PAU2024: Raih ‘Mood’ Kemenangan PRK Nenggiri Untuk Bekal Ke Persidangan Parti – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengajak anggota jentera parti untuk meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri sebagai ‘mood’ menjelangnya Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024. Beliau yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berkata sekiranya UMNO/Barisan Nasional (BN) memperoleh kemenangan dalam PRK tersebut […]

» Read more

PRK Nenggiri: Rugi Sekiranya Pengundi Tidak Mengundi Awie – Adri Adha

GUA MUSANG, 12 Ogos – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bukit Gantang, Muhammad Adri Adha Mohd menjelaskan rugi sekiranya rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri tidak memilih calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani pada 17 Ogos nanti. Ini kerana katanya, sekiranya rakyat memilih Azmawi atau lebih dikenali sebagai Awie sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kawasan […]

» Read more

PRK Nenggiri: Felda Perasu, Tenang Dalam Gelora

SAYA percaya Nenggiri akan berubah wajah dalam tempoh kurang dari dua tahun jika pengundi Felda di Dewan Undangan Negeri (DUN) N43 Nenggiri memberi mandat kepada calon dari Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 17 Ogos depan. Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani sebagai calon mewakili Kerajaan Perpaduan, manakala pencabarnya daripada Pas merupakan bekas anggota Tentera Laut […]

» Read more

Perlu Kerja Lebih Kuat Untuk Pikat Hati Pengundi – Azmawi

GUA MUSANG, 10 Ogos – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani akan terus berkerja kuat untuk memenangi hati pengundi pada pilihan raya ini. Jelasnya, bukan sekadar berkerja kuat tapi beliau harus memikat hati para pengundi agar mengundi Barisan Nasional (BN). “Kena kerja lebih keras. Saya kena jumpa seramai mana pengundi seperti […]

» Read more

PRK Nenggiri: Azmawi Mampu Laksanakan Tugas Sekiranya Diberi Mandat

KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin percaya bahawa calon UMNO/Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Mohd Azmawi Fikri mampu melaksanakan tugas beliau selaku wakil rakyat sekiranya diberi mandat. Tegasnya, rakyat di kawasan tersebut perlu memilih wakil rakyat dari parti yang sudah semestinya mempunyai […]

» Read more

Rakyat Nenggiri Mahukan Perubahan, Awie Jambatan Penghubung DUN Dan Kerajaan Pusat

GUA MUSANG, 9 Ogos – Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim berkata rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri menginginkan perubahan dan menyatakan sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani. Katanya, sokongan yang diberikan rakyat Nenggiri kepada Mohd Azmawi Fikri yang lebih dikenali dengan panggilan Awie dianggap sebagai jambatan penghubung antara DUN […]

» Read more

Realitikan #NenggiriKita Untuk Masa Hadapan

PRK Nenggiri telah memulakan kempennya apabila tamat proses penamaan calon pada 2 ogos lalu menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) dan calon Perikatan Nasional (PN). PRK DUN Nenggiri di adakan selepas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim di ‘buang’ dari parti PPBM dan kerusi itu diisytiharkan kosong oleh speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan. Kali ini BN mempertaruhkan […]

» Read more

Awie Calon Terbaik Untuk Nenggiri, Sedia Khidmat Demi Rakyat – Tengku Muhammed Hafiz

GUA MUSANG, 8 Ogos – Ketua Pemuda UMNO Kelantan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri adalah calon terbaik bagi menjadi suara rakyat. Demikian tegas Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Tengku Muhammed Hafiz Tengku Adnan yang berpandangan bahawa tidak ada alasan untuk para pengundi tempatan menolak […]

» Read more

Awie Boleh Jadi Suara Untuk Nenggiri, Semak Dan Imbang DUN Kelantan – Hairi

GUA MUSANG, 8 Ogos – Naib Ketua Pemuda UMNO, Hairi Mad Shah mengharapkan pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri menyatakan sokongan mereka kepada calon anak muda yang diketengahkan parti itu, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang dianggap mempunyai pakej lengkap sebagai wakil rakyat. Bagi beliau yang seangkatan dengan Azmawi atau lebih dikenali Awie dalam Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, calon […]

» Read more

Peranan Martabat Islam Tanggungjawab Kerajaan, Tanpa Mengenal Parti Yang Mentadbir

KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Peranan memartabatkan agama Islam adalah tanggungjawab kerajaan, tanpa mengenal parti yang mentadbir, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Akmal Saleh. Beliau berkata ia bukan perihal ‘lebih Islam’ daripada orang lain. “Ini bukan mahu tunjukkan siapa lebih Islam tetapi tanggungjawab sebagai pemimpin negara Islam yang perlu memartabatkan agama islam tidak kira kerajaan mahupun pembangkang,” katanya. […]

» Read more
1 298 299 300 301 302 606