PKPB Di Empat Negeri Tamat Esok – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 20 Nov – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri Kedah, Melaka, Johor dan Terengganu ditamatkan esok, ekoran penilaian risiko jangkitan COVID-19 yang berkurangan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata sebagaimana yang diumumkan sebelum ini mengenai penamatan PKPB di kebanyakan negeri, keputusan dibuat atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berdasarkan kepada trend […]

» Read more

Allahyarham Hasbullah Tegas, Tapi Penyayang

GERIK, 17 Nov – Tegas, tapi penyayang. Itulah sikap Allahyarham Datuk Hasbullah Osman yang meninggal dunia akibat serangan jantung di Raub, Pahang semalam. Anak sulung kepada Ahli Parlimen Gerik itu, Mohd Haris Helmi, 34, berkata selain kelihatan garang, arwah ayahnya juga sebenarnya seorang yang kurang bercakap. “Ayah saya jenis yang tidak banyak bercakap, tapi dia sangat mengambil berat tentang keluarga, […]

» Read more

KBS Akan Kemuka Rayuan Piala Malaysia Diteruskan

KUALA LUMPUR, 11 Nov – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengemukakan rayuan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya saingan Piala Malaysia 2020 yang ditangguhkan sebelum ini dapat diteruskan bagi menamatkan baki tujuh perlawanan musim ini. Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican bagaimanapun berkata rayuan itu hanya akan dikemukakan jika terdapat penurunan kes COVID-19 dalam negara. […]

» Read more

KBS Terus Komited Lonjakkan Pembangunan Belia Dan Sukan – Reezal

KEPALA BATAS, 8 Nov – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan terus komited untuk melonjakkan pembangunan belia dan sukan, seiring dengan peruntukan yang telah disalurkan kepada kementerian tersebut pada Belanjawan 2021. Menterinya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang menyedari bahawa Belanjawan kali ini bukan mudah, kerana dibuat dalam saat sukar ketika negara sedang bergelut dengan pandemik COVID-19, namun pihaknya […]

» Read more

Iniasiatif NCER Dijangka Tingkatkan Kdnk Perlis Kepada RM7.1 Bilion – MB Perlis

KANGAR, 27 Okt – Pelan Pembangunan Strategik Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) menerusi inisiatif digariskan dalam Pelan Pembangunan Strategik (SDP) 2021-2025 adalah dasar untuk pelaksanaan pelbagai projek pemangkin dan program modal insan untuk rakyat yang sedang dilaksanakan di Perlis. Ia juga bagi meningkatkan lagi ekonomi negeri itu ketika seluruh dunia menghadapi persekitaran kewangan yang mencabar. Menteri Besar Perlis, Datuk Seri […]

» Read more

Belanjawan 2021 Diharap Fokus Soal Rakyat, Teruskan Bantuan Pembayaran Bersasar – Norliza

KUALA LUMPUR, 26 Okt – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Norliza Abdul Rahim berharap supaya pembentangan Belanjawan 2021 memberi fokus utama dalam soal membantu rakyat jelata serta memastikan kecairan dan sumber kewangan sentiasa tersedia bagi membolehkan Kerajaan terus memberikan sokongan kepada rakyat dan perniagaan serta pelaburan lain dalam mendepani kemelut pandemik COVID-19 dan ekonomi semasa. Beliau Naib Ketua Wanita […]

» Read more

Sokong Gencatan Politik… Politiking Berlebihan Beri Tekanan Pada Rakyat

KUALA LUMPUR, 22 Okt – Kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa semua pihak melakukan gencatan politik dan menumpukan sepenuhnya usaha membantu rakyat ekoran pandemik COVID-19 terus mendapat sokongan. UMNO Negeri Pulau Pinang, menyokong penuh kenyataan itu memandangkan tumpuan rakyat sekarang adalah untuk menangani isu COVID-19 dan juga menguruskan kelangsungan hidup berikutan kesan PKP yang dikenakan mulai […]

» Read more

26 Daerah Zon Merah Bagi Tempoh 14 Hari Lepas – CPRC

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Sebanyak 26 daerah di seluruh negara dikategorikan sebagai zon merah dalam tempoh 14 hari iaitu dari 7 hingga 20 Okt, menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia. Berdasarkan senarai yang diberikan CPRC, Sabah mencatatkan jumlah zon merah tertinggi dengan 16 daerah manakala Selangor mencatatkan lima daerah, masing-masing dua daerah di Kedah […]

» Read more

Kerajaan Jangka Kadar Pengangguran 4.5 Peratus Menjelang Disember Ini

BUKIT MERTAJAM, 16 Okt – Kerajaan menyasarkan kadar pengangguran di Malaysia akan menurun kepada 4.5 peratus menjelang Disember ini susulan pelaksanaan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA). Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan berkata kadar pengangguran di Malaysia pada bulan Mei lepas mencatatkan 5.3 peratus. “Akan tetapi, kadar pengangguran telah menurun kepada […]

» Read more

COVID-19: 374 Kes Baharu, Jumlah Keseluruhan Lepasi 15,000

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) — Jumlah kes baharu COVID-19 di negara ini kekal tiga digit untuk 10 hari berturut-turut dengan 374 kes hari ini, sekali gus menyaksikan jumlah keseluruhan melepasi angka 15,000 kepada 15,096. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan juga meningkat kepada 4,161 kes, selain terdapat tiga lagi kematian dilaporkan. Jelasnya, […]

» Read more
1 109 110 111 112 113 133