Kerjasama Tubuhkan Kerajaan Perpaduan Tak Perlu Dijadikan Polemik, Ahmad Zahid Beri Pencerahan

KUALA LUMPUR, 13 Jan – Polemik dan persoalan yang ditimbulkan oleh beberapa pihak berhubung kerjasama UMNO/Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dalam penubuhan Kerajaan Perpaduan perlu dihentikan. Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di dalam ucapan dasarnya di Perhimpunan Agung UMNO 2022 hari ini memberi pencerahan dan penjelasan mengapa BN memilih PH berbanding […]

» Baca lanjut

Tahun Melawat Ipoh 2023 Tonjol Kehebatan Lokasi Percutian Mesti Dilawati

IPOH, 31 Dis – Tahun Melawat Ipoh 2023 merupakan langkah yang sangat tepat bagi menonjolkan kekuatan dan kehebatan Ipoh sebagai lokasi percutian yang mesti dilawati. Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata sektor pelancongan adalah antara nadi penting pertumbuhan ekonomi negeri ini malah semakin menunjukkan tanda pemulihan yang sangat signifikan selepas terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 sebelum ini. “Kita […]

» Baca lanjut

Agensi Kerajaan, GLC Diminta Proaktif Bantu Mangsa Banjir

MACHANG, 27 Dis – Agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) diminta memainkan peranan lebih proaktif menggerakkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu mangsa banjir. Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata agensi kerajaan dan GLC terutama syarikat-syarikat di bawah Kementerian Kewangan (MOF) perlu menjadi contoh bagi membantu rakyat yang ditimpa musibah. “GLC terutama syarikat-syarikat di bawah Kementerian […]

» Baca lanjut

Semua Jawatankuasa Pengurusan Bencana Siap Siaga Hadapi Banjir – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 19 Dis – Semua Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat pusat, negeri dan daerah sedia diaktifkan dengan tahap kesiapsiagaan yang sentiasa ditambah baik bagi menghadapi bencana banjir yang sedang dan bakal berlaku terutamanya di kawasan berisiko tinggi. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pusat pemindahan sementara juga dilengkapi keperluan asas untuk mangsa terkesan dan semua […]

» Baca lanjut

Tambah, Import Pam Kuasa Tinggi Langkah Selesai Banjir Termenung – Ahmad Zahid

BAGAN DATUK, 18 Dis – Kerajaan akan menambah dan mengimport pam-pam berkuasa tinggi sebagai langkah penyelesaian masalah banjir termenung di seluruh negara. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah tersebut bagaimanapun perlu mengikut tatacara pembelian ditetapkan. “Saya akan lakukan koordinasi dengan Ketua Pengarah Jabatan Pengaliran Saliran (JPS), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) untuk […]

» Baca lanjut

Lima Gabungan Bentuk Kerajaan Perpaduan Meterai Perjanjian, Jamin Politik Negara Stabil

PUTRAJAYA, 16 Dis – Lima gabungan politik utama – Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Warisan Sabah (Warisan) – yang membentuk Kerajaan Perpaduan hari ini menandatangani perjanjian persefahaman kerjasama di sini bagi menjamin kestabilan politik serta memacu ekonomi negara. Perjanjian itu dimeterai Setiausaha Agung PH Datuk Seri Saifuddin Nasution, Setiausaha […]

» Baca lanjut

Terima Kasih Pimpinan BN… Bekerja Lebih Gigih Memenangi Hati Dan Menyelesaikan Masalah Rakyat – Dr Shamsul Anuar

KUALA LUMPUR, 11 Dis -Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar berkata sebagai ahli parti beliau akan akur dengan apa yang diputuskan oleh parti. Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Majlis Kerja (MKT) UMNO akan berkhidmat dengan sebaiknya dengan amanah yang diberikan setelah dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri di dalam kerajaan perpaduan hari ini. “Bila diberikan amanah, insyallah […]

» Baca lanjut

Kemenangan DUN Tioman Bukti Kerjasama BN, PH Diterima Masyarakat – Wan Rosdy

ROMPIN, 8 Dis – Kemenangan Barisan Nasional (BN) mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman merupakan bukti nyata penerimaan rakyat terhadap kerjasama gabungan politik itu dengan Pakatan Harapan (PH) di Pahang. Pengerusi BN Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata kejayaan itu juga menunjukkan masyarakat sudah melihat rasional keputusan parti membentuk kerajaan negeri bersama PH, yang pertama kali berlaku, […]

» Baca lanjut

PRU15: BN Pertahan DUN Tioman

ROMPIN, 7 Dis – Kerusi terakhir di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang menjadi milik Barisan Nasional (BN) apabila calonnya, Datuk Seri Mohd Johari Hussain, diumumkan sebagai pemenang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi DUN Tioman hari ini. Mohd Johari, yang merupakan penyandang kerusi itu, menang dengan majoriti 573 undi selepas memperoleh 8,080 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Nor Idayu […]

» Baca lanjut

Tidak Perlu Mainkan Sentimen Perkauman, Pelbagai Dakwaan Tidak Tepat – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Pelbagai dakwaan yang tidak tepat timbul hari ini termasuklah pertuduhan kononnya kerajaan baharu akan melaksanakan pilihan raya kerajaan tempatan agar bandar-bandar dikuasai oleh kaum tertentu sahaja. Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi Facebook beliau berkata sekiranya pilihan raya kerajaan tempatan ini hendak dilaksanakan, Parlimen hendaklah terlebih dahulu meminda Akta Kerajaan Tempatan 1976 […]

» Baca lanjut
1 137 138 139 140 141 214