahagian Kota Belud Kemuka Usul Keadilan Buat Najib

KOTA BELUD, 31 Julai – Usul pembebasan dan keadilan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak antara yang dibawa pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Belud untuk diajukan ke peringkat yang lebih tinggi. Ketua UMNO Bahagian Kota Belud, Azuwan Marjan Norjan berkata, UMNO bahagian itu malah masyarakat setempat masih merasai kesedihan ekoran ketiadaan bekas pemimpin yang telah menabur bakti […]

» Baca lanjut

Sayap UMNO Perlu Komited Mainkan Peranan Perkukuh Parti – Bung Moktar

SANDAKAN, 31 Julai – Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta seluruh sayap UMNO agar memainkan peranan untuk menyuburkan parti melalui usaha-usaha yang dilakukan masing-masing. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Kinabatangan berharap Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO dapat menawarkan idea baharu yang kreatif termasuk penyelesaian kepada isu-isu utama kerana generasi muda memerlukan pencerahan dan pendekatan yang […]

» Baca lanjut

UMNO Akan Kukuh Jika Slogan ‘Bersatu Bersetia Berkhidmat’ Dihayati Dan Diamalkan – Bung Moktar

SANDAKAN, 30 Julai – Slogan UMNO ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ sebenarnya adalah teras perjuangan UMNO yang perlu dihayati dan diamalkan oleh setiap anggota parti. Ketua UMNO Sabah merangkap Ketua UMNO Bahagian Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, jika slogan ini dihayati dan menjadi amalan ahli UMNO maka kekuatan parti tidak akan mampu diganggu gugat. Menurut beliau, perjuangan dalam UMNO memerlukan […]

» Baca lanjut
1 142 143 144 145 146 417