PKPD Dilaksana Di Sembilan Lokaliti Termasuk Tujuh Di Sabah Mulai Isnin Ini – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 12 Jun – Sebanyak tujuh lokaliti di Sabah serta masing-masing satu lokaliti di Negeri Sembilan dan Pahang, dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai Isnin (14 Jun) hingga 27 Jun ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata, lokaliti di Sabah melibatkan Kampung Indah di Nabawan; Kampung Manggis, Kuala Penyu; Taman Kinabutan Ria […]

» Read more

UMNO 75 Tahun: Keputusan Sayembara Mencipta Logo, Sayembara Penulisan Puisi dan Sayembara Video Pendek

KUALA LUMPUR, 31 Mei – Bersempena Sambutan Jubli Intan UMNO 75 Tahun pada 11 Mei 2021, Ibu Pejabat UMNO telah menganjurkan tiga sayembara iaitu Sayembara Mencipta Logo 75 Tahun UMNO, Sayembara Penulisan Puisi dan Sayembara Video Pendek. Sehubungan itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, memandangkan penularan pandemik COVID-19 di seluruh negara sekarang, yang menyebabkan perjalanan dan majlis […]

» Read more

Sultan Ibrahim Cadang ‘Lockdown ‘Bersasar Negeri Bersempadan Tangani Kes COVID-19

JOHOR BAHRU, 28 Mei – Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mencadangkan kepada kerajaan agar melaksanakan lockdown (Perintah Kawalan Pergerakan penuh) secara bersasar melibatkan neger-negeri bersempadan bagi menangani peningkatan kes COVID-19. “Ini boleh dilakukan tanpa menghentikan kegiatan ekonomi negara secara keseluruhannya. Saya mencadangkan lockdown penuh secara bersasar mengikut negeri ataupun rantau. “Contohnya zon selatan – Johor, Melaka dan Negeri Sembilan […]

» Read more

UMNO Pelbagaikan Titik Sentuhan, Terus Ke Depan Dekati Rakyat Serta Ahli

JELEBU, 21 April – Titik sentuhan antara UMNO dan masyarakat luar parti perlu sentiasa ditingkatkan selain sentuhan bersama dengan ahli serta jentera UMNO semua peringkat dipelbagaikan. Ketua Penerangan UMNO yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Shahril Hamdan berkata kedua-duanya cukup penting dan mempunyai peranan yang tersendiri. “Selalu sebutkan antara yang UMNO perlu lakukan adalah pelbagaikan titik sentuhan bersama rakyat […]

» Read more

Keputusan Tutup Sekolah Penilaian Bersama PKD, KPM Dan K’jaan Negeri

TANGKAK, 19 April – Keputusan berkenaan penutupan sekolah berikutan kes COVID-19 adalah berdasarkan penilaian bersama Pejabat Kesihatan Daerah bersama Kementerian Pendidikan dan kerajaan negeri, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. Beliau berkata penilaian itu mengambil kira antaranya bilangan kakitangan dan murid sekolah yang terpaksa menjalani kuarantin atau Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) setelah disahkan positif COVID-19. “Bagaimanapun, […]

» Read more

Vaksin: Rentas Negeri Dibenar Kepada Individu Bawa Ibu Bapa Hadir Temu Janji – Khairy

SEREMBAN, 15 April – Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju memberi kebenaran rentas negeri kepada individu yang perlu pulang ke kampung halaman bagi membawa tanggungan mereka iaitu ibu bapa hadir janji temu Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan fasa dua yang bermula 19 April ini. Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat MKN semalam dan mereka […]

» Read more

Simbolik Bangkit 15 Melaka Dan Negeri Sembilan

MELAKA 9 April  – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka , Datuk Seri Ab Rauf Yusoh memakaikan tanjak ‘Dendam Perindu’ sebelum Naib Presiden UMNO merangkap Pengerusi Biro Latihan Dan Perkaderan UMNO Malaysia , Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan ucapan perasmian di Majlis Perasmian Program Bangkitn15 Peringkat Negeri  Melaka dan Negeri Sembilan di Lacrista Hotel Melaka malam ini.Turut hadir Ketua […]

» Read more

Bina Kekuatan Tanpa Harap Belas Ehsan… UMNO/BN Mesti Menang PRU-15 – Mohamad

KUALA LUMPUR, 28 Mac – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata perkara terpenting dalam setiap perancangan yang diaturkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) mesti menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti. Tegas Timbalan Pengerusi BN itu, bukan sekadar menang tetapi mampu menubuhkan kerajaan tanpa mengharapkan ehsan orang lain. “Bukan sahaja setakat menang tetapi mesti berupaya untuk menubuhkan […]

» Read more
1 47 48 49 50 51 175