MB Kedah Hati-hati Ketika Bercakap, Jangan Tiru Acuan PH – Johan Rizal

KUALA LUMPUR, 17 Feb – Pengarah Komunikasi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri mengingatkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor untuk berhati-hati memberikan kenyataan dan tidak meniru acuan Pakatan Harapan (PH) yang seringkali bertindak sebagai pemecah belah. Beliau berkata demikian sebagai reaksi apabila pemimpin PAS itu di Johor yang mendakwa bahawa sekiranya […]

» Read more

Pemerkasaan Wanita Johor Dinantikan Pada PRN – Norshida

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Dua tiga hari kebelakangan ini, parti lawan telah mula mengumumkan calon-calon yang mereka tandingkan di kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor. Bagi Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim semestinya Barisan Nasional (BN) Johor juga akan mengumumkan calon dalam masa terdekat ini dan ianya dinantikan-nantikan oleh semua pihak. “Bukan sahaja rakyat yang tertunggu-tunggu calon yang […]

» Read more

Cyber Rangers Wanita Sedia Berdepan Tohmahan, Cabaran Media Sosial PRN Johor – Norshida

JOHOR BAHRU, 13 Feb – Wanita UMNO Malaysia bersedia seratus peratus mendepani cabaran siber dan media sosial bagi Pilihan Raya Negeri Johor (PRN) yang akan diadakan pada Mac nanti. Ketua Penerangannya, Datuk Norshida Ibrahim berkata pendekatan itu akan dilaksanakan menerusi jentera Cyber Rangers Wanita di peringkat negeri dan juga peringkat bahagian yang akan melaksanakan tanggungjawab masing-masing. “Sepertimana gerakan sebelum ini […]

» Read more

Guna Logo Sendiri Di PRN… Bibit Perpecahan Antara PKR Dan PH – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 11 Feb – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berpandangan keputusan PKR untuk menggunakan logo sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah disebabkan hilang kepercayaan kepada parti gabungan dalam Pakatan Harapan (PH). Katanya, bibit perpecahan antara mereka juga dapat dihidu setelah kekalahan PH di Melaka termasuk PKR yang gagal menyumbang sebarang kerusi pada parti mereka. “Kalau […]

» Read more

Rakyat Muak Drama Politik, PRN Terbaik Stabilkan Negeri – Norshida

KUALA LUMPUR, 11 Feb – Rakyat di negeri Johor sudah muak dengan drama politik yang terjadi dan memahami keperluan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN), kata Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim. Jelas beliau lagi, ini kerana rakyat sudah merasai pengalaman berada di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) yang disifatkan sebagai gagal meneruskan agenda pembangunan negeri. “Sekarang Dewan Undangan […]

» Read more

Rakyat ‘Poster Boy’ Sebenar BN – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 6 Feb – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Barisan Nasional (BN) adalah sebuah parti yang berteraskan kepentingan rakyat. Oleh kerana itu, dalam satu hantaran ringkas di Facebook petang ini Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN berkata rakyat adalah ‘poster boy’ bagi parti itu. “BN adalah parti rakyat. ‘Poster boy’ sebenar BN adalah rakyat. “BN […]

» Read more

Yakin Penuhi Kriteria Yang Digariskan, Wanita Tuntut 30 Peratus Calon Dalam PRN Johor

KUALA LUMPUR, 6 Feb – Wanita UMNO menuntut agar 30 peratus calon dalam kalangan Wanita Barisan Nasional (BN) dapat dipilih sebagai calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini. Ujar Ketua Penerangannya Datuk Norshida Ibrahim, daripada keseluruhan 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi oleh BN, jumlah tersebut hanya melibatkan 17 kerusi daripada jumlah keseluruhan kerusi. “Wanita […]

» Read more

PRN Johor: Jentera BN Perlu Kekal Momentum Capai Kemenangan

KUALA LUMPUR, 6 Feb – Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia Datuk Norshida Ibrahim berkata Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah medan yang sangat penting bagi memastikan momentum  sebagai jentera Barisan Nasional (BN) tetap membara menuju ke arah kemenangan mutlak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Ujarnya, BN jangan leka dan terlalu optimis terhadap kemenangan yang besar di PRN Melaka dan […]

» Read more

Apabila Abang Besar Mula Mengugut….

• Ramai keliru dengan mendakwa bahawa Kerajaan hari ini adalah Kerajaan UMNO/BN kerana yang jadi PM adalah UMNO. • Hakikatnya, ini bukan Kerajaan BN/UMNO, tetapi sebuah Kerajaan campuran atau lebih tepat Kerajaan PN 2.0 atau dijenamakan sebagai Kerajaan Keluarga Malaysia. • Realitinya, UMNO hanya mempunyai 37 kerusi Parlimen (jika ditambah MCA, MIC dan PBRS menjadikan 41), sedangkan Parti Perikatan Nasional […]

» Read more

Ugut PM, Bawa Faedah Kepada PPBM Atau Rakyat? – Ahmad Maslan

TEBRAU, 4 Feb – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menyelar kenyataan Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Wan Saiful Wan Jan yang mengatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah dilakukan secara bersyarat. Katanya, ini kerana langkah tersebut tidak memberi sebarang keuntungan kepada rakyat melainkan ianya bersifat ugutan yang dilihat hanya mempertahankan parti mereka […]

» Read more
1 327 328 329 330 331 374