Teruja Jadi Individu Pertama Mengundi Dalam Normal Baharu Pilihan Raya

PEKAN, 30 Jun – Bukan sekadar menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, Koperal Muhamad Muhaidin Haripen turut melakar sejarah sebagai individu pertama mengundi dalam suasana normal baharu bagi pilihan raya di negara ini. Ditemui di pusat pengundian awal di Balai Polis Chini dekat sini, anggota berusia 36 tahun itu berkata proses […]

» Read more

Taman Tema Dibenarkan Beroperasi, Saringan Suhu Sekali Sahaja Di Pusat Beli Belah

PUTRAJAYA, 29 Jun – Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini mengumumkan lebih banyak kelonggaran termasuk membenarkan taman tema beroperasi, selain saringan suhu badan dilakukan sekali sahaja di pusat-pusat beli belah. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bermula 1 Julai ini, 54 buah taman tema termasuk taman tema air akan mula beroperasi, […]

» Read more

Rakyat Malaysia, Warga Asing Perlu Tanggung Kos Saringan Covid-19 Mulai Hari Ini – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 29 Jun – Bermula hari ini, rakyat Malaysia dan warga asing yang masuk ke negara ini perlu menanggung sendiri kos ujian saringan COVID-19 setibanya di Malaysia. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun, tiga kategori individu akan diberi pengecualian daripada membayar kos ujian itu termasuk Orang Kelainan Upaya (OKU) dengan Kad OKU yang dikeluarkan oleh […]

» Read more

Kebajikan Syarikat Dan Pekerja Pengendali Haji Serta Umrah Perlu Dijaga – Zahid

KUALA LUMPUR, 28 Jun – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melahirkan rasa simpati terhadap keluhan pemilik, kakitangan dan mutawif syarikat pelancongan yang mengendalikan pakej haji dan umrah yang kehilangan punca pendapatan mereka. Malah kata beliau lagi sehingga ada syarikat yang sudah menutup operasi dan terpaksa memberi cuti tanpa gaji kepada kakitangan mereka dan difahamkan, hampir 500 ribu […]

» Read more

PRK CHINI: Pengundi Tertua Tetap Mahu Keluar Mengundi

PEKAN, 26 Jun – Walaupun sudah menginjak usia 90-an dan berhadapan masalah pergerakan akibat faktor usia, seorang warga emas yang merupakan antara pengundi tertua bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, tetap berhasrat untuk mengundi pada 4 Julai ini. Walaupun masih wujud ancaman wabak COVID dan beliau berada dalam kategori berisiko atas sebab usia, tetapi Chik Ibrahim, […]

» Read more

Sekolah, Madrasah Tahfiz Dibenar Beroperasi Semula

KUALA LUMPUR, 26 Jun – Sekolah dan madrasah tahfiz berdaftar dibenarkan beroperasi semula berdasarkan tarikh pembukaan sekolah yang akan diumumkan Kementerian Pendidikan (KPM) tidak lama lagi, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata semua sekolah itu perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan KPM, dan bagi madrasah yang mempunyai kemudahan asrama perlu mengikut SOP […]

» Read more

Agong Tinjau Pelaksanaan SOP, Sesi Pembelajaran Di SMK Danau Kota

KUALA LUMPUR, 26 Jun – Keprihatinan tinggi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah terhadap keselamatan dan kesihatan para guru dan pelajar sekolah di seluruh negara terserlah hari ini apabila baginda berkenan meninjau sendiri pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) dan sesi pembelajaran secara bersemuka di Sekolah Menengah Kebangsaan Danau Kota, di sini. Ia susulan pembukaan semula sesi persekolahan […]

» Read more

Pemulihan Tasik Chini Dalam Perancangan Kerajaan Pahang

PEKAN, 26 Jun – Nama Tasik Chini yang terkenal dengan mitos kewujudan naga kembali disebut-sebut sejak kebelakangan ini, selepas sekian lama tenggelam disebabkan tidak lagi menjadi destinasi pelancongan terkenal negeri Pahang sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Tasik semula jadi kedua terbesar di Malaysia yang terletak kira-kira 70 kilometer (km) dari sini, dahulunya sinonim dengan bunga teratai memenuhi permukaannya, namun keindahannya […]

» Read more

Kerajaan Telah Bayar RM40 Juta Kepada 40,000 Penerima BPN

KUALA LUMPUR, 23 Jun – Sebanyak RM40 juta telah dibayar kepada 40,000 penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) melalui bayaran secara tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara bagi tempoh 12 hingga 19 Jun lepas, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Malah, kata beliau, sehingga 19 Jun lepas sebanyak 10.19 juta penerima BPN telah menerima […]

» Read more

PRK Chini: Cip Sharim Pamer Kempen Sistematik, Temui Pengundi Pelbagai Peringkat

PEKAN, 23 Jun – Baru memasuki hari keempat kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, calon Barisan Nasional (BN) Mohd Sharim Md Zain dilihat mempamerkan gerak kerja kempen yang sistematik dengan telah bertemu hampir 40 peratus pengundi. Ketika ditemui sewaktu mengiringi Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail semasa kempen di sekitar Salong dekat sini, […]

» Read more
1 232 233 234 235 236 285