PM Ismail Sabri Santuni Mangsa Banjir Di Puchong

KUALA LUMPUR, 26 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini meninjau dan menyantuni mangsa banjir yang telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing di sekitar Puchong dekat sini. Beliau tiba di Masjid Al-Istiqamah yang terletak berdekatan dengan kawasan terjejas pada pukul 1.14 petang bagi menunaikan solat Zohor, sebelum meneruskan tinjauan kira-kira 2.05 petang. Perdana Menteri turut menziarah […]

» Read more

Banjir: Peruntukan Darurat RM5.4 Juta Bantu Kerja Pembersihan

JELEBU, 26 Dis – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) setakat ini menyalurkan RM5.4 juta menerusi peruntukan darurat bagi kerja pembersihan, kutipan dan pelupusan sisa banjir kepada lima negeri yang terjejas dalam bencana itu. Menterinya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata daripada jumlah itu sebanyak RM2.9 juta diagihkan kepada Pahang, Selangor (RM2.1 juta), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (RM255,671), Melaka […]

» Read more

Gabungan Enam Syarikat Telco Sumbang RM25 Juta Bantu Mangsa Banjir – Annuar

JELEBU, 26 Dis – Gabungan enam syarikat telco menyampaikan sumbangan bantuan banjir berjumlah RM25 juta di beberapa negeri yang terlibat dengan bencana itu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa. Beliau berkata kementeriannya menyumbang RM2.1 juta kepada mangsa banjir. Annuar yang tiba di Kampung Chennah kira-kira 12.30 tengah hari tadi bersama pasukan Sukarelawan Komuniti Keluarga Malaysia telah mengagihkan […]

» Read more

Agong Titah Siasatan Tanah Runtuh Kampung Sungai Penchala Dilakukan Segera

KUALA LUMPUR, 24 Dis – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar siasatan kejadian tanah runtuh di Jalan Pelimbayan Indah, Kampung Sungai Penchala di sini dapat dilakukan secepat mungkin. Seri Paduka bertitah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memberikan penjelasan untuk menempatkan sebahagian daripada penduduk yang terjejas ke flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Beringin di […]

» Read more

Tiada Negeri Dikecualikan Terima Bantuan SWCorp- Reezal Merican

MARAN, 23 Dis – Semua negeri terjejas banjir akan menerima bantuan pemulihan dan pembersihan meskipun tidak mengguna pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672), kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. Memberikan jaminan itu, beliau berkata negeri Selangor misalnya yang tidak mengguna pakai Akta 672 tetapi diberikan bantuan pemulihan melalui Perbadanan […]

» Read more

Banjir: Operasi Menyelamat Tumpu Kawasan Sri Muda, 321 Anggota Digerakkan – Reezal Merican

SHAH ALAM, 20 Dis – Seramai 321 anggota termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia (PDRM), tentera dan agensi berkaitan digerakkan bagi memindahkan segera mangsa banjir di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata kawasan yang mempunyai kira-kira 4,400 rumah itu menjadi tumpuan utama pihak bomba dan […]

» Read more

Dewan Rakyat: Bajet Sembilan Kementerian Dilulus Di Peringkat Jawatankuasa

KUALA LUMPUR, 3 Dis – Anggaran perbelanjaan mengurus bagi sembilan kementerian dalam Bajet 2022 diluluskan di peringkat jawatankuasa sepanjang persidangan Dewan Rakyat minggu ini. Ia melibatkan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli; Belia dan Sukan; Sumber Manusia; Pembangunan Usahawan dan Koperasi; Pengangkutan; Sains, Teknologi dan Inovasi; Pembangunan Luar Bandar; Wilayah Persekutuan serta Alam Sekitar dan Air. Perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 […]

» Read more
1 55 56 57 58 59 88