PRN: BN-PH Optimis Mampu Rampas Kedah, Kelantan Dan Terengganu

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Umpama tujuh hari ‘tempoh percubaan percuma’ telah tamat, kini kempen pilihan raya negeri (PRN) beralih pada tahap ‘premium’, menyaksikan usaha perebutan tiga negeri ditadbir Perikatan Nasional (PN) iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu semakin sengit menjelang hari pengundian pada 12 Ogos ini. Meskipun cabaran besar menanti gabungan Pakatan Harapan (PH) – Barisan Nasional (BN) dalam usaha […]

» Read more

PRN: Md Alwi Ingatkan Anak Muda Agar Tidak Terpengaruh Hasutan PN

KOTA BHARU, 6 Ogos – Setiausaha Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Seri Dr Md Alwi Che Ahmad mengingatkan para pengundi khususnya anak muda di Kelantan agar tidak mengikut emosi dan terpengaruh dengan hasutan dimainkan oleh Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang sedang berlangsung ini. Jelasnya, di setiap ceramah BN-Pakatan Harapan (PH), ramai anak-anak muda di negeri itu […]

» Read more

Kerjasama BN, PH Di Pulau Pinang Antara Yang Terbaik – Ahmad Zahid

BUTTERWORTH, 5 Ogos – Tahap keserasian dan kerjasama bersepadu antara jentera Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di Pulau Pinang adalah antara yang terbaik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu depan, kata Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata perkara itu dapat dilihat bukan sekadar dalam program berkaitan kempen, tetapi melibatkan […]

» Read more

Strategi Letak Muka Baharu, Kompeten Mampu Tawan Hati Pengundi Muda – Asna

SEREMBAN, 5 Ogos – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng, Mohd Asna Amin berkata keputusan parti memberi peluang kepada calon baharu dan muda pada Pilihan Raya Negeri (PRN) mampu menawan hati para pengundi. Jelas beliau, ini membuktikan bahawa parti terbuka dan mempunyai barisan kepimpinan muda yang kompeten untuk berhadapan dengan pengundi pertama kali. “Seperti yang Presiden […]

» Read more

Ustaz Naim Tekad Bawa Penaga Ke Hadapan, Bina Infra Dan Pembangunan Baharu

  PENAGA, 5 Ogos – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penaga, Ustaz Mohd Naim Salleh bertekad untuk membawa infra dan pembangunan baharu ke kawasan tersebut yang sudah ketinggalan hampir 15 tahun. Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Kepala Batas turut melahirkan rasa syukur kerana telah diberikan kepercayaan oleh pucuk pimpinan parti untuk mewakili BN pada […]

» Read more

Jangan Terpedaya Mainan Persepsi PN, PRN Tidak Gugat Keutuhan Kerajaan Pusat – Dr Asyraf

BALING, 5 Ogos – Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menasihati pengundi-pengundi di enam negeri tidak terpengaruh dengan persepsi yang sering dimainkan oleh Perikatan Nasional (PN). Katanya, sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) ini, pihak mereka cuba mengelirukan rakyat dengan mengatakan keputusan pilihan raya di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) akan mempengaruhi kedudukan kerajaan pusat. “Banyak persepsi yang mengatakan […]

» Read more

TPM Ahmad Zahid Cadang Penubuhan Pusat Agro Sains Durian Di Relau

BANDAR BAHARU, 4 Ogos – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan agar Pusat Agro Sains Durian Relau ditubuhkan, berikutan durian di kawasan Relau merupakan antara durian terbaik di negara ini, dan mempunyai potensi untuk menembusi pasaran antarabangsa. “Kita hendak promosikan Relau ini ke peringkat Malaysia. Insya-Allah kalau durian ini terbaik, tidak mustahil, beberapa perjanjian kita buat […]

» Read more

Bukan Calon Payung Terjun, Hasnal Rezua Merican Tekad Selesaikan Pelbagai Isu Rakyat

RAWANG, 4 Ogos – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuang, Datuk Hasnal Rezua Merican menegaskan bahawa dirinya bukanlah calon ‘payung terjun’ yang tiba-tiba muncul dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini. Sebaliknya kata beliau, kehadirannya selaku calon bagi merampas DUN Kuang adalah untuk membantu menyelesaikan segala permasalahan rakyat. “Saya ingin menyatakan kepada semua bahawa kehadiran saya […]

» Read more

Wan Zulaikha Yakin Penerimaan Rakyat, Isu Pemparitan dan Infrastruktur Fokus Utama

SEMENYIH, 4 Ogos – Calon muka baharu Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Wan Zulaikha Anua yakin penerimaan rakyat yang akan memberikan sokongan kepada beliau pada 12 Ogos nanti. Beliau mengaplikasi fokus perjuangan berkaitan isu-su rakyat sebagaimana infrastruktur tempatan, sistem pemparitan dan pelbagai kemudahan awam di kawasan Semenyih. “Saya bawa kepada infrastruktur, […]

» Read more
1 93 94 95 96 97 158