Petisyen: Dun Sungai Sibuga, Parlimen Libaran Kekal Milik BN

SANDAKAN, 18 Sep – Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Sibuga dan Parlimen Libaran kekal milik Barisan Nasional (BN) selepas Mahkamah Khas Pilihan Raya di sini hari ini menolak petisyen calon Parti Warisan Sabah (Warisan). Hakim Azhahari Kamal Ramli berkata, keputusan itu dibuat selepas meneliti semua afidavit dan hujahan bertulis yang difailkan kedua-dua pihak. Petisyen terhadap kerusi DUN Sungai Sibuga […]

» Read more

Jamal Mengaku Tidak Bersalah Tinggalkan Negara Secara Haram

KUALA LUMPUR, 18 Sept – Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang di sini, hari ini atas pertuduhan meninggalkan negara ini secara haram, Mei lalu. Jamal, 48, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Muhamad Firdaus Sadina Ali. Mengikut pertuduhan, Jamal didakwa tanpa sebab yang munasabah […]

» Read more

Peguam Muhammad Shafee Selesai Bayar Baki Jaminan RM500,000

KUALA LUMPUR, 18 Sept – Peguam terkemuka Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang menghadapi dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM9.5 juta daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan dua pertuduhan membuat penyata yang tidak betul kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri, hari ini melunaskan baki bayaran jaminan berjumlah RM500,000. Bayaran itu dibuat oleh anaknya, […]

» Read more

Dakwa Shafee Langkah Terdesak, Sangat Misteri?

Pendakwaan terhadap peguam terkemuka Tan Sri Shafee Abdullah atas tuduhan penggubahan wang haram dan pengelakan cukai menimbulkan pelbagai persoalan dan tanda tanya mengenai masa depan sistem keadilan negara. Shafee dituduh menerima hasil aktiviti haram di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001. Tuduhan ini dikemukakan ke atas peguam tersebut kerana beliau menerima cek sebanyak RM9.5 juta […]

» Read more

Mana Kebebasan Bersuara Malaysia Baharu Yang Dilaungkan PH?

KUALA LUMPUR, 18 Sept – Antara laungan kuat di kalangan pemimpin Pakatan Harapan (PH) selepas 9 Mei 2018 ialah Malaysia Baharu yang lebih terbuka dan kebebasan bersuara tanpa takut berhadapan pendakwaan dan tekanan undang-undang. Justeru, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid mempersoalkan selepas lebih 100 hari memerintah, apakah perubahan kebebasan bersuara yang telah dibuat oleh kerajaan PH bagi membolehkan […]

» Read more

Puteri Terus Mara

KUALA LUMPUR 17 Sep –Puteri Terus Mara… Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa bergambar bersama Exco Pergerakan Puteri setelah selesai Mesyuarat Exco Puteri UMNO di sini hari ini. Turut sama Ketua Puteri UMNO Datuk Zahida Zarik Khan.

» Read more

Bertukar Pandangan

KUALA LUMPUR 17 Sep –Puteri Terus Mara… Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa meluangkan masa memberi dan bertukar-tukar pandangan ketika turut hadir pada Mesyuarat Exco Puteri UMNO di sini hari ini. Turut sama Ketua Puteri UMNO Datuk Zahida Zarik Khan.

» Read more

MCA, Komponen BN Lain Usah Bimbang, Hubungan UMNO – Pas Kebaikan Untuk Semua

KUALA LUMPUR, 17 Sept – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata kerjasama antara UMNO dan Pas akan memberikan kekuatan kepada kuasa politik orang Melayu yang akan memberikan kebaikan bukan hanya kepada bangsa Melayu sahaja, tetapi kepada keseluruhan rakyat di negara ini. Ini kerana menurut beliau, walaupun UMNO sebuah parti yang berasaskan bangsa Melayu, namun telah terbukti […]

» Read more
1 4,454 4,455 4,456 4,457 4,458 4,624