Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024 Dapat Sokongan Padu Daripada Organisasi Utama – Reezal

KUALA LUMPUR, 16 Dis – Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024 (MCS 2024), yang akan berlangsung di sini dari 17-19 Dis mendapat sokongan padu daripada penaja dan rakan strategik utama. Sokongan ini telah membantu meletakkan MCS 2024, anjuran Qube Integrated Malaysia Sdn Bhd dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), sebagai platform utama untuk menggalak perdagangan, pelaburan dan inovasi. Pengerusi MATRADE, […]

» Read more

Inisiatif Rumah Kasih Johor Diperluas: Lebih Ramai Golongan Miskin Miliki Kediaman – Mohd Jafni

KULAI, 12 Dis — Exco Kerajaan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor selesai menyempurnakan penyerahan surat tawaran Rumah Kasih Johor (RKJ) Tahun 2024 kepada Pegawai Daerah dan wakilnya di Kota Iskandar dengan inisiatif menyediakan kediaman percuma bagi golongan miskin dan miskin tegar yang tersenarai dalam pangkalan data E-Kasih di seluruh negeri. Beliau yang juga Pengerusi Perumahan dan Kerajaan Tempatan […]

» Read more

Ahmad Zahid Lepas Sukarelawan Skuad Misi Banjir BN, Fokus Ringankan Beban Mangsa

KUALA LUMPUR, 7 Dis – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini telah merasmikan pelepasan sukarelawan skuad misi banjir di perkarangan Dewan Merdeka, World Trade Centre (WTCKL). Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) menegaskan bahawa usaha membantu mangsa banjir adalah keutamaan, terutama dalam memulihkan kawasan yang terjejas. “Saya harap dengan misi bantuan yang diberikan oleh […]

» Read more

KKDW Sedia Rumah Baharu, Baik Pulih Kediaman Di Desa Terjejas Banjir – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 4 Dis – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan menyediakan rumah baharu atau membaik pulih kediaman di kawasan desa yang terjejas akibat banjir kali ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata, ia adalah antara usaha yang bakal digerakkan di peringkat kementerian bagi membantu mangsa […]

» Read more

Misi Kemanusiaan: Norliza Santuni Mangsa Banjir Di Kedah

ALOR SETAR, 3 Dis – Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim, yang juga Pengerusi PTPTN, meneruskan misi kemanusiaan dengan melaksanakan lawatan kepada mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sini, hari ini. Dalam misi ini, beliau menyantuni mereka yang berada di PPS SMK Tengku Anum, Kedah di samping menyalurkan bantuan untuk meringkan beban yang dialami. “Semoga […]

» Read more

MUBARAK Perlu Diperkasa Untuk Memudahkan, Lancarkan Aktiviti Kebajikan – Abdul Aziz

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) perlu diperkasakan untuk memudahkan dan melancarkan segala aktiviti kebajikan yang akan dilaksanakan di seluruh negara. Presiden MUBARAK, Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, keahlian MUBARAK adalah bersifat terbuka dan tidak mengira latar belakang parti politik yang diwakili. “MUBARAK Malaysia yang ditubuhkan pada 30 Oktober 1998 ini telah […]

» Read more

MUBARAK Diseru Perkukuh Keahlian, Depani Cabaran Politik Dinamik Pada PRU ke-16

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) untuk terus memperkukuhkan keahlian demi mendepani cabaran politik yang semakin dinamik pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16. Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, usaha MUBARAK dan yayasannya untuk menoktahkan kemiskinan, mengurangkan jurang sosial dan membangunkan modal insan adalah selari […]

» Read more

Kerajaan Prihatin Situasi Banjir, Ambil Pelbagai Langkah Urus Bencana – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 28 Nov – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, hari ini menegaskan bahawa kerajaan Malaysia sentiasa prihatin terhadap situasi banjir yang melanda beberapa negeri di negara ini. Ujarnya, sehingga tengah hari tadi, laporan rasmi menunjukkan bahawa tujuh negeri terjejas akibat banjir, termasuk Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Perak, Perlis, […]

» Read more
1 105 106 107 108 109 219