Zahid Terima Kunjungan Duta Besar Amerika Syarikat

KUALA LUMPUR, 17 Okt – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat, Kamala Shirin Lakhdhir. Pertemuan hampir satu jam itu berlangsung di Menara Dato Onn di sini, hari ini. Pelbagai isu dibincangkan pada pertemuan itu, yang turut dihadiri Setiausaha Agung, Tan Sri Annuar Musa, Naib Presiden, Datuk Seri Khaled Nordin, Ketua Pemuda, […]

» Read more

SJKC Diberi Peruntukan, Naik Taraf Sekolah Agama Ditangguh?

PULAU PINANG 15 Okt. – UMNO Pulau Pinang melahirkan rasa terkejut dengan hasrat Kementerian Pendidikan untuk membina sebuah lagi sekolah jenis kebangsaan Cina (SKJC) di Bandar Cassia, Batu Kawan di sini. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, cadangan itu disuarakan ketika peruntukan untuk menambah baik masjid dan kelas agama di negeri ini yang diluluskan kerajaan Barisan […]

» Read more

Cukai Baru, Harga Barang : Masuk Sidang Kedua Parlimen Gaya Dolak Dalih Kerajaan Masih Sama

KUALA LUMPUR, 15 Okt – Walaupun sudah menjadi Kerajaan, namun sikap Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) masih lagi seperti pembangkang. Sikap berdolak-dalih dan sering menuding jari masih terus menjadi permainan pemimpin PH. Ini jelas dapat dilihat di dalam sidang kedua Dewan Rakyat yang bermula hari ini. Sebagai contoh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, bukan sahaja tidak menjawab persoalan yang diajukan […]

» Read more

“Jalan Nak Ke Masjid Ditutup, Tapi Untuk Pesta Arak Dibuka” – Annuar

KETEREH, 13 Okt – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa melahirkan kegusaran dan kekhuatiran apabila melihat pemimpin Islam kerajaan menjadi semakin permisif dan liberal. Menurutnya, pemimpin kerajaan Pakatan Harapan (PH) dilihat semakin condong kepada nilai-nilai tajaan parti tertentu dalam politik kepartian mereka. “Sedikit demi sedikit nilai Islam terhakis kerana lemahnya kita dalam tawar-menawar politik. Kita terlalu bergantung kepada talian […]

» Read more

Penyerahan Jaket Pasukan Bantuan Kemanusiaan

9 Oktober–Pengerusi Sekretariat Profesional Muda, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris memakaikan jaket pasukan bantuan kemanusiaan kepada Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki selepas sidang media berhubung Misi Bantuan Perubatan dan Kemanusiaan Pemuda UMNO Malaysia ke Kota Palu, Sulawesi Indonesia pada 10 sehingga 16 Oktober ini. Pemuda UMNO melalui Sekretariat Profesional Muda yang diketuai oleh Datuk Dr Najmil […]

» Read more

Misi Bantuan Perubatan dan Kemanusiaan

9 Oktober–Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki ketika bergambar bersama para sukarelawan selepas mengadakan sidang media berhubung Misi Bantuan Perubatan dan Kemanusiaan Pemuda UMNO Malaysia ke Kota Palu, Sulawesi Indonesia pada 10 sehingga 16 Oktober ini. Pemuda UMNO melalui Sekretariat Profesional Muda yang diketuai oleh Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris akan menghantar satu pasukan khas yang melibatkan […]

» Read more

Zahid Terima Kunjungan Delegasi Britain, Bincang Pelbagai Perkara

KUALA LUMPUR, 3 Okt – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menerima kunjungan rasmi delegasi kanan Britain. Kunjungan yang diketuai Timbalan Menteri Luar bagi Hal-Ehwal Asia-Pasifik dan Komanwel, Mark Field adalah yang pertama dibuat oleh sejak Zahid menjadi Presiden Umno. Turut dalam rombongan itu ialah Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia, David Thomas dan Setiausaha Pertama […]

» Read more

Idealisme Agama Bukan Sebahagian Daripada Politik Mesti Ditolak

KUALA LUMPUR, 28 Sept – Setiausaha Agung UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa menegaskan, sesiapa yang menolak bahawa politik itu adalah sebahagian daripada ajaran Islam, maka secara tidak langsung individu itu sebenarnya telah menolak ajaran agama itu sendiri. Menurut beliau, ada golongan yang tidak berhenti-henti mempromosikan idealisme bahawa agama tidak boleh mendasari politik dan berpolitik dengan berteraskan agama dan bangsa […]

» Read more

Seekor Dua Ayam Keluar Reban Dan Tidak Berkokok, Hari Tetap Siang – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, UMNO masih lagi mempunyai sokongan yang kuat di peringkat akar umbi yang masih lagi setia dan berdiri teguh dengan perjuangan parti, biarpun UMNO tidak lagi memegang tampuk kerajaan di negara hari ini. Menurut beliau, yang lari keluar daripada UMNO hari ini adalah terdiri daripada golongan pemimpin sahaja, […]

» Read more

Mengangkat Sumpah

KUALA LUMPUR, 23 September — Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi UMNO pagi tadi turut menyaksikan sesi angkat sumpah oleh Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man sebagai Ahli majlis Tertinggi dan Datuk Musa Sheikh Fadzir sebagai Pengerusi UMNO Pulau Pinang. Foto:MediaUMNO

» Read more
1 238 239 240 241 242 246