Pemuda UMNO Gesa Calon Bertanding Pemilihan Sabtu Ini Buat Aku Janji Kesetiaan

JOHOR BAHRU, 28 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO hari ini menggesa semua calon yang bertanding pada pemilihan parti, Sabtu ini supaya membuat aku janji kesetiaan terbuka kepada anggota parti. Ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata aku janji itu bertujuan memastikan mereka terus berjuang di dalam UMNO dan sebagai lambang kesetiaan kepada parti. “Saya minta mereka (yang bertanding) mesti membuat […]

» Read more

Ketua Dan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

KUALA LUMPUR, 24 Jun — Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki (kiri) dan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Shahril Hamdan (kiri) bergambar bersama selepas disahkan menang oleh Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh pada sidang media di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini. Foto–MediaUMNO

» Read more

Muhamad Nur Aizat Tawar Diri Tanding Exco Pemuda UMNO

ALOR SETAR, 6 Jun – Exco Pemuda UMNO Kedah Muhamad Nur Aizat Noor Azam menawarkan diri untuk bertanding jawatan Exco Pemuda UMNO pusat dalam pemilihan parti itu kali ini. Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mendapat pandangan pelbagai pihak dan dalam usaha untuk mengembalikan kegemilangan UMNO. “Saya ingin memperjuangkan suara hati orang muda di akar umbi serta menarik kembali minat […]

» Read more

Sejarah Pemuda UMNO

Kekalahan dan kejatuhan pentadbiran British di Tanah Melayu oleh Jepun telah membangkit semangat kepada orang Melayu bahawa kekuatan British tidaklah seberapa. Kesempatan ini telah digunakan sebaiknya oleh UMNO untuk menyemarakkan semangat untuk memperjuangkan kemerdekaan. Semangat tersebut juga telah disemarakkan hingga berjaya menggagalkan Gagasan Malayan Union. Dalam usaha-usaha membebaskan tanah air, jentera UMNO terpaksa diperkuatkan. Diantara lainnya ialah melibatkan tenaga muda […]

» Read more

Lagu Pemuda UMNO Rasmi

Ikrar Pemuda Kami pemuda Malaysia Bersatu dan padu tenaga Berjuang berkorban jiwa raga Untuk ketahanan bangsa Pemuda harapan negara Membela dan membuat jasa Membina negara kaya raya Ibu pertiwi malaysia Mari kita bersatu dan berikrar Mengaku dan bersumpah Menjunjung agama bangsa negara Bersungguh dan setia Kami pemuda malaysia Merupakan benteng yang waja Pertahan kedaulatan agama Serta bangsa dan negara

» Read more

Pemuda UMNO Kesal Dan Khuatir Tindakan Keterlaluan Polis Terhadap Najib

KUALA LUMPUR, 17 Mei – Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia, Shahril Hamdan hari ini  melahirkan rasa kekhuatiran terhadap tindakan dan pendekatan yang diambil pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Duta tengah malam semalam. Tegasnya penggeledahan berterusan melebihi 18 jam yang dibuat oleh hampir 50 – 60 anggota PDRM pada malam […]

» Read more

DNA Khidmat Kepada Rakyat: Pusat Aduan Komuniti UMNO Hang Tuah Jaya Pemudah Cara

MELAKA, 2 Julai – DNA UMNO sudah tidak asing dan tidak boleh dipertikaikan lagi dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat baik dari segi kebajikan hinggalah kepada perkara yang melibatkan agenda kepentingan agama, anak bangsa dan tanah air. Berdasarkan perkara tersebut, walaupun tidak berkhidmat sebagai wakil rakyat, Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali mengambil inisiatif menubuhkan Pusat […]

» Read more

Pemuda Dan Puteri UMNO Diseru Perkasa Peranan Dekati Anak Muda Melalui TVET

PEKAN, 24 Jun – Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Ahmad Rahimi Abdul Samad menyeru Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO untuk berkerjasama dalam usaha mendekati dan mendapat sokongan anak muda. Beliau menyarankan agar Puteri UMNO khasnya menjadi pelopor untuk mempromosi program Pendidikan, Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan menjadikan ia sebagai satu indikator kepada komitmen sayap untuk mendekati serta membantu […]

» Read more

Diberi Peranan Proaktif Pada Pemuda, Benteng Prinsip Perjuangan UMNO – Mohd Imran

KUALA LUMPUR, 13 Jun – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor, Datuk Mohd Imran Tamrin beranggapan bahawa sayap Pemuda perlu diberi peranan yang proaktif dalam memainkan fungsinya sebagai benteng kepada prinsip perjuangan parti. Ujarnya, sayap Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor telah berjaya melaksanakan 1,136 mesyuarat ketika musim persidangan cawangan-cawangan yang lalu meliputi 13,000 ahli. “Saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan […]

» Read more
1 72 73 74 75 76 593