Jadikan Persidangan Medan Bertukar Pandangan – Pemuda UMNO Lahad Datu

KUALA LUMPUR, 9 April – Inilah masanya untuk semua ahli UMNO mengambil kesempatan perkemaskan segala gerak kerja, menyusun pandangan dan saling bertukar fikiran menerusi persidangan peringkat cawangan yang bermula di seluruh negara pada 7 April. Demikian kata Bendahari Pemuda UMNO Sabah, Datuk Seri Dr Anil Sandhu. Menurut beliau peluang yang terbuka luas itu membolehkan masing-masing mendengar pendapat serta bertukar pandangan […]

» Read more

Hafiz Ariffin Seru Pemuda UMNO Terus Bersemangat, Susun Organisasi Perkukuh Parti

KUALA LUMPUR, 7 April – Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia, Hafiz Ariffin menyeru seluruh ahli Pemuda UMNO di peringkat akar umbi agar terus kekal bersemangat dan bersatu hati dalam memperkukuh organisasi. Menerusi satu hantaran di Facebooknya sempena persidangan Cawangan Pemuda UMNO di seluruh negara, beliau menyampaikan ucapan selamat bersidang kepada 13,478 cawangan daripada 191 bahagian UMNO di seluruh tanah air. “Inilah […]

» Read more

Pemuda UMNO Kelantan ‘Sekolahkan’ MB Kedah, Jangan Cakap Suka-Suka Tanpa Akal

KUALA LUMPUR, 20 Mac – Ketua Penerangan Pemuda UMNO Negeri Kelantan, Rosdi Razali tampil ‘menyekolahkan’ Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor selepas satu klip video tular menunjukkan pemimpin Pas itu menyindir kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO dalam persediaan kempen Perikatan Nasional (PN) di Ayer Kuning, baru-baru ini. Tegasnya, sesungguhnya kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Kedah adalah bersifat […]

» Read more

Pihak Berkuasa Perlu Tegas, Kekalkan Perpaduan Negara – Pemuda UMNO Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR, 6 Mac – Pemuda UMNO Negeri Sembilan melihat isu-isu yang berlaku mutakhir ini terutama dalam soal membabitkan isu sensitif sama ada melibatkan kaum mahupun agama perlu dipandang serius apatah lagi untuk tempoh masa akan datang. Justeru ketuanya, Mohamad Fadil Md Zin melontarkan beberapa cadangan ataupun usaha yang boleh diberi perhatian bagi memperkukuhkan perpaduan negara dalam usaha mencegah insiden […]

» Read more

Isu Beras Campur: Pemuda UMNO Gesa Siasatan Menyeluruh Dijalankan

KUALA LUMPUR, 28 Feb – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu menggesa agar siasatan secara menyeluruh dijalankan melibatkan isu beras putih tempatan yang dicampur dengan beras import. Ketuanya, Mohd Zulfadli Amiruddin berkata, kajian yang telah dijalankan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) jelas telah bercanggah dengan kenyataan rasmi kerajaan pada tahun 2023. “Pemuda UMNO Bahagian Batu memandang serius pendedahan […]

» Read more

Calon PRK Ayer Kuning: Pemuda UMNO Serah Kepada Pucuk Pimpinan

KUALA LUMPUR, 25 Feb – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berharap Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada Pilihan Raya Kecil (PRK) susulan kematian penyandangnya, Allahyarham Ishsam Shahruddin. Ketuanya, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata berkenaan calon yang akan diketengahkan, pihaknya menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti. “Kita berharap bahawa UMNO akan kekal memenangi kerusi DUN Ayer Kuning […]

» Read more
1 2 3 4 5 6 598