Hadir Di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 9 Julai — Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor ketika hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta hari ini bagi membayar baki jaminan yang dikenakan terhadapnya berhubung dakwaan pemindahan RM42 juta ke dalam akaun peribadi beliau dari bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.Najib yang berhadapan empat pertuduhan […]

» Baca lanjut

Kerajaan PH Diminta Nyatakan Pendirian Berkaitan Akta Berita Palsu dan Akta Hasutan

KUALA LUMPUR, 9 Julai – UMNO mempersoalkan pendirian terkini kerajaan Pakatan Harapan (PH) sama ada ingin membatalkan atau merasa serba salah untuk membatalkan Akta Berita Palsu dan Akta Hasutan. Unit Komunikasi Strategik Ibu Pejabat UMNO melihat dengan Dap diberi kuasa untuk mencerminkan ‘kebebasan bersuara’ yang dilaung-laungkannya maka Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tersepit untuk menghuraikannya. Katanya, selepas A Kadir […]

» Baca lanjut

Siasatan 1MDB: Najib Saman Peguam Negara, KP SPRM Dan Amar Singh

KUALA LUMPUR, 9 Julai – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan saman terhadap Peguam Negara Tommy Thomas, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Syukri Abdull dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berhubung siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Najib selaku pemohon memfailkan tiga saman pemula ex-parte […]

» Baca lanjut

PRK Sg Kandis: Penamaan Calon 21 Julai, Mengundi 4 Ogos

PUTRAJAYA, 9 Julai – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi bagi PIlihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.49 Sungai Kandis, Selangor, pada 4 Ogos depan, kata Timbalan Pengerusinya Tan Sri Othman Mahmood. Beliau berkata hari penamaan calon adalah pada 21 Julai dan tempoh berkempen 14 hari. “Daftar pemilih PRK yang akan digunakan untuk PRK ini adalah suku […]

» Baca lanjut

Bacaan Ikrar

Kuala Lumpur, 9 Julai – Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Suffian Hamdan mengetuai bacaan ikrar sebelum bermulanya mesyuarat Exco Pemuda UMNO yg pertama kali di pengerusikan oleh Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Ketua Pemuda sejak beliau mengambil alih tampuk kepimpinan Pemuda UMNO di Bilik Mesyuarat Tingkat 38, Menara Dato’ Onn sebentar tadi.- Foto: MediaUMNO

» Baca lanjut

Iktiraf Sijil UEC Bakal ‘Membunuh’ Dasar Pelajaran Kebangsaan Dan Keutamaan Bahasa Melayu

KUALA LUMPUR, 9 Julai – Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyarankan agar Kementerian Pendidikan tidak terburu-buru untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) walaupun ianya sebahagian daripada janji dalam manifesto kerajaan Pakatan Harapan (PH). Jelas beliau, pelaksanaan UEC secara tidak langsung akan ‘membunuh’ Dasar Pelajaran Kebangsaan dan sekaligus menenggelamkan keutamaan Bahasa Melayu yang menjadi teras kepada sistem […]

» Baca lanjut

Kepimpinan Baru Pemuda UMNO

Kuala Lumpur, 9 Julai — Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda UMNO yg pertama sejak beliau mengambil alih tampuk kepimpinan Pemuda UMNO di Bilik Mesyuarat Tingkat 38, Menara Dato’ Onn sebentar tadi.- Foto: MediaUMNO

» Baca lanjut

Najib Lahir Rasa Terharu, Sumbangan Tanda UMNO Sentiasa Sayangkan Pemimpinnya

KUALA LUMPUR, 9 Julai – Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa terharu dengan sumbangan yang diterima baik daripada ahli UMNO mahupun bukan yang sanggup menyumbang bagi membayar wang ikat jamin beliau. Jelas beliau, apa yang dilakukan ini amat memberi makna kepada dirinya dan keluarga kerana ia bukanlah sesuatu yang dirancang melalui arahan tetapi ia datang dari […]

» Baca lanjut

Lantikan Aisyah Sebagai Penasihat Satu Pembaziran, Sogokan Tutup Mulut – NGO Perak

IPOH, 9 Julai – Barisan NGO Negeri Perak membidas kerajaan negeri apabila melantik Ke­­tua Penerangan PKR Perak, Senator Siti Aishah Shaik Ismail, sebagai penasihat kerajaan negeri bertaraf Exco di mana pertubuhan itu menyifatkan pelantikan tersebut hanyalah sebagai usaha untuk menutup mulut dan bukannya satu keperluan, memandangkan perbuatan pemimpin Dap yang didakwa memberikan tekanan kepada beliau untuk menarik diri daripada bertanding […]

» Baca lanjut

Kerajaan Harus Perkasa Dasar Tahfiz Negara Bukan Tutup Sekolah Tahfiz

KUALA LUMPUR, 8 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia amat kesal dan kecewa dengan gesaan untuk Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menutup sekolah-sekolah tahfiz yang kononnya tidak memberi harapan kepada masa depan generasi baru Islam. Ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata kenyataan demikian tidak berasas dan hanya menzahirkan kedangkalan terhadap usaha memartabatkan agenda tahfiz yang sudah dimulakan oleh Kerajaan BN […]

» Baca lanjut
1 4,377 4,378 4,379 4,380 4,381 4,442