Pemuda UMNO Tubuh Jawatankuasa Pemantauan Prestasi Wakil Rakyat Kalangan Mereka

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan Prestasi Wakil Rakyat dalam kalangan mereka yang mewakili sayap parti itu, ujar Ketuanya Dr Muhamad Akmal Saleh. Katanya, penubuhan jawatankuasa tersebut adalah untuk membuktikan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia komited mahu melahirkan wakil rakyat ‘Yang Berkhidmat’ dengan ikhlas dan bukan sekadar gelaran ‘Yang Berhormat’. “Tugas jawatankuasa ini adalah […]

» Read more

PENTalk Berjalan Lancar, Beri Inspirasi Kejayaan UMNO Dalam Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR, 21 Ogos – Program PENTalk yang dianjurkan oleh Penerangan UMNO Malaysia berjalan dengan lancar dan dilihat dapat memberikan inspirasi kepada para hadirin mengenai kejayaan serta pencapaian UMNO sepanjang berada dalam Kerajaan Perpaduan. Bukan sahaja diisi dengan perkongsian daripada menteri-menteri dari UMNO, PENTalk ini juga turut melibatkan figura-figura hebat seperti menteri-menteri besar, mahasiswa dan pemimpin dari Wanita UMNO. Ketua […]

» Read more

‘PENTalk’ Penerangan UMNO Bakal Buka Tirai PAU2024, Kongsi Suara Kepimpinan Parti

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Tirai Perhimpunan Agung UMNO 2024 akan bermula esok dengan Penerangan UMNO Malaysia akan menganjurkan ‘PENTalk’ bermula jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Penerangan UMNO yang diketuai oleh Datuk Seri Azalina Othman Said menganjurkan program ini dengan hasrat untuk berkongsikan kejayaan dan strategi pencerahan terbaik kepada ahli dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16. Presiden UMNO, […]

» Read more

Ahmad Zahid Yakin Dengan Penyatuan, Johor Terus Kekal Di Bawah UMNO/BN

JOHOR BAHRU, 27 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin bahawa dengan penyatuan di kalangan ahli dan akar umbi parti akan membolehkan Johor terus berada di bawah kepimpinan UMNO/Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, Johor akan terus menjadi ‘fixed deposit’ UMNO/BN apatah lagi apabila negeri […]

» Read more

UMNO Bukit Bintang Struktur Gerak Kerja, Jadi Hub Pengundi Luar Untuk Parlimen Tumpuan

KUALA LUMPUR, 23 Julai – UMNO Bukit Bintang telah melaksana penstrukturan gerak kerja politik yang bakal meletakkan bahagian terbabit sebagai hub untuk pengundi luar bagi parlimen tumpuan. Ketuanya, Datuk Tengku Azman Zainol Abidin berkata cadangan program penstrukturan gerak kerja ini telah diangkat ke Perhubungan UMNO Negeri dan ke UMNO Pusat serta akan mula dilakukan percubaan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) […]

» Read more

Ab Rauf Gesa Ahli UMNO Main Peranan Aktif Dengan Aplikasi Media Sosial

KUALA LUMPUR, 22 Julai – Ketua Menteri merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka, Datuk Ab Rauf Yusoh menggesa anggota UMNO untuk memainkan peranan lebih aktif dalam mengaplikasi teknologi bagi menarik sokongan pengundi. Katanya yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, kaedah media sosial memainkan peranan yang sangat besar dan cukup efektif malah telah terbukti menerusi Pilihan Raya Umum […]

» Read more

Tindakan ADUN Rembia Bakal Beri Implikasi Kepada ‘Aku Janji’ PRN Melaka – Ab Rauf

KUALA LUMPUR, 19 Julai – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menegaskan bahawa tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Jailani Khamis yang ‘melompat’ ke parti Pas bakal memberi implikasi kepada ‘aku janji’ dimeterai pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-15 lalu. Menurutnya, pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka telah mengambil maklum keputusan tersebut dan […]

» Read more

Akmal Yakin UMNO/BN Dapat Rampas Kembali DUN Nenggiri

TASEK GELUGOR, 14 Julai – Pilihan raya ini seribu satu kemungkinan, hari ini boleh kalah, lusa boleh menang. Sudah tentu UMNO ada strategi yang tersendiri, demikian tegas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh. Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau yakin dan percaya UMNO dapat merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Pilihan Raya […]

» Read more

Fan Bingbing Sebagai ‘Melaka Friendly Tourism Ambassador’ Bawa Ledakan Ekonomi Setempat

KUALA LUMPUR, 9 Julai – Exco Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman menegaskan kos yang ditanggung oleh kerajaan negeri bagi membawa masuk Fan Bingbing ke negeri berkenaan sebagai ‘Melaka Friendly Tourism Ambassador’ sekitar 16 peratus sahaja daripada jumlah keseluruhan. Menurut beliau kerajaan negeri hanya mengeluarkan kos sebanyak RM77,850.00 manakala kos-kos utama yang lain ditanggung sepenuhnya oleh penajaan syarikat-syarikat […]

» Read more
1 26 27 28 29 30 306