Amizar Harap LTU Karak-Simpang Pelangai Jadi Realiti Dalam Masa Terdekat

KUALA LUMPUR, 7 Dis – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam berharap projek pembinaan Lingkaran Tengah Utama (LTU) atau Central Spine Road (CSR) yang bernilai RM1 bilion antara Karak ke Simpang Pelangai menjadi realiti dalam masa terdekat. Menurut beliau projek yang paling dinantikan warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai ini diharapkan menjadi kenyataan setelah ia diperjuangkan […]

» Read more

UMNO Tidak Berhasrat Jalin Semula Kerjasama Politik Dengan Pas – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 6 Dis – UMNO tidak berhasrat untuk menjalin semula kerjasama politik dengan PAS, kata Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri itu berkata UMNO setakat ini juga tidak mendengar sebarang khabar angin atau cadangan mengenai kerjasama politik melibatkan kedua-dua parti. “Kami minta supaya mimpi siang mereka (PAS) itu dapat dinoktahkan,” katanya sebagai mengulas kenyataan Timbalan Presiden […]

» Read more

eMADANI: 6.5 Juta Permohonan Lulus, RM650 Juta Telah Dikreditkan

PUTRAJAYA, 6 Dis – Sebanyak 6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan dan dikreditkan kepada penerima membabitkan peruntukan sebanyak RM650 juta setakat ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan. Bercakap kepada pemberita selepas melakukan tinjauan perbelanjaan menggunakan eMADANI di sebuah pasar raya di sini hari ini, Ahmad berkata sebanyak 1.8 juta lagi permohonan masih dalam proses kelulusan […]

» Read more

Noraini Laksana Khidmat Bakti Berterusan Untuk Rakyat

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Ahli Parlimen Parit Sulong yang juga Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad meneruskan politik khidmat bakti dengan menyantuni masyarakat. Menerusi perkongsian di Facebooknya, beliau baru-baru ini berbesar hati ke Batu Pahat bagi menziarahi keluarga Ketua Wanita UMNO Cawangan, Azrina yang kehilangan anaknya dan suami kepada jururawat Klinik Kesihatan Seri Medan, Zarina Sariha. […]

» Read more

Ahmad Zahid Sanggah Spekulasi Hidap Kanser, Letak Jawatan Presiden UMNO

PUTRAJAYA, 4 Dis – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menolak spekulasi bahawa beliau menghidap kanser dan akan meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO. Ahmad Zahid ketika ditemui pemberita selepas merasmikan peluncuran Transformasi Politeknik 2023-2030 di sini hari ini berkata beliau menjalani pembedahan prostat baru-baru ini dan telah kembali sihat. Ketika diminta mengulas spekulasi beliau menghidap […]

» Read more

Johor Umum Rebat 30 Peratus Cukai Harta Di Lima PBT

ISKANDAR PUTERI, 3 Dis – Kerajaan negeri mengumumkan pemberian rebat 30 peratus ke atas cukai harta melibatkan lima pihak berkuasa tempatan (PBT) yang terlibat kenaikan cukai pada tahun depan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini diberitahu. Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata pemberian rebat tersebut diharapkan dapat meringankan beban pembayar cukai di lima kawasan PBT terlibat. “Sebagai […]

» Read more

Melaka Kenal Pasti Produk Pelancongan Baharu Di Daerah, Parlimen

JASIN, 3 Dis – Kerajaan Negeri Melaka akan mengenal pasti produk pelancongan baharu di kawasan Parlimen dan daerah untuk diketengahkan bersempena dengan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024). Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata sebagai contoh, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai di daerah Jasin dipilih untuk menjayakan Karnival D’Bendang yang bermula Jumaat lepas dan berakhir hari ini. […]

» Read more

DUN Johor Kutuk Tindakan Rejim Zionis Sambung Serangan Ke Atas Gaza

ISKANDAR PUTERI, 3 Dis – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini mengutuk tindakan Israel yang menyambung serangan mereka ke atas Semenanjung Gaza Jumaat lepas, selepas tujuh hari gencatan senjata. Speaker Dewan Undangan Negeri Johor Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata serangan rejim itu sebaik sahaja berakhir gencatan senjata telah mengakibatkan 178 rakyat Palestin terkorban termasuk kanak-kanak. “Kita mengutuk tindakan […]

» Read more

Pengalaman, Kepakaran Raja Mohamed Affandi Tidak Boleh Disangkal, Besar Jasanya Kepada Rakyat Kemaman

KEMAMAN, 1 Dis – Pengarah Komunikasi UMNO Datuk Lokman Noor Adam yakin dengan pengalaman dan kepakaran calon Barisan Nasional (BN) Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dalam menjaga kebajikan rakyat Kemaman. Kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu, jasa terbesar yang ditabur oleh Raja Mohamed Affandi adalah semasa menjadi Panglima Tentera Darat dengan membantu rakyat Kemaman […]

» Read more

121 Rakyat Malaysia Pulang Dari Wilayah Bergolak Laukkaing, Myanmar

SEPANG, 1 Dis – Seramai 121 rakyat Malaysia yang terkandas di Laukkaing, utara Myanmar ekoran pergolakan di wilayah berkenaan berjaya dibawa pulang ke tanah air hari ini melalui pelaksanaan misi evakuasi. Mereka yang berumur antara 20-an dan 50-an serta kebanyakannya adalah mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di utara Myanmar, diterbangkan ke Malaysia menerusi penerbangan khas AirAsia dari Kunming, China yang […]

» Read more
1 43 44 45 46 47 311