UMNO Mampu Bangkit, Harus Kembali Jadi Tulang Belakang Kerajaan – Othman Desa

KUALA LUMPUR, 19 Mei – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Othman Desa berkata parti ini mampu bangkit semula sebagai sebuah parti dominan. Menurut beliau, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sendiri mahu melihat parti ini kembali menjadi tulang belakang kerajaan dengan membawa mesej baharu yang lebih segar. “UMNO boleh bangkit semula sekiranya membawa satu mesej dan perubahan […]

» Read more

Jangan Ikut Rentak Parti Lain, Fokus Terus Perkukuh UMNO – Othman Desa

KUALA LUMPUR, 8 Mei – UMNO memiliki struktur organisasi yang mantap, merangkumi jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), kepimpinan perhubungan negeri, bahagian, dan cawangan. Pengerusi Veteran UMNO merangkap Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Othman Desa berkata, struktur organisasi yang kukuh ini harus dipelihara dan dimantapkan oleh seluruh ahli parti dengan semangat kebangkitan semula. “Kita […]

» Read more

Semangat Perjuangan Veteran Jadi Inspirasi Untuk Pemuda – Mohamad Arif

KUALA LUMPUR, 26 April – “Tidak ada yang lama, maka tidak ada yang baharu… itulah pepatah yang menjadi pegangan dan akan terus disemat dalam hati kami pejuang UMNO termasuklah golongan muda,” kata Ketua Pemuda UMNO Kuala Kangsar, Mohamad Arif Abdul Talib. Bagi beliau perjuangan golongan veteran yang masih setia bersama parti hari ini menjadi pembakar semangat untuk mereka melangkah seterusnya. […]

» Read more

UMNO Bahagian Beaufort Perkukuh Jentera Hadapi PRN Sabah Ke-17

BEAUFORT, 3 Feb – UMNO Bahagian Beaufort kini giat memperkukuhkan kesiapsiagaan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 yang dijangka berlangsung tahun ini. Ketuanya, Datuk Awang Aslee Lakat, berkata persediaan ini penting bagi memastikan kekuatan jentera parti terus mantap dan relevan dalam mendepani cabaran politik semasa. Ujarnya, ini termasuklah memanfaatkan teknologi maklumat (IT) terkini serta mempererat hubungan dengan […]

» Read more

Tiba-tiba Ada Nak Jadi ‘Hero’ Dalam Isu Najib, Ahli UMNO Jangan Terpedaya – Othman Desa

KUALA LUMPUR, 23 Jan – Pengerusi Veteran UMNO, Datuk Othman Desa mengingatkan anggota parti agar terus berpegang kepada pesanan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang telah menasihatkan ahli dan pimpinan parti agar tidak terpedaya dengan permainan politik Pas dalam pelbagai isu.  Katanya, tindakan Pas yang cuba menjadi ‘hero’ dalam isu tertentu adalah tidak ikhlas dan berpotensi merosakkan […]

» Read more

Selesaikan Secara Musyawarah, Elak Bertelagah Sesama Sendiri Dalam UMNO – Mustapha

KUALA LUMPUR, 22 Jan – Setiausaha Agung Veteran UMNO Malaysia, Datuk Mustapha Yaakob berharap ahli parti termasuk kepimpinan untuk henti bertelagah sesama sendiri bagi mengekalkan keharmonian dalam keluarga besar UMNO. Menurut beliau sekiranya perbalahan dibiarkan berterusan ia akan memberikan impak kepada kesepaduan yang telah dicapai parti keramat ini. “Perkembangan terakhir ini dalam kepimpinan UMNO amat membimbangkan. Ada yang menembak sesama […]

» Read more
1 7 8 9 10 11 44