BN Tidak Ikut Acuan PRN Melaka Sepenuhnya Di Johor – Ahmad Zahid

BAGAN DATUK, 2 Feb – Barisan Nasional (BN) tidak akan mengikut sepenuhnya acuan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka termasuk formula pemilihan calon untuk menghadapi PRN Johor, kata Pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. “Di Melaka muka baharu (calon) adalah  87 peratus dan berkelulusan tinggi lebih daripada 84 peratus manakala yang berumur 50 tahun ke bawah lebih 82 peratus tetapi acuan […]

» Read more

Jangan Ambil Mudah PRN Johor – Mohamad

KUALA LUMPUR, 1 Feb  – Jentera Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya tidak mengambil mudah Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang. Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan berkata parti itu tidak seharusnya terbawa-bawa sentimen kemenangan di PRN Melaka dan harus menyusun strategi sebaik mungkin. “Masalah atau isu pembahagian kerusi kita belum lihat dan kita buat setelah adakan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi […]

» Read more

Manipulasi Kenyataan PM, Setiausaha Politik Buat Laporan Polis

KUALA LUMPUR, 31 Jan – Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Mohammad Anuar Mohd Yunus hari ini membuat laporan polis terhadap tiga portal media yang bertindak menyiarkan laporan tidak benar mengenai Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Katanya portal tersebut dengan secara sengaja dan tidak beretika telah membuat laporan yang salah dengan niat jahat untuk menjatuhkan kredibiliti serta nama Perdana Menteri yang […]

» Read more

Mangsa Ribut Dan Puting Beliung Terima Bantuan Tunai RM1,300 – MB Perak

IPOH, 31 Jan – Mangsa kejadian angin ribut dan puting beliung yang mengalami kerosakan rumah akibat bencana yang melanda beberapa kawasan di sini petang semalam akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM1,300. Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata setakat ini sebanyak 219 rumah di beberapa kawasan iaitu Taman Desa Seri Chepor, Kampung Tawas, Taman Tasek Damai dan Kampung Seri […]

» Read more

UMNO Tidak Tawar Habuan Kepada Dua Bekas Adun Bersatu – Ahmad

JOHOR BAHRU, 30 Jan – UMNO tidak menawarkan sebarang habuan atau ganjaran kepada dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu di Johor yang bertindak keluar daripada parti itu, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan. Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang permohonan daripada kedua-dua individu berkenaan yang juga merupakan Ahli Majlis […]

» Read more

Dakwaan PRN Johor Strategi Kluster Mahkamah Tidak Tepat – Annuar

JOHOR BAHRU, 30 Jan – Kenyataan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mendakwa pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor merupakan antara strategi kluster mahkamah dan mereka yang kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah tidak tepat, serta berkemungkinan tidak berasaskan maklumat yang sahih. Ketua UMNO Bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa berkata pelaksanaan PRN di Johor adalah […]

» Read more

PRN Johor: MB Beri Bayangan Akan Pertahan DUN Benut

PONTIAN, 29 Jan – Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad hari ini memberi bayangan akan bertanding dan mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor itu bagaimanapun berkata hasrat beliau untuk terus mengekalkan kerusi yang disandangnya itu belum dimuktamadkan lagi. “Saya kalau boleh, dan diberi peluang sekali lagi, mahu […]

» Read more

Adakan Pilihan Raya Negeri Selari Dengan Aspirasi Rakyat

JOHOR BAHRU, 29 Jan – Tindakan kerajaan Johor membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN), dilihat selari dengan aspirasi rakyat negeri itu. Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata ia dapat dilihat menerusi kajian dan analisis sentimen rakyat, yang dilakukan kementerian menerusi pelbagai platform. Beliau berkata menerusi kementeriannya, kerajaan pusat juga menggunakan teknologi untuk […]

» Read more

Hanya Pucuk Pimpinan Parti Putuskan Kerjasama BN Dengan Bersatu, PAS Dalam PRN Johor

BATU PAHAT, 28 Jan – Keputusan Barisan Nasional (BN) untuk bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan PAS dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, hanya akan diputuskan oleh pucuk pimpinan parti di peringkat pusat. Ketua UMNO Bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa berkata semua anggota parti akan patuh terhadap segala keputusan dasar, yang dimuktamadkan oleh pucuk pimpinan. “Seperti yang […]

» Read more

PRN Johor: MCMC, Telco Sediakan Internet Berkelajuan Tinggi Di Lokasi SPR, Parti Politik

BATU PAHAT, 28 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi (telco) dalam menyediakan capaian Internet berkelajuan tinggi bagi melicinkan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata lokasi utama bagi pemasangan peralatan capaian Internet akan ditumpu kepada lokasi operasi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan parti politik yang bertanding. […]

» Read more
1 123 124 125 126 127 309