Rang Undang-Undang Akta Audit (Pindaan) 2024 Perkasakan Lagi Institusi Audit Negara – Azalina

KUALA LUMPUR, 3 Julai – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata Rang Undang-Undang Akta Audit (Pindaan) 2024 bertujuan untuk memperkasakan Institusi Audit Negara meliputi pewujudan kuasa baharu dan perluasan tugas serta penambahbaikan dalam aspek perjalanan kuasa dan pelaksanaan mandat Ketua Audit Negara. Menurut beliau Institusi Audit Negara telah wujud sejak tahun […]

» Read more

Kerajaan Perpaduan Mampu Menang Di Sungai Bakap – Ahmad Zahid

Nibong Tebal, 2 Julai – Kerajaan Perpaduan mampu memperoleh kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap Sabtu ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata keyakinan tersebut adalah bersandarkan kepada gerak kerja kempen jentera BN dan UMNO yang telah melaksanakan kaedah tertentu untuk mendekati sekali gus menarik […]

» Read more

PRK Sungai Bakap: Rakyat Boleh Menilai Untuk Pilih Yang Terbaik – Musa

NIBONG TEBAL, 2 Julai – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir yakin bahawa para pengundi boleh menilai dengan baik untuk memilih wakil rakyat mereka sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap pada 6 Julai ini. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam berkata, gerak kerja para jentera telah dimulakan […]

» Read more

Kesetiaan, Kesabaran Dan Keyakinan Ahli Puteri Amat Tinggi – Abd Razak

KOTA MELAKA, 2 Julai – Ahli Majlis Kerja Tertinggi merangkap Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata kesetiaan, kesabaran dan keyakinan ahli Puteri di bahagiannya amat tinggi sekali. Ujar Abdul Razak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas, hampir dua tahun pasca Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 lalu UMNO/Barisan Nasional (BN) menjadi pembangkang tetapi […]

» Read more

Skop Tugas Suruhanjaya Pekerja Gig Diperluas, Dijenamakan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia – Abdul Rahman

KUALA LUMPUR, 2 Julai – Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata jemaah menteri telah bersetuju memperluaskan skop dan bidang tugas Suruhanjaya Pekerja Gig dan menjenamakannya sebagai Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia di bawah ‘High Level Committee’ yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah. Menurut beliau Penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia yang holistik akan […]

» Read more

Program Ziarah Kasih UMNO Papar Berterusan, Cakna Kesulitan Rakyat

PAPAR, 2 Julai – Pelbagai kesulitan yang dihadapai oleh masyarakat setempat mengundang UMNO untuk meneruskan khidmat bakti menyantuni mereka agar kesusahan dapat dibantu. Hal tersebut direalitikan oleh UMNO Bahagian Papar yang sentiasa mengaktifkan gerak kerja turun padang dan usaha memastikan nasib rakyat sentiasa terbela. Ketuanya, Datuk Jamal Nerubi berkata, biarpun pelbagai kekangan dihadapi oleh parti namun usaha kepimpinan UMNO dalam […]

» Read more

Yang Lepas Kita Biarkan… Ahli UMNO Sepakat Terus Gerak Ke Depan – Shahaniza

MARAN, 2 Julai – Seluruh jentera dan ahli UMNO Bahagian Maran bertekad untuk menebus kembali kekecewaan pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu di kawasan berkenaan dalam usaha memastikan pembelaan terhadap masyarakat dapat dilaksana sebaiknya. Iltizam tersebut dinyatakan Ketua UMNO Maran, Datuk Seri Shahaniza Shamsudin ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat UMNO bahagian berkenaan yang disempurnakan Presiden parti, Datuk Seri […]

» Read more

PRK Sungai Bakap: Kempen Tunjuk Tanda Positif, Rakyat Pilih Kerajaan Perpaduan – Reezal Merican

NIBONG TEBAL, 2 Julai – Kempen minggu pertama Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap telah menunjukkan tanda positif dari segi sokongan rakyat kepada Kerajaan Perpaduan. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, gerak kerja bertemu pengundi yang dilakukan dari rumah ke rumah memberi kesan apabila segala penerangan dapat dilakukan […]

» Read more

Kementerian Dan Agensi Sentiasa Berusaha Tingkatkan Produktiviti Minyak Sawit – Johari

KUALA LUMPUR, 2 Julai – Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani memaklumkan kementerian bersama agensi-agensi terlibat sentiasa berusaha bagi meningkatkan produktiviti dan hasil dari ladang-ladang yang sedia ada supaya berdaya saing di pasaran.  Menurut beliau, langkah-langkah yang diambil dilaksana secara khusus untuk perladangan kelapa sawit secara optimum. “Ini termasuklah memastikan mempunyai bekalan buruh yang mencukupi khususnya untuk […]

» Read more

Forum Jelajah Penerangan UMNO Rungkai Persoalan, Fokus Kepentingan Rakyat

KUALA LUMPUR, 2 Julai – Penganjuran Jelajah Penerangan UMNO bagi mengupas isu-isu semasa utama yang dihadapi rakyat adalah manifestasi kepada keprihatinan parti bagi memberikan penjelasan lebih terperinci untuk dibawa ke akar umbi dan seterusnya kepada rakyat. Program cetusan Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said ini membawa pelbagai isu-isu negara dan rakyat melalui sesi forum yang mendapat perhatian […]

» Read more
1 824 825 826 827 828 2,431