Harga Murah Mantai Puasa Parlimen Jelebu Beri Manfaat Masyarakat Setempat

JELEBU,  1 Mac – Program mantai puasa yang diadakan di Parlimen Jelebu bukan sahaja memberi ruang buat penduduk setempat mendapatkan barangan keperluan  menjelang Ramadan, malah  dengan harga yang murah berbanding pasaran. Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata program berkenaan menghimpun ketiga-tiga program jualan iaitu Jualan Agro Madani, Jualan Rahmah,  dan Jualan Nismilan Prihatin. Menurut beliau mantai cukup sinonim […]

» Read more

Pembangunan Bekalan Air: Komitmen Berterusan Mohd Zaidy Demi Rakyat

JEMPOL, 25 Feb – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir menegaskan komitmennya menggalas tugas dan memberikan khidmat adalah untuk memastikan keperluan masyarakat termasuk urusan bekalan air bersih di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut terus menjadi keutamaan. Terdahulu beliau telah hadir dalam Taklimat Pembangunan Bekalan Air bagi kawasan Jeram Padang yang dipengerusikan oleh Ketua […]

» Read more

Ahmad Zahid Ziarah Keluarga Allahyarham Ishsam, Doa Diberi Ketabahan

KUALA LUMPUR, 25 Feb – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berbesar hati menziarahi keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Allahyarham Ishsam Shahruddin yang meninggal dunia baru-baru ini. Ketika kunjungan Timbalan Perdana Menteri itu di kediaman mereka di Ipoh, beliau menzahirkan simpati sambil berharap ahli keluarga diberi ketabahan atas kehilangan insan tercinta, “Tiada kata yang mampu […]

» Read more

Tok Mat Hasan Turun Padang Santuni Masyarakat Rembau

KUALA LUMPUR, 24 Feb – Timbalan Presiden UMNO merangkap Ahli Parlimen Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan telah turun padang pada Ahad untuk menyantuni masyarakat Rembau. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan Ramadan 2025 kepada masjid dan surau dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota dan Chembong di Dewan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau. “Alhamdulilah, saya […]

» Read more

RM127 Ribu Sumbangan Ihya’ Ramadan Parlimen Jelebu

JELEBU, 21 Februari 2025 – Satu majlis penyerahan sumbangan Ihya’ Ramadan telah diadakan di Kompleks UMNO Jelebu, Simpang Pertang, Negeri Sembilan pagi ini. Program yang disempurnakan oleh Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias itu bertujuan membantu masjid dan surau di sekitar Parlimen Jelebu bagi menjalankan aktiviti sepanjang bulan Ramadan. Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata sebanyak RM127,000 […]

» Read more

Pesawah, Petani Dan Penternak Terjejas Di Perak Terima Bantuan TBTP, TBP

BAGAN SERAI, 17 Feb – Seramai 702 pesawah dan petani di Perak yang terjejas akibat banjir dan kemarau tahun lepas menerima bantuan daripada kerajaan menerusi Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) berjumlah lebih RM812,081 bagi meringankan beban mereka. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata bagi 110 petani dan penternak bagi sub […]

» Read more

Komitmen Kerajaan Untuk Rakyat, Mohd Zaidy Tinjau Projek Naik Taraf Lancar

ROMPIN, 13 Feb – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir, turun padang bagi memastikan segala perancangan dalam kelangsungan pembangunan untuk kesejahteraan rakyat berlangsung lancar. Beliau telah meninjau kemajuan kerja-kerja naik taraf pemasangan longkang di Kampung Balai Cina, di sini yang merupakan inisiatif penting dalam meningkatkan sistem saliran dan mencegah masalah banjir di kawasan terbabit. […]

» Read more
1 90 91 92 93 94 176