Sabbaruddin Chik Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 4 Dis – Bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Tan Sri Sabbaruddin Chik meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), malam ini. Allahyarham yang akan menyambut ulang tahun ke-80 pada 11 Dis ini, menghembuskan nafas terakhir pada 7.45 malam. Pembantu Khasnya Datuk Zamri Mohamed yang mengesahkan perkara itu berkata Allahyarham dimasukkan ke PPUM sejak Ahad lepas selepas […]

» Read more

Omicron: MINDEF Serah Kepada KKM Berhubung Penganjuran DSA, NATSEC 2022

KUALA LUMPUR 3 Dis – Kementerian Pertahanan (MINDEF) menyerahkan keputusan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sama ada membenarkan atau sebaliknya, penganjuran Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2022 dan Pameran Antarabangsa Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2022, yang akan diadakan Mac tahun depan jika kes virus COVID-19 varian Omicron meningkat di negara ini. Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari […]

» Read more

COVID-19: Malaysia Rekod Kes Pertama Omicron, Libatkan Pelajar Dari Afrika Selatan

PUTRAJAYA, 3 Dis – Malaysia merekodkan kes pertama positif COVID-19 varian Omicron, membabitkan seorang pelajar dari Afrika Selatan yang menuntut di sebuah universiti swasta di Ipoh. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam sidang media perkembangan terkini COVID-19 di sini hari ini berkata pelajar perempuan berumur 19 tahun itu tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 Nov dan telah menjalani ujian […]

» Read more

Dewan Rakyat: Bajet Sembilan Kementerian Dilulus Di Peringkat Jawatankuasa

KUALA LUMPUR, 3 Dis – Anggaran perbelanjaan mengurus bagi sembilan kementerian dalam Bajet 2022 diluluskan di peringkat jawatankuasa sepanjang persidangan Dewan Rakyat minggu ini. Ia melibatkan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli; Belia dan Sukan; Sumber Manusia; Pembangunan Usahawan dan Koperasi; Pengangkutan; Sains, Teknologi dan Inovasi; Pembangunan Luar Bandar; Wilayah Persekutuan serta Alam Sekitar dan Air. Perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 […]

» Read more

Banyak Perkara Boleh Dipelajari Dari PRN Melaka, Rakyat Mahu Kerajaan Stabil – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Mereka yang tidak keluar untuk membuang undi dalam mana-mana pilihan raya sepertimana yang berlaku pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini harus menerima serta akur keputusan yang telah dibuat oleh mereka yang membuang undi. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata apa yang boleh dilihat pada pilihan raya berkenaan, sistem demokrasi negara yang […]

» Read more

Isu Perkahwinan Bawah Umur Bakal Dikupas Di Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Isu berhubung usaha membanteras perkahwinan bawah umur dalam negara dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, soalan itu akan dikemukakan Kasthuriraani Patto (PH-Batu Kawan) kepada Kementerian Belia dan Sukan pada Waktu Pertanyaan Menteri. Pada sesi itu juga, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) akan membangkitkan persoalan kepada Kementerian Pertanian […]

» Read more

Melaka Cadang Perluas Kursus FIBK Kepada Pengusaha Pusat Jagaan Kanak-Kanak

MELAKA, 29 Nov – Kerajaan Melaka bercadang memperluas kursus Sijil Fasilitator Insan Berkeperluan Khas (FIBK) kepada pengusaha dan guru pusat jagaan, taska atau tadika di negeri itu bagi mempertingkatkan kemahiran mengurus serta mendidik kanak-kanak. Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri Datuk Kalsom Nordin berkata cadangan berkenaan akan dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Melaka dalam masa […]

» Read more

Mohamad Gesa Kerajaan Tangani Segera Isu Peningkatan Harga Makanan

KUALA LUMPUR, 27 Nov – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Kerajaan mesti segera menangani isu peningkatan harga makanan dengan pemantauan harga mesti dilaksanakan dengan agresif. Tegas beliau jangan biarkan apa jua bentuk memanipulasi harga pasaran berlaku selain memperkasakan sistem maklumat pasaran untuk makanan dan bangunkan kesedaran pengguna untuk memantau harga pasaran. “Rakyat terus terbeban dengan harga sayur […]

» Read more
1 177 178 179 180 181 285