Kempen Politik Persepsi Salah Satu Punca BN Kalah PRU 14

SHAH ALAM, 29 Julai – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata, kempen politik persepsi yang dimainkan oleh kerajaan ketika menjadi pembangkang, dengan menghasut rakyat untuk membenci kepimpinan Barisan Nasional (BN) merupakan salah satu punca utama kekalahan BN dalam PRU ke 14 yang lepas. Jelasnya, usaha menghasut rakyat dengan memburuk-burukan pemimpin UMNO dan BN ini dilakukan secara […]

» Read more

Berbincang Bersama

KUALA LUMPUR, 28 Julai — Ketua Pergerakan Pemuda UMNO malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berbincang bersama Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan Tantawi sewaktu menghadiri Himpunan Kebangkitan Ummah di Padang Kelab Sultan Sulaiman pagi tadi. Foto:MediaUMNO

» Read more

Kesepakatan Ummah

KUALA LUMPUR, 28 Julai — Ahli Majlis Tertinggi yang juga calon BN Dun Sungai Kandis Datuk Lokman Noor Adam berbual bersama Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan Tantawi sewaktu menghadiri Himpunan Kebangkitan Ummah di Padang Kelab Sultan Sulaiman pagi tadi. Foto:MediaUMNO

» Read more

Umat Islam Perlu Bersatu Tanpa Mengira Fahaman Politik – Lokman Noor Adam

KUALA LUMPUR, 28 Julai – “Tiada apa yang lebih penting bagi saya selain daripada perjuangan mempertahankan Islam dan orang Melayu sebab itu saya tinggalkan sekejap pilihan raya dan hadir di sini bagi memberi sokongan,” ujar calon Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis, Datuk Lokman Door Adam. Jelas beliau, Himpunan Kebangkitan Ummah ini ‘wajib’ disokong oleh semua […]

» Read more

Noh Omar Kecewa Kenyataan Menteri Hina Orang Melayu Penerima BR1M

SHAH ALAM, 26 Julai – Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar menyatakan rasa sedih dan kecewa dengan kenyataan seorang Menteri Pendidikan, Dr. Mazlee Malik memperlekehkan orang Melayu yang menerima skim Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dengan kenyataan yang berbunyi seolah-olah menghina orang Melayu yang merupakan bangsa paling ramai menerima bantuan tersebut. Menurut Noh, inilah masalah orang Melayu yang […]

» Read more

Rumah Mampu Milik Untuk Rakyat Selangor Hanya Tinggal Kenangan – Rosni

SHAH ALAM, 26 Julai – Rumah mampu milik yang dijanjikan oleh kerajaan negeri Selangor kini hanya tinggal kenang-kenangan sahaja kepada rakyat ekoran kerajaan Selangor sendiri mengumumkan projek perumahan mampu milik akhirnya dibatalkan, demikian kata ADUN Hulu Bernam, Datuk Rosni Sohar. Jelasnya, sudah pasti sebahagian besar rakyat di negeri ini, khususnya yang terdiri daripada golongan berpendapatan sederhana amat kecewa dengan keputusan […]

» Read more

Jadikan PRK Sungai Kandis Sebagai Referendum Rakyat Tolak PH – Ismail Sabri

SHAH ALAM, 23 Julai – Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta para pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK), Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis untuk menjadikan PRK ini sebagai referendum rakyat menolak kerajaan Pakatan Harapan (PH). Katanya, rakyat sudah kecewa dengan kerajaan PH yang sebelum ini menjanjikan macam-macam perkara melalui manifesto mereka. “Perdana Menteri Tun Dr Mahathir […]

» Read more

‘LIVE’ Diskusi N49: Dira dan Shahril Hamdan Kupas Isu ‘Janji Dan Orang Muda’

SHAH ALAM, 22 Julai – Ruangan Diskusi N49 malam ini akan mengupas isu ‘Janji dan Orang Muda’ dengan menampilkan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Khaidirah Abu Zahar (Dira) bersama dengan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan. Dira selaku wanita muda merupakan mantan Exco Pergerakan Puteri UMNO yang lantang bersuara dan berani mengeluarkan idea. Beliau memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda […]

» Read more

Beri Peluang Presiden Laksanakan Tanggungjawab Perkukuhkan Parti – Shahar

KUALA LUMPUR, 19 Julai – Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia, Mohd Shahar Abdullah meminta agar Datuk Puad Zarkashi agar tidak mengeruhkan suasana dan keadaan dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak konstruktif ketika Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi sedang berusaha memperkukuhkan parti hari ini. Sebagai ahli UMNO, beliau menyatakan rasa hormati berhubung pertanyaan Datuk Puad Zarkashi kepada Presiden UMNO mengenai hala […]

» Read more

Zahid Umum Ahli Majlis Tertinggi Lantikan Dan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri

KUALA LUMPUR, 14 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO lantikan mengikut Fasal 9.2.8 Perlembagaan UMNO dan juga Pengerusi-Pengerusi Perhubungan UMNO dan pimpinan negeri-negeri. Menurut Zahid, ini merupakan langkah pertama UMNO menuju pembaharuan agar parti terus relevan dalam pentas politik tanah air. “Selaras dengan pemilihan yang baharu, saya sebagai Presiden […]

» Read more
1 370 371 372 373 374