PRN Johor ke-16: Perbincangan Kerjasama Perlu Dibuat Secara Tertib, Matang – Mohammad Aswad

KUALA LUMPU, 22 Mei – Sebarang perbincangan mengenai kerjasama pilihan raya perlu dibuat secara tertib, matang dan berpaksikan semangat muafakat terutamanya dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 yang akan datang. Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor, Dr Mohammad Aswad Ithnain berkata, UMNO Johor sentiasa menjunjung keputusan pucuk pimpinan parti maka sebarang keputusan perlu dicapai melalui meja rundingan […]

» Read more

Projek Jelapang Padi Kota Belud Gagal: Perlunya Urus Tadbir Bijak – Sufian

KOTA BELUD, 19 Mei – Ketua Pemuda UMNO Sabah, Sufian Abdul Karim menyifatkan kegagalan Projek Jelapang Padi Kota Belud sebagai simbol jelas kelemahan urus tadbir dan mendesak pembaharuan menyeluruh dalam pendekatan dasar sekuriti makanan Sabah. Menurut beliau, projek yang dilancarkan lebih sedekad lalu dengan harapan besar untuk menjadikan Kota Belud sebagai pusat pengeluaran utama beras negeri, kini terbukti gagal mencapai […]

» Read more

Ke Mana Hilangnya Klinik Percuma Dr Yadzil? – Dr Akmal

KUALA LUMPUR, 19 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mempersoalkan Ketua Bahagian PPBM Jasin selaku ADUN Bemban, Dr Mohd Yadzil Yaakub mengenai status manifesto klinik percuma yang dijanjikan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka lalu. Dr Akmal yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia turut mempersoalkan, adakah janji tersebut hanyalah sekadar manifesto untuk […]

» Read more

Isi Minyak Sehingga Penuh: Jalaluddin Harap Dapat Ringankan Beban Rakyat

KUALA LUMPUR, 19 Mei – Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias berharap agar Program Isi Minyak Sehingga Penuh 2025 dapat meringankan beban rakyat di sekitar parlimen tersebut. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, program yang dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jelebu dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Jelebu itu telah memanfaatkan kira-kira 250 buah motorsikal. “Terima kasih Tok. Alhamdulillah […]

» Read more

Sentimen ‘Sabah For Sabahan’ Hanya Untuk Menutup Kegagalan

KUALA LUMPUR, 18 Mei – Sentimen ‘Sabah For Sabahan’ hanyalah digunakan untuk menutup kegagalan pihak yang konon mahu membangunkan dan memajukan negeri tersebut, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja, Mohd Zaffarollah Mohd Nordin. Ini kerana katanya, sentimen tersebut digunakan untuk menidakkan UMNO/Barisan Nasional (BN) di Sabah dan ia boleh merosakkan keharmonian. “Seminggu dua ini ada pihak yang mengambil […]

» Read more

Cakna Bukit Gantang, Sollehin Laksana Ziarah Kasih

KUALA LUMPUR, 14 Mei – Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, Mohammad Sollehin Mohamad Tajie berbesar hati melakukan ziarah kasih menyantuni penduduk sekitar bagi mengeratkan silaturahim. Terbaharu, beliau yang juga Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia mengunjungi Ketua UMNO Cawangan Larut Tin Dr Zall Kepli Md Rejab atas pemergian isteri tercinta Allahyarhamah Zanab yang meninggal dunia baru-baru ini. “Saya dimaklumkan bahawa allahyarhamah […]

» Read more

Kerjasama Pas Terengganu-Pahang: Baik Jaga Negeri Sendiri Dulu – Tengku Haphiz

KUALA LUMPUR, 13 Mei – Pemuda Pas Negeri Terengganu dinasihatkan untuk menjaga negeri mereka sendiri sebelum menjalinkan kerjasama bersama Pemuda Pas Pahang dengan niat kononnya mahu menyelamatkan rakyat Pahang dari kegagalan UMNO. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Terengganu, Tengku Haphiz Tengku Putera menerusi hantaran di laman Facebooknya berkata, kenyataan Ketua Pemuda Pas Terengganu, Mohd Harun Esa menjadi petanda bahawa barisan […]

» Read more

Suarakan Pandangan Politik Secara Berhemah, Tertib – Syed Hussien

KUALA LUMPUR, 13 Mei – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Syed Hussien Syed Abdullah berharap kepimpinan parti politik di negeri Johor untuk rasional dalam mengeluarkan kenyataan. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota malah berkata sebarang  pendapat perlu disuara secara berhemah demi menjaga keharmonian dalam berpolitik. “Saya menyeru agar semua pemimpin parti dalam negeri Johor bersikap matang, berdisiplin […]

» Read more

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat Dan Negeri Hadapi PRN Sabah – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Gabungan parti dalam Kerajaan MADANI, khususnya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), perlu disertai dengan kerjasama erat antara parti di peringkat pusat dan negeri bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 akan datang. Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata BN tidak bercadang untuk bergerak secara bersendirian […]

» Read more

Bidas Muhyiddin, Dr Akmal Tegaskan Beliau Tetap Melayu Dahulu Sebelum Malaysia

KUALA LUMPUR, 5 Mei – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh membidas kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan bahawa “saya Melayu dulu, baru Malaysia” tidak penting lagi. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau turut berdoa agar Allah SWT memelihara perjuangan ikhlas demi agama, bangsa dan tanah air serta melindungi negara dari […]

» Read more
1 270 271 272 273 274 605