Beku Akaun : UMNO Hantar Surat Kepada SPRM

PUTRAJAYA, 1 Julai – UMNO akan menghantar surat memohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membenarkan sejumlah wang dikeluarkan daripada akaun ibu pejabat parti itu yang dibekukan pihak berkuasa tersebut. Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata pihaknya memerlukan sejumlah wang daripada akaun tersebut khususnya untuk urusan pentadbiran parti, terutamanya bagi pembayaran gaji lebih 300 kakitangan. “Surat telah […]

» Read more

Jangan Keluar UMNO Demi Kepentingan Peribadi – Zahid

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Presiden UMNO yang baharu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan anggota parti agar tidak meninggalkan UMNO hanya demi kepentingan peribadi. “Imam tidak pernah meninggalkan jemaah tetapi jika ada makmum yang mufaraqah atau keluar daripada jemaah yang diketuai oleh imam itu, maka mereka tentunya harus memikirkan keputusan tidak harus dibuat berdasarkan pertimbangan peribadi. “Tetapi sebaliknya kemenangan […]

» Read more

Bersatu Kita Teguh

KUALA LUMPUR, 1 Julai — Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kanan) bersama Timbalan Presiden UMNO baharu, Datuk Seri Mohamad Hasan (kiri) selepas sidang media memperkenalkan ahli Majlis Tertinggi UMNO yang baharu di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.–fotoBERNAMA

» Read more

Rapatkan Saf

KUALA LUMPUR, 1 Julai — Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tiga, kanan) bersama Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan (tiga, kiri) mengangkat tangan bersama Ahli Majlis Tertinggi (MT) selepas sidang media memperkenalkan Ahli Majlis Tertinggi yang baharu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini. Turut hadir Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid (dua, kiri), […]

» Read more

Kepimpinan Yang Baru

KUALA LUMPUR, 1 Julai — Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kanan) bersama Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan (dua, kanan) pada sidang media memperkenalkan ahli Majlis Tertinggi UMNO yang baharu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini. Turut hadir Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid (dua, kiri) dan Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf […]

» Read more

Pengumuman Jawatan Presiden, Timbalan Presiden Dan Naib-Naib Presiden UMNO

KUALA LUMPUR, 1 Julai — Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (kanan) bercakap pada sidang media pengumuman jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden UMNO yang baharu di Menara Dato Onn Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi disahkan memenangi jawatan Presiden UMNO manakala jawatan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan. –fotoBERNAMA.

» Read more

Menyampaikan Sumbangan Hari Raya

PUTRAJAYA, 1 Jul — Setiausaha Agung UMNO yang juga Anggota Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan isteri Datin Seri Anggraini Sentiyaki menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada warga Putrajaya pada Majlis Sambutan Aidilfitri anjuran Badan Amal Kasih Ibu dan Pergerakan Sayap-Sayap UMNO Putrajaya hari ini. –fotoBERNAMA

» Read more

Mengangkat Sumpah Sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri

KUALA TERENGGANU, 1 Julai — Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang (kiri) bersalaman dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang juga ADUN Seberang Takir selepas majlis mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri bagi Penggal Pertama Mesyuarat DUN ke-14 di Wisma Darul Iman hari ini.– fotoBERNAMA

» Read more

Barisan Ahli Majlis Tertinggi UMNO

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengumumkan barisan kepimpinan Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini. Katanya, Ibu Pejabat UMNO telah membuat penjumlahan dan mendapat pengesahan daripada Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2018 di peringkat Bahagian dan Pusat berdasarkan pemilihan yang telah dilaksanakan pada 30 Jun 2018 (Sabtu). Berikut adalah keputusan rasmi senarai kepimpinan UMNO […]

» Read more

Semua Pihak Perlu Mainkan Peranan Pulihkan Parti – Mohamad

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Timbalan Presiden UMNO yang baru, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, semua ahli UMNO perlu memainkan peranan masing-masing dalam usaha untuk memulihkan sokongan rakyat, khususnya bangsa Melayu terhadap parti. Jelas beliau, tanggungjawab untuk memulihkan sokongan rakyat terhadap UMNO tidak boleh hanya dibebani ke atas bahu presiden semata-mata, sebaliknya ia merupakan tanggungjawab semua. “Ahli-ahli UMNO perlu bersama-sama […]

» Read more
1 4,528 4,529 4,530 4,531 4,532 4,585