MKN, KPM Bincang Esok Kelonggaran Rentas Daerah, Negeri Hantar Anak Ke Sekolah

KUALA LUMPUR 23 Feb – Kementerian Pendidikan (KPM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mengadakan perbincangan esok mengenai kelonggaran kepada ibu bapa merentas daerah dan negeri bagi menghantar anak ke sekolah. Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan perbincangan itu akan diumumkan Khamis ini dengan mengambil kira sekolah bakal dibuka secara berperingkat bermula 1 Mac. “Jika pekerja […]

» Read more

Malaysia Terima 182,520 Dos Tambahan Vaksin Covid-19 Pfizer-Biontech Esok

PUTRAJAYA, 23 Feb – Malaysia akan menerima 182,520 dos tambahan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech esok (Rabu), untuk edaran ke negeri-negeri yang belum menerima bekalan, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin. Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, vaksin berkenaan yang dikeluarkan di Belgium dijadualkan tiba melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada sebelah pagi […]

» Read more

571,802 Anggota Barisan Hadapan Daftar Untuk Imunisasi COVID-19

PUTRAJAYA, 22 Feb – Seramai 571,802 orang anggota barisan hadapan mendaftar untuk mendapatkan imunisasi COVID-19 setakat semalam, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin. Beliau berkata daripada jumlah tersebut, 57.3 peratus terdiri dalam kalangan anggota perubatan dan kesihatan iaitu dengan 39.8 peratus Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan selebihnya 17.5 peratus pegawai perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta agensi […]

» Read more

PM, Dr Noor Hisham Terima Suntikan Vaksin COVID-19 Rabu Ini – Khairy

SEPANG, 21 Feb – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah akan menjadi antara penerima pertama suntikan vaksin COVID-19 pada Rabu ini, yang menandakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan digerakkan lebih awal daripada jadual asal. Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata pihaknya […]

» Read more

Boleh Makan Di Kedai Ikut Saiz Meja, Lebih Dua Penumpang Dalam Satu Kenderaan Di Kawasan PKP – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 18 Feb – Boleh makan di kedai mengikut keluasan meja dengan penjarakan fizikal satu meter serta jumlah penumpang dibenarkan mengikut kapasiti kenderaan, merupakan antara kelonggaran baharu diputuskan kerajaan bagi kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kelonggaran itu berkuat kuasa esok. “Mengambil kira rayuan pelbagai pihak, kita longgarkan syarat-syarat […]

» Read more

Usah Tergesa-Gesa Melonggarkan PKP – Shahrul Nasrun

KUALA LUMPUR, 27 Jan – Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Shahrul Nasrun Kamarudin berkata rakyat Malaysia akan menjadi bimbang dan risau apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua ini dilonggarkan pada 4 Februari ini. Katanya, keputusan memberikan kelonggaran PKP ini seolah-olah tidak menunjukan kes COVID-19 ini berkurangan malahan semakin meningkat melebihi 2,000 kes sehari. “Tindakan pengumuman pelonggaran PKP tanggal 4 […]

» Read more

COVID-19: 18 Kematian Terbaru, Kes Kematian Harian Tertinggi – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 22 Jan – Wabak COVID-19 di Malaysia meragut 18 lagi nyawa hari ini iaitu jumlah kematian tertinggi dilaporkan dalam sehari manakala 3,631 kes baharu dan 2,554 kes sembuh direkodkan. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, perkembangan terbaharu ini menjadikan kes kematian akibat pandemik maut itu sehingga kini ialah 660, sementara kumulatif kes baharu 176,180 […]

» Read more

Seluruh Negara Di Bawah PKP Kecuali Sarawak – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 19 Jan – Seluruh negara, kecuali Sarawak, akan berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas kerajaan turut menguatkuasakan perintah itu di Perak, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Pahang dan Terengganu mulai 22 Jan ini hingga 4 Feb depan. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat setelah terdapat peningkatan taburan kes positif COVID-19 […]

» Read more

KWSP… Oh KWSP: Kasihanilah Rakyat, Hulurkanlah Bantuan

KUALA LUMPUR, 19 – Pergerakan Puteri UMNO Malaysia merayu agar kerajaan kasihanilah rakyat sekarang ini, dan hulurkanlah apa-apa bantuan yang munasabah. Ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, sekarang telah jelas selepas golongan 1 dan golongan 2 membuat permohonan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masing-masing, masih ramai diantara permohonan mereka tidak diluluskan. “Kita telah membuat pelbagai rayuan kepada kerajaan […]

» Read more

PKP: Dobi Layan Diri Dibenar Operasi Dengan Syarat Patuh SOP – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Kerajaan hari ini bersetuju membenarkan kedai dobi layan diri dalam kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk beroperasi dari 6 pagi hingga 8 malam. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun berkata pengusaha premis dobi layan diri perlu memastikan pelanggan mematuhi kesemua prosedur operasi standard (SOP) langkah pencegahan COVID-19. “Kedai dobi layan […]

» Read more
1 106 107 108 109 110 133