UMNO Bidas Mahasiswa ‘Diugut’ Penaja Biasiswa Kerana Sertai PAU 2018

KUALA LUMPUR, 28 Sept – Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa membidas tindakan penaja biasiswa yang didakwa ‘mengugut’ mahasiswa yang menyertai Perhimpunan Agung UMNO 2018. Jelas beliau, sekiranya perkara ini benar, maka ia tidak sepatutnya berlaku kerana Akta Universiti dan Kolej (AUKU) 1971 telah dipinda dan para pelajar dibenarkan berpolitik dari zaman kerajaan terdahulu lagi. “Nasihat saya, kita perlu […]

» Read more

UMNO Tidak Pernah Bersalah

KUALA LUMPUR 28 Sept. – UMNO yang ditubuhkan 72 tahun dahulu tidak pernah bersalah sebaliknya parti itu hanyalah sebuah wadah perjuangan. Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Fairuz Jamaludin berkata, ideologi yang dibawa oleh parti itu amat jelas berakar pada pemimpin pengasas. “Mereka ingin bawa tanah Malaya ke persada dunia, mereka ingin lepas daripada sangkar penjajah, biar terbang bebas mencorak acuan sendiri. […]

» Read more

Keanggotaan Mohd Isa Dalam UMNO Lucut Secara Automatik

KUALA LUMPUR, 28 Sept – Keanggotaan bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dalam UMNO secara automatik terlucut jika menjadi calon bebas dan bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Port Dickson. Anggota Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Datuk Mohd Sharkar Shamsudin berkata perkara itu termaktub pada perlembagaan parti dan terpakai kepada semua anggota tanpa mengira jawatan. […]

» Read more

Ucapan Presiden Mesti Luar Biasa – Tajuddin

KUALA LUMPUR 28 Sept. – Seluruh perwakilan dan ahli UMNO menantikan satu ucapan dasar Presiden yang luar biasa dan tidak retorik pada perasmian perhimpunan agung parti itu Ahad ini. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang sering dicap ‘ultra Melayu’ menegaskan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi harus memberi ucapan meyakinkan dan diyakini oleh bukan sahaja orang […]

» Read more

UMNO Parti Konservatif Progresif, Bergerak Mengikut Lunas Perlembagaan – Zahid

KUALA LUMPUR, 28 Sept – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO adalah sebuah parti konservatif progresif  yang bergerak mengikut lunas-lunas Perlembagaan dan juga tatasusila serta sistem sosial yang ada di negara ini. Sehubungan itu beliau menegaskan tanggapan berterusan dan tohmahan pihak luar bahawa UMNO adalah sebuah parti rasis adalah bertentangan dengan apa yang  diperjuangkan oleh parti […]

» Read more

Kumpulan Utusan Saji Aktiviti Menarik Di Perhimpunan Agung UMNO 2018

KUALA LUMPUR 28 Sept. – Sempena Perhimpunan Agung UMNO 2018 yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini, Kumpulan Utusan akan menyajikan pelbagai aktiviti menarik untuk para pengunjung di Bilik Pulau Pinang, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini. Antara aktiviti yang bakal mendapat sambutan hebat ialah Studio Penghias Wajah dan cenderamata cetakan foto pada cawan yang mana pengunjung berpeluang […]

» Read more

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO

Kuala Lumpur, 27 September– Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berbincang dengan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan sebelum mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO di Menara Dato’ Onn, PWTC malam ini. Turut kelihatan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa. – Foto : MediaUMNO

» Read more

Angkat Sumpah

Kuala Lumpur, 27 September– Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengangkat sumpah menyimpan kerahsiaan Parti ketika hadir pada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO di Menara Dato’ Onn, PWTC malam ini. – Foto : MediaUMNO

» Read more
1 4,440 4,441 4,442 4,443 4,444 4,626