Tak Masuk Akal Peguam Didakwa Kerana Terima Bayaran Guaman

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Adalah tidak masuk akal selepas 61 tahun merdeka, tiba-tiba seorang peguam ditangkap dan didakwa kerana menerima yuran guaman, kata Presiden Pemantau Malaysia Baru, Datuk Lokman Noor Adam. Beliau berkata demikian sebagai maklumbalas terhadap peguam terkenal Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang didakwa menerima bayaran hasil daripada aktiviti haram. “Tan Sri Shafee adalah peguam yang mengendalikan […]

» Read more

Kerajaan Tidak Perlu Layan Tuntutan LGBT, Jangan Undang Kemarahan Umat Islam

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Pihak kerajaan tidak sepatutnya melayani tuntutan-tuntutan untuk mengiktiraf golongan LGBT dengan desakan untuk menghapuskan Seksyen 377A di bawah  Akta 574 kerana ia akan menyebabkan timbulnya keresahan, bahkan akan muncul kemarahan lebih mendalam yang akan merosakkan keharmonian masyarakat di negara ini, demikian tegas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Justeru itu, beliau berkata […]

» Read more

Tahap Peduli Politik Orang Melayu Semakin Tinggi – Annuar

KUALA LUMPUR, 9 Sept – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, keputusan pilihanraya kecil DUN Seri Setia memberi isyarat bahawa Pakatan Harapan (PH) bakal menghadapi masalah sokongan daripada pengundi kaum Cina yang dilihat tidak kisah untuk mempertahankan kerajaan PH walaupun penasihat Dap, Lim Kit Siang membuat seruan khas kepada golongan itu untuk keluar mengundi. Sementara itu menurut beliau, […]

» Read more

Sampai Bila Kerajaan PH Mahu Salahkan BN Untuk Tutup Kegagalan Urus Tadbir Negara?

KUALA LUMPUR, 5 Sept – Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Dr Noraini Ahmad mempersoalkan mengapa Pakatan Harapan (PH) cuba memindahkan kesalahan dan kegagalan mereka untuk melaksanakan janji-janji ke atas Barisan Nasional (BN) sebagaimana mereka berani berjanji tapi tidak mampu untuk menunaikannya termasuklah janji potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suri rumah seperti yang tercatat di dalam manifesto PRU 14 […]

» Read more

PRK Balakong: Cadangan Naikkan Elaun Kehadiran Adun Tidak Masuk Akal-Tan

BALAKONG, 4 Sept – Cadangan menaikkan elaun kehadiran persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor sebagai galakan kepada wakil rakyat adalah sesuatu yang tidak munasabah, kata calon MCA bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Balakong Tan Chee Teong. Membidas cadangan yang dikemukakan Speaker DUN Selangor Ng Suee Lim itu, Tan berkata ini kerana menghadiri persidangan DUN adalah tugas asas setiap wakil […]

» Read more

Hapus BR1M… Bukti PH Gagal Fahami Rakyat

KUALA LUMPUR, 28 Ogos – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Shahrul Nasrun Kamaruddin berkata, langkah Kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan (PH) mahu menghapuskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) jelas menunjukkan mereka gagal memahami isu dan permasalahan yang sedang menghimpit rakyat ketika ini iaitu isu kos sara hidup. Jelas beliau, kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengumumkan BR1M atau Bantuan […]

» Read more

Hubungan Saya Dengan Raja Salman Bagaikan Anak dan Bapa – Najib

KUALA LUMPUR, 26 Ogos – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan bahawa hubungan beliau dan Raja Arab Saudi, Raja Salman adalah seperti hubungan seorang bapa dan anak, di mana ekoran keakraban itu segala perancangan beliau untuk Islam dan umatnya, termasuk memerangi keganasan pelampau Islam Asia Barat ditanggung oleh Raja Salman. Sebab itu menurut beliau, tidak pernah terjadi […]

» Read more

Menjelang 100 Hari: Terbukti PH Kerajaan ‘Kakistocracy’ – Annuar

KUALA LUMPUR, 16 Ogos – Menjelang 100 hari pentadbiran kerajaan baru Pakatan Harapan (PH), ternyata janji-janji yang mereka laungkan dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu khususnya 10 janji dalam tempoh tersebut gagal ditunaikan sebaliknya pelbagai isu lain yang timbul. Hal ini mengundang Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menekankan bahawa ‘Terbukti PH Kerajaan ‘Kakistocracy’ sebagaimana kenyataannya berikut: […]

» Read more

Buka Semula Siasatan 1MDB : Najib Tiada Halangan Tapi Bukanlah Untuk Cari Kesalahan Semata-Mata

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata beliau tidak mempunyai masalah jika Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) mahu membuka semula siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) namun ianya bukan semata-mata untuk mencari kesalahan. “Kalau nak dibuka semula itu hak PAC tetapi janganlah dalam ‘mood’ mahu mencari kesalahan sahaja… sekarang ini mereka dah ada mandat […]

» Read more

Penutupan KSCIP Jejas Hubungan Malaysia-Saudi – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 8 Ogos — Kerajaan Pakatan Harapan (PH) digesa menghantar delegasi mengadap Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud untuk menzahirkan keputusan berhubung penutupan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP), bagi memastikan keputusan itu tidak menjejas hubungan akrab antara Malaysia dan Arab Saudi. Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata keputusan yang dibuat secara unilateral tanpa […]

» Read more
1 275 276 277 278 279 281