COVID-19 Rekod Jumlah Harian Tertinggi Baharu 1,884 Kes, Ragut Dua Lagi Nyawa

PUTRAJAYA, 23 Nov – Jangkitan COVID-19 di Malaysia hari ini merekodkan jumlah kes harian tertinggi baharu pada 1,884 kes sejak pandemik itu menular ke negara ini. Sebelum ini, jumlah kes harian tertinggi ialah 1,755 kes yang dicatatkan pada 6 Nov lalu. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Selangor merekodkan angka tertinggi pada 1,203 kes dengan sebahagian […]

» Read more

COVID-19 : 1,096 Kes Baharu, Tiga Kematian – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 22 Nov – Malaysia hari ini mencatatkan 1,096 kes baharu COVID-19, dengan Selangor terus mencatatkan kes tertinggi iaitu 603 kes (55.0 peratus) dan diikuti Sabah dengan 311 kes (28.4 peratus). Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata angka kes baharu hari ini menjadikan jumlah kes positif dalam negara sebanyak 54,775 kes. Bagaimanapun, jumlah kes pulih melebihi kes […]

» Read more

Tiga Kluster Baharu Dikenalpasti, Empat Diisytihar Tamat

PUTRAJAYA, 22 Nov – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti tiga kluster baharu hari ini, manakala empat kluster diisytihar tamat, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Tiga kluster baharu berkenaan ialah Kluster Pengkalan Barat, Kluster Bakti dan Kluster Bayam Indah. Dr Noor Hisham berkata empat kluster diisytihar tamat adalah Kluster Kasih, Kluster Baiduri, Kluster Long dan Kluster Bestari. Memperincikan […]

» Read more

COVID -19: 1,041 Kes Baharu, Tiga Kematian – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 21 Nov – Malaysia hari ini mencatatkan 1,041 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah kes positif dalam negara sebanyak 53,679 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Menurutnya ia menjadikan bilangan kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 12,854 kes, manakala jumlah kes pulih hari ini adalah 1,405 kes menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sebanyak 40,493. Beliau […]

» Read more

PKPB Di Empat Negeri Tamat Esok – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 20 Nov – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri Kedah, Melaka, Johor dan Terengganu ditamatkan esok, ekoran penilaian risiko jangkitan COVID-19 yang berkurangan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata sebagaimana yang diumumkan sebelum ini mengenai penamatan PKPB di kebanyakan negeri, keputusan dibuat atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berdasarkan kepada trend […]

» Read more

Bermuafakatlah, Kerana Kita Punya Matlamat Yang Sama

‘A Fair Coalition, A Harmonious Government’ (Sebuah Gabungan Yang Adil, Sebuah Kerajaan Yang Harmoni) 1. Kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) atas ketamakan pemimpin parti komponen PH sendiri awal tahun ini menyaksikan kebangkitan sebuah kerajaan yang lebih disenangi rakyat di peringkat pusat dan di beberapa buah negeri termasuk Perak. 2. Sepanjang pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN), ramai pemimpin parti komponen dan […]

» Read more

KBS Akan Kemuka Rayuan Piala Malaysia Diteruskan

KUALA LUMPUR, 11 Nov – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengemukakan rayuan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya saingan Piala Malaysia 2020 yang ditangguhkan sebelum ini dapat diteruskan bagi menamatkan baki tujuh perlawanan musim ini. Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican bagaimanapun berkata rayuan itu hanya akan dikemukakan jika terdapat penurunan kes COVID-19 dalam negara. […]

» Read more

PKPB Di Seluruh Negara Kecuali Pahang, Kelantan, Perlis Dan Sarawak

KUALA LUMPUR, 7 Nov – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di seluruh negeri di Semenanjung kecuali Pahang, Perlis dan Kelantan, berkuatkuasa selama empat minggu bermula 9 Nov hingga 6 Dis depan. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata penguatkuasaan PKPB itu, dilaksanakan selepas Sidang Khas Majlis Keselamatan mendengar pembentangan Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung peningkatan kes positif COVID-19, di beberapa negeri […]

» Read more
1 146 147 148 149 150 170