Solidariti Perwakilan UMNO Sabah, Matlamat Menang PRN – Bung Moktar

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin sekali lagi meluahkan harapan dan ikrar kepada akar umbi negeri ini bagi melaksanakan gerak kerja terbaik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kelak. Beliau berkata kemenangan tersebut penting bagi memastikan UMNO/Barisan Nasional (BN) dominan sekaligus dapat mentadbir negeri ini. “Jadi matlamat kita cuma satu BN perlu menang […]

» Read more

Tabung Pendidikan Melayu Realisasi Impian Ke Menara Gading

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Tabung Pendidikan Melayu dilihat mampu untuk merealisasikan impian pelajar cemerlang dan tidak berkemampuan melanjutkan pengajian ke menara gading. Urus Setia Pendidikan Tabung Melayu, Nurul Syafiqah Hamzah, 28, berkata, Tabung Pendidikan Melayu yang dilancarkan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) tahun lepas ini telah memulakan kutipan sejak ia dilancarkan. “Tabung ini mula dilancarkan pada PAU tahun lepas. […]

» Read more

Gunakan Perkongsian Kuasa Dengan Bijaksana Untuk Mantapkan UMNO – Nurulhidayah

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Exco Wanita UMNO Malaysia, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid menyeru seluruh pemimpin dan perwakilan untuk menggunakan prinsip perkongsian kuasa dengan bijaksana terutamanya dalam usaha memantapkan parti. Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Bahagian Bagan Datuk berkata, suara rakyat perlu dihormati dan dijunjung tinggi meskipun berlaku perubahan besar dalam landskap politik pada ketika ini. “Kita telah menyaksikan […]

» Read more

Tawaran Kursus TVET Terus Ke Alam Pekerjaan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dijadikan agenda merentasi kaum dengan satu ekosistem pendidikan baharu yang menggunakan tenaga dalam negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa TVET Negara menjelaskan peluang perkerjaan sememangnya banyak tetapi industri memerlukan yang berkemahiran maka TVET adalah jawapannya untuk menyediakan […]

» Read more

Fareezad Cadang Wujudkan Sekolah Politik Mahasiswa Untuk Hadapi Pemikiran Anti Perlembagaan

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Wakil Mahasiswa Muhammad Fareezad Khairuddin berkata UMNO perlu mewujudkan sekolah politik untuk mahasiswa agar dapat mengimbangi gerakan-gerakan yang bersifat anti perlembagaan di kampus. Kata pelajar jurusan undang-undang di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu, gerakan seperti itu merupakan satu ancaman untuk masa depan negara. “Apa ancaman masa hadapan kita? Dalam kalangan mahasiswa kini terdedah dengan fenomena […]

» Read more

UMNO Terengganu Manfaat Rukun 5G, Usaha Pertingkat Sokongan Rakyat

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – UMNO Negeri Terenggunu mengaplikasi rukun 5G dalam melaksanakan gerak kerja mempertingkat sokongan rakyat negeri itu kepada parti. Wakilnya Naib Ketua Bahagian Setiu, Mohd Iskandar Jaafar berkata ia diguna pakai dalam setiap program turun padang di kawasan. “Pertama gather (kebersamaan) antara kepimpinan yang lama dan baharu, generate (menjana) semula apa yang kami hilang selama ini. “Genius […]

» Read more

Beban Ekonomi, Kehidupan Rakyat Bawa Kesan Kepada Kesihatan Mental – UMNO WP

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – UMNO Wilayah Persekutuan membangkitkan permasalahan kehidupan dan beban ekonomi yang melingkari rakyat di bandar khususnya yang tinggal di Bandaraya Kuala Lumpur. Wakilnya, Datuk Tengku Azman Tengku Zainol Abidin berkata, semua permasalahan yang timbul itu akhirnya akan memberi kesan kepada kesihatan mental dan emosi dalam institusi keluarga. “Bercakap soal kos sara hidup, memang kita acapkali menjadikan […]

» Read more

Cadang Naik Had Umur Puteri, Kerjasama Tarik Anak Muda Sertai UMNO – Hasyyati

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Exco Puteri Malaysia, Siti Nor Hasyyati Abd Rahman memohon agar had umur Pergerakan Puteri untuk dinaikkan daripada 35 tahun kepada 40 tahun. Beliau berkata ini kerana keberadaan mereka dalam parti bukan semata-mata kerana jawatan namun ingin berbakti dan memastikan kelangsungan sayap Puteri UMNO. “Apakah signifikannya rayuan kami ini wahai ayahanda-ayahanda dan bonda-bonda sekalian? Bayangkan, sebahagian […]

» Read more

Pegang Amanat Presiden, Kini Fokus Kukuhkan UMNO – Mohd Zaidy

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir berkata fokus UMNO kini adalah untuk pemerkasaan parti dengan menghadapi pelbagai cabaran di era digital untuk terus pastikan UMNO terus kekal relevan. Katanya, ucapan dasar Presiden semalam adalah seruan untuk semua, satu panggilan yang jelas dan lantang bahawa UMNO tidak akan tunduk kepada […]

» Read more

Majlis Ulama UMNO Kesal Cara Berpolitik Pas Gelar Dajal

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Majlis Ulama UMNO (MUU) menzahirkan kekesalan atas sikap dan cara berpolitik di pentas demokrasi yang keras dan kasar ditampilkan oleh Presiden Pas dengan menuduh dan menggelar pihak politik yang berbeza sebagai lebih ‘dajal’ daripada ‘dajjal’. Menerusi satu kenyataan media MUU memaklumkan bahawa politik sebegini sepatutnya dibenamkan jauh ke dasar lautan dan tidak dijadikan ikutan generasi […]

» Read more
1 759 760 761 762 763 2,429