Dewan Rakyat: Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 Mula Di Bahas Peringkat Jawatankuasa Hari Ini

KUALA LUMPUR, 30 Nov – Selepas diluluskan di peringkat dasar, Ahli-ahli Parlimen akan mula membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 di peringkat jawatankuasa pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Mengikut jadual giliran kementerian, perbahasan hari ini akan tertumpu kepada kementerian-kementerian di bawah Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan. Berdasarkan takwim Dewan Rakyat sesi perbahasan berkenaan akan berlanjutan selama 10 hari sehingga […]

» Read more

Bukan Sekadar Dua Perkara: Tahniah BN Menyumbang Kepada Penambahbaikan Bajet – Shahril

ALHAMDULILLAH #Belanjawan2021 diluluskan peringkat dasar dengan banyak penambahan hasil gesaan UMNO dan Barisan Nasional (BN). Selain soal pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan moratorium yang menjadi dua gesaan utama, jangan kita lupa bahawa penambahan bantuan yang diumumkan Menteri Kewangan tadi juga adalah hasil cadangan dari BN dan Ahli-ahli Parlimennya. Ini adalah penambahan belanja Kerajaan terus poket rakyat. —- Antara […]

» Read more

Keputusan Parti Dibuat Secara Berjemaah, Bukan Dari Kenyataan Peribadi – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menggunakan kuasa mutlaknya sebagai pengemudi parti dalam membuat sebarang keputusan yang melibatkan kepentingan parti. Sebaliknya ujar Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, segala keputusan adalah secara berjemaah melibatkan pemimpin-pemimpin lain di dalam parti. “Elok saya kongsikan kaedah di dalam membuat keputusan. Saya tidak akan, pernah […]

» Read more

Vaksin COVID-19: Sasaran 70 Peratus Pada Suku Pertama 2021 Tumpu Golongan Dewasa

KUALA LUMPUR, 25 Nov – Sasaran 70 peratus rakyat Malaysia yang akan menerima vaksin COVID-19 pada suku pertama 2021 akan tertumpu kepada golongan dewasa untuk negara mencapai imuniti kelompok, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin. Beliau berkata ini kerana apabila imuniti kelompok berjaya dicapai, individu yang tidak menerima vaksin sukar mendapat jangkitan COVID-19. “Akan ada mereka yang tidak […]

» Read more

Dewan Rakyat Hari Ini Bersidang Hingga 3 Petang

KUALA LUMPUR, 25 Nov – Persidangan Dewan Rakyat hari ini dilanjutkan satu jam sehingga 3 petang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Takiyuddin Hassan. “Tanpa mengambil kira usul Peraturan Mesyuarat 12(1) terdahulu iaitu pada Khamis, 5 Nov 2020, dan mengikut peraturan 12 (1), saya dengan ini memohon mencadangkan bahawa mesyuarat hari ini, Rabu 25 Nov 2020, […]

» Read more

Isu Infrastruktur, Pengajian Tinggi Antara Dibangkitkan Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 25 Nov – Isu infrastruktur asas di kawasan luar bandar Sabah dan pendidikan melibatkan Institusi Pengajian Tinggi adalah antara perkara dijangka dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, perkara itu terkandung dalam sesi soal jawab yang bakal diajukan Datuk Zakaria Mohd Edris (Bersatu-Libaran) kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar mengenai status projek infrastruktur asas luar […]

» Read more

Anggota Pentadbiran Kerajaan BN Setuju Terus Sokong Kerajaan, Sepakat Perkukuh Parti

KUALA LUMPUR, 24 Nov – Anggota pentadbiran kerajaan daripada parti Barisan Nasional (BN) telah bersetuju agar kerajaan yang telah dibentuk secara muafakat ketika ini terus didokong termasuklah dengan memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dalam melaksanakan pelan pemulihan ekonomi dan kesihatan rakyat. Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh 20 anggota pentadbiran BN hari […]

» Read more

Kuarters, Penjara Seremban Dikenakan PKPD 24 Nov Hingga 7 Dis – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 23 Nov – Penjara Seremban dan Kuarters Penjara Seremban menjadi kawasan terbaharu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari mulai esok (24 Nov) hingga 7 Dis ini. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pelaksanaan PKPD itu akan meliputi keseluruhan kawasan Penjara Seremban termasuk blok penjara, bangunan pentadbiran serta kuarters pegawai dan kakitangan […]

» Read more

381 Individu Ditahan Ingkar Arahan PKPP

KUALA LUMPUR, 22 Nov  — Seramai 381 individu ditahan polis semalam atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), dengan 377 daripadanya dikompaun manakala empat individu direman, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Katanya, antara kesalahan mereka ialah berkenaan aktiviti di pusat hiburan (96), tidak memakai pelitup muka (80), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (69), gagal […]

» Read more

Gagal Mematuhi Penjarakan Fizikal Rekod Kesalahan Tertinggi Ingkar PKPP

KUALA LUMPUR, 21 Nov – Gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal antara kesalahan tertinggi direkodkan semalam membabitkan 206 daripada 455 individu yang dikenakan tindakan atas kesalahan mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata daripada jumlah individu yang dikenakan tindakan semalam, 427 daripada mereka dikenakan kompaun,  27 direman dan seorang dibebaskan dengan jaminan. Kesalahan […]

» Read more
1 213 214 215 216 217 284