Wanita UMNO Selangor Mohon Isu Kuota 30 Peratus Diambil Perhatian

KUALA LUMPUR, 12 Jun – Wanita UMNO Negeri Selangor memohon agar isu perjuangan mengenai kuota 30 peratus calon wanita untuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 diambil perhatian dan dilaksanakan oleh pucuk pimpinan parti. Ketuanya, Datuk Halimaton Sa’adiah Bohan memaklumkan bahawa pelbagai program telah dilaksanakan Wanita UMNO Negeri Selangor sepanjang tahun 2023 sehingga 2025 untuk memperkukuhkan hubungan bersama masyarakat demi kekuatan […]

» Read more

UMNO Sabah Siap Hadapi PRN Ke-17, GERAK-17 Sebagai Agenda Kebangkitan

KOTA KINABALU, 12 Jun – Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa UMNO Sabah kini berada dalam landasan yang lebih kukuh dan tersusun bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang dijangka berlangsung tidak lama lagi. Dalam Perutusan Khas sempena Mesyuarat Perwakilan Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO seluruh Sabah, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua […]

» Read more

Jika Ada Kesungguhan, Kesepakatan… UMNO Selangor Akan Bangkit Kembali – Megat Zulkarnain

KUALA LUMPUR, 11 Jun – UMNO Negeri Selangor akan kembali bangkit sekiranya ahli dan akar umbi ada kesungguhan serta kesepakatan yang jitu, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin. Ujarnya, meskipun kini UMNO Negeri Selangor hanya mempunyai dua orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri tersebut, ia tidak menghalang segala usaha untuk memperkukuh semula parti. […]

» Read more

Abdul Raof Pangku Jawatan Ketua UMNO Kota Raja

SHAH ALAM, 11 Jun – Jawatan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja kini dipangku Abdul Raof Mokhtar, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Megat Zulkarnain Omardin. Beliau berkata Abdul Raof yang juga Timbalan Ketua UMNO bahagian berkenaan ketika ini memangku jawatan itu sehingga pemilihan parti akan datang. Megat Zulkarnain berkata ia susulan peletakan jawatan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja Tengku […]

» Read more

Akar Umbi Perlu Faham Aspirasi, Pastikan UMNO Kembali Dominan – Megat Zulkarnain

  KUALA LUMPUR, 11 Jun – Ahli dan akar umbi di setiap peringkat perlu memahami aspirasi Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk memastikan parti kembali dominan pada masa akan datang. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, UMNO tidak mahu lagi dilihat sebagai sekadar pelengkap tanpa mengganggu-gugat visi parti-parti lain dalam Kerajaan Perpaduan. […]

» Read more

Kebersamaan Dan Kesatuan Tulang Belakang Kejayaan UMNO – Mohd Rafi

LABUAN, 10 Jun – Semangat kebersamaan dan kesatuan yang utuh dalam kalangan ahli dan pimpinan UMNO Labuan terus menjadi pemangkin kekuatan parti, seperti dizahirkan dalam pelaksanaan Program Korban Perdana UMNO Bahagian Labuan ke-17 yang berlangsung meriah di Kampung Batu Manikar baru-baru ini. Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan, menegaskan bahawa kekuatan […]

» Read more

Akar Umbi Sebagai Nadi UMNO, Terus Perkukuh Semangat Perjuangan – Ismail

KUALA LUMPUR, 10 Jun – Ketua Penerangan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim menyifatkan mesyuarat cawangan dan bahagian sebagai medan memperkukuh semangat perjuangan dalam kalangan pendukung parti. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah berkata menerusi mesyuarat cawangan yang telah dilaksanakan sebelum ini juga memperlihatkan sebagai simbolik kebangkitan dalam kalangan ahli. “Selesai mesyuarat cawangan saya dapati bahawa sambutan kepada […]

» Read more

Persidangan UMNO Medan Perkukuh Solidariti Parti Hadapi PRN Sabah – Awang Aslee

BEAUFORT, 10 Jun – Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Awang Aslee Lakat menyeru seluruh ahli dan perwakilan parti agar memanfaatkan Persidangan UMNO Bahagian sebagai satu medan penting untuk memperkukuh solidariti serta memperkemas strategi parti dalam usaha memperjuangkan nasib rakyat, khususnya di Sabah. Ujarnya, persidangan tahunan parti yang bermula pada 9 Jun hingga 27 Julai ini bukan sekadar acara ulangan saban […]

» Read more

Ahmad Zahid Ucap Selamat Bersidang UMNO Bahagian… Tekankan Politik Solusi, Legasi Dan Moderasi

KUALA LUMPUR, 9 Jun – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan selamat bersidang kepada seluruh perwakilan UMNO sempena persidangan tahunan parti yang bermula hari ini, 9 Jun hingga 27 Julai 2025. Dalam satu kenyataan menerusi laman Facebooknya, beliau menyeru semua perwakilan dari Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO agar hadir ke persidangan dengan kesungguhan dan iltizam yang […]

» Read more
1 90 91 92 93 94 594