UMNO Beaufort Bidas Kenyataan Pas, Tegaskan Jasa BN Di Sabah Tidak Boleh Dinafi

BEAUFORT, 4 Mac – Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Awang Aslee Lakat, membidas kenyataan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah, Sahar Abdul Majid, yang seakan menidakkan jasa dan kepimpinan UMNO/Barisan Nasional (BN) dalam membangunkan Sabah. Terdahulu, Sahar dipetik mengeluarkan kenyataan bahawa janji-janji yang dikemukakan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, untuk menyelesaikan masalah air, elektrik dan jalan […]

» Baca lanjut

Malaysia Mohon Longgar Syarat Bagi Timor-Leste Jadi Anggota Penuh ASEAN

KUALA LUMPUR, 4 Mac – Malaysia telah memohon untuk melonggarkan prasyarat yang ditetapkan ke atas Timor-Leste bagi mempercepatkan proses negara itu menjadi anggota penuh ASEAN menjelang hujung tahun ini, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan. Beliau berkata berdasarkan peraturan sedia ada, terdapat 88 prasyarat ditetapkan yang perlu dipenuhi oleh Timor-Leste sebelum boleh menjadi ahli penuh rantau itu. “Daripada 88 […]

» Baca lanjut

Usaha Baik Pulih Jalan Kota Marudu, JKR Sabah Pastikan Keselesaan Pengguna – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 3 Mac – Kementerian Kerja Raya sentiasa memberi perhatian terhadap kerosakan jalan raya yang berlaku di Sabah khususnya di Daerah Kota Marudu. Timbalan menterinya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata Kementerian ini melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah sedia maklum dan telah menerima laporan kerosakan jalan yang agak kritikal di Kota Marudu yang berlaku sejak akhir tahun 2024. Katanya, […]

» Baca lanjut

Program Ramadan Harus Diisi Dengan Kesederhanaan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 3 Mac – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan bahawa program Ramadan yang dianjurkan oleh mana-mana pihak haruslah diisi dengan kesederhanaan. Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berpesan kepada semua agensi dan jabatan kerajaan supaya mengelakkan pembaziran sepanjang bulan Ramadan. “Dalam Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga Jabatan […]

» Baca lanjut

Mohamed Khaled Adakan Lawatan Ke Charles de Gaulle

KUALA LUMPUR, 3 Mac – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah mengadakan lawatan ke kapal pengangkut pesawat Tentera Laut Perancis, Charles de Gaulle (CDG) pada Ahad. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau telah mengadakan lawatan tersebut ketika CDG sedang melalui perairan negara di Laut China Selatan. “Hari pertama Ramadan saya tahun ini dimulakan dengan lawatan ke kapal pengangkut […]

» Baca lanjut

KESUMA Perkukuh Akses Pekerjaan Untuk Golongan OKU – Abdul Rahman

KUALA LUMPUR, 3 Mac – Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) amat prihatin berkenaan penyertaan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam pasaran pekerjaan negara. Timbalannya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata KESUMA telah dipertanggungjawabkan mengetuai jawatankuasa pekerjaan di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya (MKBOKU) di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Jelasnya, jawatankuasa ini bertujuan untuk membincangkan dan […]

» Baca lanjut
1 182 183 184 185 186 4,510