Ambil Pengajaran Sejarah LDP Di Jepun Untuk UMNO Bangkit Semula – Dr Shamsul

KUALA LUMPUR, 28 Julai – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata kebangkitan semula Liberal Demokratic Parti ( LDP ) di Jepun setelah kalah kepada Demockratic Parti Of Japan ( DJP ) boleh dijadikan pengajaran kepada UMNO untuk bangkit semula sebagai parti berkuasa di negara ini. Jelas beliau ada persamaan berhubung perkara tersebut di mana kalau LDP kalah […]

» Read more

Mantapkan Perpaduan Ummah BN, UMNO, PAS Kata Dr. Noraini

TAIPING 20 Julai – Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Dr. Noraini Ahmad mengingatkan semua ahli parti agar terus menyemai dan memantapkan perpaduan ummah yang terjalin antara Barisan Nasional, UMNO dan Pas. Menurut beliau, seandainya perpaduan ummah ini berterusan, beliau percaya UMNO kembali menjadi kerajaan dalam pilihan raya umum ke-15. “Sudah menjadi tugas hakiki kita untuk menyatupadukan Melayu dan ummah […]

» Read more

Ahli UMNO Terus Di Belakang Parti Walau Berdepan Pelbagai Tekanan, Cubaan

JOHOR BAHRU 20 Julai – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob puji semangat juang ahli UMNO terus berdiri teguh di belakang perjuangan parti biar pun berdepan anasir luar yang berniat jahat menghancurkan parti. Beliau berkata, walaupun kalah dan hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada tahun lalu, semangat perjuangan ahli UMNO tidak luntur malah terus membara […]

» Read more

Jangan Lupa Kenapa UMNO Ditubuhkan, Hayati Perjuangannya – Tengku Adnan

KUALA LUMPUR, 20 Julai – Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengingatkan agar semua ahli-ahli UMNO menghayati kenapa parti ini ditubuhkan 73 tahun lalu. Katanya, ini penting bagi memastikan semua pihak tahu bahawa perjuangan UMNO adalah berteraskan kepada agama, bangsa dan negara. “Kenapa UMNO ditubuhkan… Ahli-ahli UMNO perlu tahu dan bukannya menyokong atas individu atau atas ada kepentingan […]

» Read more

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Putrajaya

KUALA LUMPUR 20 Julai —  Ketua UMNO Bahagian Putrajaya merangkap Bendahari UMNO Malaysia Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersama kepimpinan UMNO Putrajaya berdiri bersama sewaktu nyanyian patriotik di dalam Perasmian Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Putrajaya 2019 petang tadi. Foto — MediaUMNO

» Read more

PPBM Sabah Guna Taktik Kotor Curi Ahli UMNO – Abdul Rahman

KOTA KINABALU, 16 Julai – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mendedahkan terdapat kepimpinan UMNO Bahagian yang melompat ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menggunakan taktik yang tidak jujur bagi mendapatkan ahli. Ujarnya, mereka yang terbabit membawa bersama fail-fail pentadbiran UMNO Bahagian dan tidak menyerahkan kepada pentadbiran baharu Bahagian walaupun fail-fail tersebut adalah hak UMNO Sabah. “Rupa-rupanya […]

» Read more
1 102 103 104 105 106 238