Ahli Perlu Bertenang, Setuju UMNO Perlu Kepimpinan Baru, Tapi Dengan Tertib – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 12 Mei – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersetuju dengan pendapat ahli dan rakyat bahawa UMNO memerlukan kepimpinan baru dan ianya harus dilakukan dengan tertib supaya parti boleh dikembalikan dengan maruah dan prinsip yang dijunjung.

“Kepada ahli UMNO yang dicintai, jangan bertindak dengan emosi. Kita lakukan ini demi masa hadapan dan kesatuan kita. Perkara ini telah pun saya sampaikan kepada setiap pucuk pimpinan termasuk sayap-sayap di dalam parti,” katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau menyeru dan merayu kepada semua pihak untuk bersabar dan memberikan ruang supaya semuanya dapat berjalan dengan lancar.

“Saya merayu kepada semua pihak untuk bersabar dan memberikan ruang supaya perkara ini dapat mengizinkan kita melaksanakannya dengan segera.

“Percayalah, saya akan lakukan yang terbaik demi parti dan negara yang tercinta. Semoga Allah SWT memelihara UMNO,” katanya. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.