BN Akan Jadi Pembangkang Berwibawa – Mohamad

SEREMBAN, 13 Mei – Barisan Nasional (BN) tidak akan melemparkan fitnah dan tohmahan terhadap kerajaan negeri baharu pimpinan Pakatan Harapan (PH) tetapi sebaliknya akan menjadi pembangkang yang berwibawa dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang. Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ini bagi memastikan rakyat terus mendapat kebaikan daripada dasar-dasar yang dilaksanakan oleh pentadbiran baharu kerajaan […]

» Read more

Wanita UMNO Hormati Keputusan Datuk Seri Najib, Rakam Penghargaan Atas Sumbangan

KUALA LUMPUR, 12 Mei – Pergerakan Wanita UMNO mengucapkan terima kasih dan menghormati serta menerima keputusan Presiden Parti, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional. Ketuanya, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata Datuk Seri Najib telah berkhidmat di bawah kepimpinan Allahyarham Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir, Tun Abdullah Ahmad […]

» Read more

Najib Letak Jawatan Presiden UMNO, Pengerusi BN

KUALA LUMPUR, 12 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan perletakkan jawatannya sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) serta merta setelah BN gagal untuk membentuk kerajaan pada pilihan raya umum ke 14 yang lalu. Menurut beliau, perkara ini dilakukan di atas dasar tanggungjawab sebagai ketua di dalam BN apabila parti tersebut gagal untuk memenangi PRU […]

» Read more

Ahli Perlu Bertenang, Setuju UMNO Perlu Kepimpinan Baru, Tapi Dengan Tertib – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 12 Mei – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersetuju dengan pendapat ahli dan rakyat bahawa UMNO memerlukan kepimpinan baru dan ianya harus dilakukan dengan tertib supaya parti boleh dikembalikan dengan maruah dan prinsip yang dijunjung. “Kepada ahli UMNO yang dicintai, jangan bertindak dengan emosi. Kita lakukan ini demi masa hadapan dan kesatuan kita. Perkara ini […]

» Read more

Muhasabah Dan Bangkit Dari Kekalahan Untuk UMNO Yang lebih Kuat

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Ulang tahun UMNO ke 72 tahun disambut sederhana namun meriah dengan kehadiran pemimpin dan juga akar umbi yang masih terus setia dan mahu melihat kebangkitan UMNO. Rata-rata yang ditemui melahirkan harapan agar semua ahli dan pemimpin UMNO bermuhasabah dan menjadikan peristiwa ‘hitam’ ini sebagai satu penyuntik semangat kebangkitan kembali UMNO. Bagi Ketua UMNO bahagian Ledang, […]

» Read more

Mohamed Khaled Rakam Penghargaan Semua Pihak Atas Sokongan Terajui Johor

JOHOR BAHRU, 11 Mei – Bekas Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin merakamkan penghargaan dan terima kasih terhadap semua pihak atas sokongan sepanjang lima tahun diberi mandat menerajui kerajaan negeri. Mohamed Khaled menerusi kenyataan berkata beliau berharap sokongan yang sama atau lebih baik lagi akan turut diberikan semua pihak khususnya rakyat Johor kepada pasukan kerajaan negeri yang baharu. […]

» Read more

UMNO Sambut Ulang Tahun Ke-72 Secara Sederhana Di PWTC

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dan barisan kepimpinan UMNO menyambut ulang tahun parti berkenaan ke-72 secara sederhana di Surau Ar-Rahman Putra World Trade Centre (PWTC). Majlis berkenaan yang turut dihadiri kira-kira hampir 2,000 ahli serta penyokong dan pendokong parti dimulakan dengan solat Maghrib, solat hajat kemudiannya bacaan Yassin dan kemudiannya disusuli dengan tahlil yang […]

» Read more

Proses Peralihan Kuasa Aman, Bukti Demokrasi Terus Terpelihara

PUTRAJAYA, 11 Mei – Proses peralihan kerajaan secara aman dan teratur dengan tertubuhnya kerajaan baharu yang mendapat mandat rakyat, diterajui Pakatan Harapan (PH) menyaksikan amalan demokrasi matang terus subur dan terpelihara di negara ini. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata SPR sudah melaksanakan tanggungjawabnya dengan telus, adil dan saksama dalam mengendalikan proses Pilihan Raya Umum […]

» Read more

BN Melaka Akan Jadi Pembangkang Terbaik Untuk Rakyat

MELAKA, 11 Mei – Barisan Nasional (BN) di Melaka akan menjadi pembangkang terbaik dalam memastikan sistem semak dan imbang dapat dilaksanakan untuk rakyat negeri berkenaan, kata Pengerusinya Datuk Seri Idris Haron. Anggota Majlis Tertinggi UMNO itu berkata beliau dan 12 lagi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN juga akan memastikan kebajikan mereka terus terbela apabila mewakili rakyat di kawasan masing-masing […]

» Read more

Agong Rai Peserta Tilawah Pada Majlis Santapan Petang

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan berangkat ke majlis santapan minum petang bagi meraikan jemaah hakim dan peserta Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-60. Majlis santapan yang berlangsung di Dewan Santapan Utama Istana Negara di sini, dihadiri 300 peserta dari pelbagai negara termasuk Iran, Amerika Syarikat, Palestin dan Mesir. Hadir sama […]

» Read more
1 2,733 2,734 2,735 2,736