Semangat Juang

PEKAN 26 JUN – Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hj Hasan, Ahli Parlimen merangkap Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak, Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah Datuk Seri Jamil Khir Baharom , Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman serta ADUN Pulau Manis Datuk Khairuddin Mahmud bergambar sambil menunjukkan simbolik ‘ Semangat Juang’  sebaik selesai […]

» Read more

Tok Mat Hadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat

PEKAN 26 JUN – Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hj Hasan berucap di program Ceramah Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Paloh Hinai malam ini yang turut dihadiri Ahli Parlimen merangkap Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak, Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman […]

» Read more

Ceramah Pemimpin Bersama Rakyat

PEKAN 26 JUN – Ahli Parlimen merangkap Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak berucap di program Ceramah Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Paloh Hinai malam ini.Turut hadir Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hj Hasan, Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman – Foto: […]

» Read more

Putuskan Rangkaian COVID-19, Manfaatkan PKP Bersama Keluarga – Jamil Khir

KUALA LUMPUR, 17 April – Fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menuntut komitmen lebih jitu setiap rakyat bagi memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 di negara ini. Sehubungan itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyeru agar rakyat akan dapat memanfaatkan PKP untuk bersama keluarga. “Salam Jumaat penghulu segala hari semoga urusan kita dipermudahkan dan perjalanan kehidupan […]

» Read more

Perketatkan Kawalan Premis Perkhidmatan, Bendung Wabak COVID-19

ALOR SETAR, 12 April – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Suraya Yaacob mencadangkan agar kerajaan memperketatkan SOP bagi mengawal beberapa premis perkhidmatan serta jenis perniagaan seperti penjualan perkakasan, menggunting rambut dan sebagainya yang telah dibenarkan untuk dibuka serta beroperasi dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Jelas beliau, pemeriksaan berkala juga perlu dilakukan dengan lebih kerap agar wabak COVID-19 dapat […]

» Read more

COVID -19 : Cahaya Di Hujung Terowong

Corona virus atau dinamakan COVID-19 kini sudah mewabak ke seluruh dunia dan menjadi krisis global. Di negara kita, sehingga semalam 150 kes baru dilaporkan menjadikan jumlah positif COVID-19 ini 2,470 kes. CPRC (Crisis Preparedness and Response Centre) Kebangsaan melaporkan, daripada jumlah itu, negara kita telah mencatat 34 kematian, 73 kes positif dirawat di ICU dan 52 kes perlu bantuan pernafasan. […]

» Read more

Kemelut Polemik Keruntuhan PH Beri Kesan Kepada Pentadbiran Kerajaan Negeri

ALOR SETAR, 27 Feb – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kemelut politik yang melanda kerajaan pusat kini sebenarnya memberi kesan kepada pentadbiran kerajaan negeri. Jelas beliau, akibat daripada Pakatan Harapan (PH) hilang majoriti mudah dalam mentadbir negara maka beberapa negeri di bawah PH juga kini terkontang-kanting. “Buat pertama kali dalam sejarah negara Malaysia […]

» Read more

Konvensyen Muafakat Nasional Peringkat Parlimen Jerlun

JERLUN 2 Feb–Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersalam dengan orang ramai yang menghadiri konvensyen Muafakat Nasional peringkat parlimen Jerlun di sini hari ini. Turut sama Mursyidul Am PAS Malaysia Datuk Hj Hashim Jasin, Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah Ustaz Hj Ahmad B. Yahaya dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Seri Jamil Khir Baharum dan Ketua UMNO Bahagian […]

» Read more

PH Perlu Ambil Langkah Konkrit: Wabak Koronavirus VS Tahun Melawat Malaysia

KUALA LUMPUR, 28 Jan – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) diseru segera mengambil langkah konkrit supaya nyawa rakyat diutamakan walaupun tahun 2020 adalah Tahun Melawat Malaysia. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, minggu ini telah heboh diperkatakan di seluruh negara melangkaui bandar dan desa, merentasi golongan tua dan muda, hatta rakyat umum, profesional jua agamawan memperlihatkan […]

» Read more
1 66 67 68 69 70 160