Elak Politik Wang Dalam Pemilihan UMNO – Tengku Razaleigh

GUA MUSANG, 23 Jun – Calon Presiden UMNO Tengku Razaleigh Hamzah mahu budaya politik wang dalam pemilihan parti itu dapat dihapuskan, sekali gus perwakilan dapat memilih pemimpin mereka dengan lebih jujur dan ikhlas. Tengku Razaleigh, yang juga Ketua UMNO Bahagian Gua Musang berkata budaya itu tidak sepatutnya berlaku ketika UMNO sedang dalam proses pemulihan selepas ditolak rakyat pada Pilihan Raya […]

» Read more

UMNO Melaka Failkan Petisyen Cabar Keputusan PRU14

MELAKA, 23 Jun – UMNO Melaka telah memfailkan petisyen pilihan raya di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin lepas bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata dua kerusi DUN itu ialah Telok Mas dan Rembia. “Kita dapati calon (Telok Mas) […]

» Read more

Akar Umbi UMNO Lahirkan Harapan Besar Kepada Bakal Pemimpin Sayap

KUALA LUMPUR, 23 Jun – Mesyuarat dan pemilihan sayap UMNO Wanita, Pemuda dan Puteri yang berlangsung serentak hari ini ternyata mendapat sambutan hangat. Rata-rata perwakilan yang ditemui melahirkan harapan agar pemimpin yang bakal dipilih kelak akan mampu membawa perubahan untuk UMNO kembali mendapat kepercayaan rakyat khususnya anak muda. Bagi Syarizzatul Faizura Che Halil, 41, daripada cawangan Pusat Bandar Puchong bahagian […]

» Read more

Pemilihan UMNO 2018 Bermula

Kuala Lumpur, 23 Jun–Kakitangan Ibu Pejabat UMNO Malaysia membawa kotak yang berisi kertas undi untuk proses pengiraan bagi pemilihan kepimpinan Pemuda UMNO Bahagian dan Pusat pada Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Subang di Dewan Merdeka, PWTC tengahari ini. – Foto : MediaUMNO

» Read more

Pemilihan UMNO 2018 Bermula

Kuala Lumpur, 23 Jun–Perwakilan Wanita UMNO beratur untuk mengambil set borang pengundian bagi pemilihan kepimpinan Wanita UMNO Bahagian dan Pusat pada Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Subang di Dewan Merdeka, PWTC tengahari ini. – Foto : MediaUMNO

» Read more

Keanggotaan, Sistem Pemilihan Perlu Diberi Perhatian Pimpinan Baharu UMNO

MELAKA, 23 Jun – Keahlian dan sistem pemilihan adalah antara pelbagai isu penting yang perlu diberi perhatian oleh pucuk kepimpinan baharu UMNO yang dipilih pada pemilihan sayap parti esok, kata Ketua Pergerakan Puteri Datuk Mas Ermieyati Samsudin. Beliau berkata ia perlu dilakukan bagi mengembalikan keyakinan rakyat khususnya orang Melayu dan bumiputera yang selama ini menaruh kepercayaan kepada parti itu untuk […]

» Read more

Bubarkan UMNO Tiada Dalam Kamus Politik Saya – Zahid

SENDAYAN, 22 Jun – Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau tidak akan membenarkan sama sekali untuk UMNO dibubarkan apatah lagi sekiranya untuk menguatkan pihak lain. Jelas beliau, perkara sebegitu tidak ada dalam kamus politik dirinya. “Langkah mayat ahli UMNO dulu kalau mahu UMNO sertai mereka. Saya tidak akan mengguris hati orang UMNO. […]

» Read more

UMNO Perlukan Penawar – Ku Li

SHAH ALAM, 22 Jun – UMNO perlu melakukan ‘pembersihan’ dan ‘pembaikan’ seperti dituntut masyarakat bagi menebus semula integriti parti yang dilihat semakin pudar dalam perjuangannya, kata Tengku Razaleigh Hamzah. Veteran UMNO berusia 81 tahun itu berkata antara ‘pembersihan’ yang mesti diutamakan adalah dari aspek lagak kepimpinannya berikutan sebelum ini masyarakat melabel pemimpin parti berkenaan sebagai sombong, melampau elitis malah ada yang sukar dibuat janji temu. Menyatakan perkara berkenaan antara pendekatan yang akan diketengahkannya jika dipilih sebagai presiden UMNO pada pemilihan parti 30 Jun ini, beliau berkata langkah tersebut juga boleh menjadi ‘penawar’ kepada persepsi masyarakat terhadap parti itu. “Kita mahu pastikan polisi parti dapat menyembuhkan semula UMNO khususnya dari aspek integriti yang sebelum ini dilihat kurang […]

» Read more

UMNO Papar Calon Yang Layak Bertanding Pemilihan UMNO 2018

KUALA LUMPUR, 21 Jun – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memaklumkan bahawa Ibu Pejabat UMNO telah membuat semakan terhadap calon-calon yang menawarkan diri untuk bertanding dalam Pemilihan UMNO 2018. Katanya, senarai calon-calon bagi peringkat pusat yang telah disemak oleh pihak insolvensi dan juga mencukupi syarat-syarat yang ditetapkan untuk bertanding boleh dimuatturun menerusi http://www.umno-online.my/calonpemilihan2018/ “Bagi senarai peringkat […]

» Read more

Senarai Calon Pemilihan UMNO 2018

Calon Majlis Tertinggi [gview file=”http://www.umno-online.my/wp-content/uploads/2018/06/mt5.pdf”] Calon Pergerakan Wanita [gview file=”http://www.umno-online.my/wp-content/uploads/2018/06/wanitapusat2.pdf”] Calon Pergerakan Pemuda [gview file=”http://www.umno-online.my/wp-content/uploads/2018/06/pemudapusat3.pdf”] Calon Pergerakan Puteri [gview file=”http://www.umno-online.my/wp-content/uploads/2018/06/puteripusat2.pdf”]

» Read more
1 114 115 116 117 118 238