Menjelang 100 Hari: Terbukti PH Kerajaan ‘Kakistocracy’ – Annuar

KUALA LUMPUR, 16 Ogos – Menjelang 100 hari pentadbiran kerajaan baru Pakatan Harapan (PH), ternyata janji-janji yang mereka laungkan dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu khususnya 10 janji dalam tempoh tersebut gagal ditunaikan sebaliknya pelbagai isu lain yang timbul. Hal ini mengundang Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menekankan bahawa ‘Terbukti PH Kerajaan ‘Kakistocracy’ sebagaimana kenyataannya berikut: […]

» Read more

Buka Semula Siasatan 1MDB : Najib Tiada Halangan Tapi Bukanlah Untuk Cari Kesalahan Semata-Mata

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata beliau tidak mempunyai masalah jika Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) mahu membuka semula siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) namun ianya bukan semata-mata untuk mencari kesalahan. “Kalau nak dibuka semula itu hak PAC tetapi janganlah dalam ‘mood’ mahu mencari kesalahan sahaja… sekarang ini mereka dah ada mandat […]

» Read more

Penutupan KSCIP Jejas Hubungan Malaysia-Saudi – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 8 Ogos — Kerajaan Pakatan Harapan (PH) digesa menghantar delegasi mengadap Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud untuk menzahirkan keputusan berhubung penutupan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP), bagi memastikan keputusan itu tidak menjejas hubungan akrab antara Malaysia dan Arab Saudi. Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata keputusan yang dibuat secara unilateral tanpa […]

» Read more

Kegiatan Khianat : Beranikah Kerajaan PH Khususnya Dap Nafikan Dakwaan CSIS?

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Pasti pihak kerajaan dan yang berkaitan dengannya akan menafikan namun pendedahan Daniel Twining, anggota Centre for Strategic International Studies Amerika Syarikat (CSIS), amat serius yang akhirnya mendedahkan kegiatan khianat Kerajaan Pakatan Harapan (PH) terutama Dap dan konco-konco mereka selama ini terhadap kerajaan terdahulu, kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah. Sehubungan itu katanya, […]

» Read more

Pembatalan Langganan Utusan Malaysia, Menteri Jawab Tidak Tahu

KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Antara yang diperjuangkan oleh Pakatan Harapan (PH) dari dulu adalah kebebasan media malah ketika Gobind Singh Deo dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia kebebasan media adalah menjadi keutamaannya. Namun apa yang diperjuangkan itu tidak selari dengan perbuatan mereka. Ini terbukti apabila heboh di media sosial berkaitan surat pekeliling pembatalan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 18 Julai […]

» Read more

Tangani Segera Khazanah Dan GLC Di Bawah Naungannya – Zahid

KUALA LUMPUR, 26 Julai – Peletakan jawatan semua sembilan ahli lembaga pengarah Khazanah Nasional Berhad, patut ditangani oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) agar tidak membantutkan pertumbuhannya serta GLC di bawah naungannya, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Presiden UMNO berkata pembangkang tidak mahu menyentuh isu peletakan jawatan ini tetapi bimbang dengan kedudukan portfolio pelaburan […]

» Read more

Kerajaan PH Perlu Berhenti Terus Manipulasi Isu Hutan RM1 Trilion Untuk Kelirukan Rakyat

KUALA LUMPUR, 24 Julai – Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia Datuk Noraini Ahmad membidas kerajaan baru pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang sering menggunakan isu hutang negara bagi memomokkan rakyat. Jelas beliau, sampai bila jumlah hutang negara mencecah RM1 trilion mahu ditokok tambah dan diuar-uarkan kerana semata-mata mahu mengalihkan tumpuan rakyat. “Isu ini terus dimainkan hanya untuk mengalihkan perhatian rakyat agar […]

» Read more

Lokman Noor Adam Calon BN PRK DUN Sg Kandis

SHAH ALAM, 20 Julai – Datuk Lokman Noor Adam dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, 4 Ogos ini. Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Presiden Pemantau Malaysia Baru 2018 mempunyai pengalaman yang luas dalam arena politik dengan menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan pada […]

» Read more

Tun M Terlalu Banyak Menipu Rakyat – Anina

KUALA LUMPUR, 16 Julai – Presiden Empirical Malaysia, Anina Saaduddin mendedahkan bahawa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) terlalu banyak menipu rakyat. Soal beliau, kenapa apabila berkuasa, Tun M tidak mendakwa mantan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak atas isu RM2.6 billion? “Saya temui banyak bukti tentang pembohongan Tun M apabila Tun M sendiri pada tahun […]

» Read more

Genap Dua Bulan… Semak 10 Janji 100 Hari Pakatan Harapan

Hari ini genap 2 bulan sejak Pakatan Harapan memegang tampuk pentadbiran kerajaan. Bermakna kurang 40 hari untuk mereka menunaikan 10 janji 100 hari mereka. Semakan terhadap janji tersebut adalah seperti ini: *1) Menghapuskan  GST  dan  mengurangkan  kos  sara hidup dengan pelbagai inisiatif peduli rakyat.* Belum ditunaikan! GST belum dihapuskan, hanya dikadar sifarkan. Dijangka akan ada pembentangan memansuh akta GST pada […]

» Read more
1 249 250 251 252 253 255