PN Cuba Kelirukan Rakyat Tentang UMNO – Sarfarizmal

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Perikatan Nasional (PN) dilihat cuba untuk mengelirukan rakyat tentang UMNO, kata Pengarah UMNO Negeri Sembilan Comms, Sarfarizmal Md Saad. Ini kerana katanya, PPBM sedang berusaha untuk membentuk naratif seolah-olah UMNO hanya menolak Anwar dan Dap sebelum melangkah ke gerbang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 sedangkan PPBM juga menerima nasib sama. “UMNO sejak awal telah menetapkan […]

» Read more

Pengamal Perubatan Alternatif Antara Penggiat Ekonomi Gig Yang Harus Diperjuangkan – Sharkar

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Pengerusi Sekretariat Ekonomi Gig UMNO Malaysia, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata bidang perubatan alternatif di negara ini bukan sahaja harus diperkasa malah harus diiktiraf peranannya. Menurut beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, langkah berkenaan seiring dengan peranan yang dimainkan oleh industri berkenaan dalam kualiti kesihatan masyarakat yang selari dengan perubatan terkini. […]

» Read more

Rahmat Ramadan: 1,622 Keluarga Disantuni, Sarat Kasih Dan Ikhlas – Abdul Rahman

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad meneruskan usaha membantu masyarakat dengan menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada mereka yang memerlukan di bahagian Lipis. Beliau yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia berkata, sebanyak 1,622 keluarga telah menerima bantuan sepanjang bulan Ramadan ini. “Sumbangan bakul makanan ini diberikan seramai 1,622 keluarga menerima sepanjang Ramadan […]

» Read more

Norliza Yakin BN Pertahankan DUN Ayer Kuning, Trek Rekod Jadi Sandaran

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim yakin Barisan Nasional (BN) akan mempertahankan kemenangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) yang bakal diadakan April nanti. Menurutnya, keyakinan tersebut berpaksikan kepada kepercayaan rakyat terhadap rekod pentadbiran BN yang konsisten dan komitmen parti dalam meneruskan kesinambungan pembangunan yang […]

» Read more

Ketua Menteri Melaka Raikan PDRM Sempena Hari Polis Ke-218 Dalam Majlis Iftar

Melaka, 26 Mac – Majlis Iftar Ramadan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Negeri Melaka yang diadakan sempena sambutan Hari Polis Ke-218 berlangsung dengan penuh kemeriahan di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, semalam. Majlis tersebut dihadiri oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, yang menzahirkan penghargaan kepada PDRM atas khidmat bakti dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan rakyat, […]

» Read more

Kalau PPBM Ikhlas Nak Bekerjasama, Buktikan Dengan Tindakan – Mohd Ridwan

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, Datuk Mohd Ridwan Mohd Ali mengingatkan PPBM untuk membuktikan keikhlasan melalui tindakan sekiranya mereka benar-benar ikhlas bagi menjalinkan kerjasama. Beliau yang juga bekas Ahli Dewan Negara menegaskan bahawa kerjasama tersebut sepatutnya berlaku pada 2022, ketika Yang di-Pertuan Agong menyarankan agar Kerajaan Perpaduan dibentuk untuk mengatasi masalah kerajaan tergantung selepas […]

» Read more

Program ‘Tak Banyak Alasan’: UMNO Putrajaya Agih 7,500 Pek Makanan Berbuka Sepanjang Ramadan

PUTRAJAYA, 25 Mac – UMNO Bahagian Putrajaya terus komited melaksanakan gerak kerja demi kesinambungan perjuangan parti dalam apa-apa juga keadaan. Ketua Penerangannya, Tengku Muhammed Hafiz Tengku Adnan berkata, sepanjang bulan Ramadan ini, gerak kerja bagi bahagian terbabit giat menjalankan aktiviti kebajikan untuk membantu masyarakat setempat yang memerlukan. “Salah satu inisiatif utama yang sentiasa diteruskan ialah program agihan sumbangan keperluan harian […]

» Read more

Sebarang Kerjasama Dalam UMNO Dirujuk MKT, Kerajaan Perpaduan Terus Diperkukuh – Mohd Sharkar

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Sebarang keputusan yang akan diambil oleh parti akan dirujuk kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, tegas Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin. Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pimpinan pembangkang berhubung kerjasama dengan parti berkenaan. Beliau seterusnya menegaskan setakat ini parti tidak berbincang tentang kerjasama dengan Bersatu mahupun Pas. “Sebarang keputusan, […]

» Read more

PRK: UMNO/BN Mampu Kekalkan DUN Ayer Kuning – Penganalisis

KUALA LUMPUR, 25 Mac – UMNO/Barisan Nasional (BN) mampu mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada Pilihan Raya Kecil (PRK) ini, kata Penganalisis politik dari Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara, Profesor Dr Azmi Hassan. Ujarnya, para jentera perlu bekerja dengan kuat terutamanya untuk menepis dan memberi penerangan mengenai sentimen yang bakal dimainkan oleh Perikatan Nasional (PN) pada PRK tersebut. […]

» Read more

UMNO Bukan Parti Pelupa, Kami Berprinsip – Mohd Zulfadli

KUALA LUMPUR, 25 Mac – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu, Mohd Zulfadli Amiruddin menegaskan bahawa UMNO bukanlah sebuah parti yang pelupa dan berpegang teguh kepada prinsip. Ini kerana katanya, segala pengkhianatan, manipulasi politik dan serangan yang telah dilakukan oleh PPBM terhadap UMNO selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 tidak akan dapat dilupakan begitu sahaja. “Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu […]

» Read more
1 … 668 669 670 671 672 … 2,536