Malaysia Terus Catat Pencapaian Membanggakan Dalam Keselamatan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 21 Jan – Malaysia terus mencatat pencapaian membanggakan dalam aspek keselamatan sebagaimana dinyatakan Indeks Keganasan Global 2024 yang menunjukkan penurunan dalam ancaman keganasan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam hantaran di laman Facebook memaklumkan Malaysia juga diletakkan sebagai negara ke-10 dunia dan kedua di Asia paling aman berdasarkan Indeks Keamanan Global 2024. “Namun, kita […]

» Read more

Azalina Adakan Pertemuan Bersama Kepimpinan Penerangan, Kukuhkan Jentera Komunikasi

KUALA LUMPUR, 21 Jan – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said berbesar hati mengadakan perjumpaan dengan veteren UMNO dan ketua-ketua penerangan sayap-sayap Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri negeri-negeri semalam. Diadakan di Pejabat Penerangan bertempat di Ibu Pejabat UMNO Pusat Dagangan Dunia (WTC), pertemuan tersebut dimanfaatkan sepenuhnya kepimpinan dalam melaksanakan diskusi dan pencerahan terkini membabitkan hala tuju parti. […]

» Read more

Malaysia-Indonesia Sependapat… Isu Berkaitan ASEAN Perlu Ditangani Bersama – Mohamed Khaled

KUALA LUMPUR, 20 Jan – Malaysia dan Indonesia bersependapat bahawa isu berkaitan ASEAN perlu ditangani bersama demi kestabilan serta kemajuan serantau, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Mohamed Khaled yang juga Naib Presiden UMNO menerusi hantaran di laman Facebooknya memaklumkan, beliau telah menerima kunjungan daripada Menteri Pertahanan Republik Indonesia, TYT Leftenan Jeneral (Bersara) Sjafrie Sjamsoeddin, di Kementerian Pertahanan […]

» Read more

‘Perang Saudara’ Dalam Perikatan Nasional, PPBM Cuba Telan Pas – Nor Akmal

KUALA LUMPUR, 20 Jan – Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Nor Akmal Muhammad berpandangan isu membabitkan calon Perdana Menteri Perikatan Nasional (PN) membawa keretakan dalam gabungan parti itu. Beliau yang juga Ketua Puteri UMNO Bahagian Pulai berkata ia ekoran tiada kata putus dicapai mereka ditambah pula adanya kenyataan yang berbeza daripada pemimpin Pas dan PPBM. “Dengan kenyataan dan ulasan-ulasan yang […]

» Read more

Kerajaan Perlu Melabur Dalam Teknologi Kepolisan Moden Untuk Perkukuh Keselamatan – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 20 Jan – Kerajaan perlu melabur dalam teknologi kepolisan moden bagi memastikan keselamatan negara terus terjamin dan sejajar dengan amalan terbaik antarabangsa, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata pendekatan keselamatan moden tidak lagi hanya bergantung kepada kehadiran fizikal anggota penguat kuasa di lokasi tertentu, tetapi perlu melalui penggunaan peralatan canggih. “Ini perlu dilakukan, […]

» Read more

Malaysia Pelawa Indonesia Sertai LIMA 2025

KUALA LUMPUR, 20 Jan – Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengundang secara rasmi Indonesia untuk menyertai Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2025. Kementerian Pertahanan menerusi kenyataan memaklumkan undangan itu dizahirkan selepas pertemuan Mohamed Khaled dengan rakan sejawatnya dari Indonesia Sjafrie Sjamsoeddin dan delegasi yang mengadakan kunjungan hormat di Wisma Pertahanan di sini hari ini. “(Jemputan itu) […]

» Read more
1 264 265 266 267 268 4,528