Melaka Berselawat: Contohi Keperibadian Rasulullah SAW, Perkukuhkan Ukhuwah – Ab Rauf

KUALA LUMPUR, 30 Dis – Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bersyukur beliau bersama isteri Datin Seri Zuriyah Ab Aziz, malam tadi dapat menyertai ribuan tetamu hebat pada Majlis Berselawat Sempena Sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 bertempat di Persiaran Jalan Merdeka, Banda Hilir, Melaka. Ujar Ab Rauf dalam satu perkongsian di Facebook, beliau dimaklumkan kira-kira 50,000 tetamu memeriahkan […]

» Read more

Amaran Hujan Berterusan: Ahmad Zahid Seru Rakyat Utamakan Keselamatan

KUALA LUMPUR, 30 Dis – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru rakyat untuk mengutamakan keselamatan lantaran amaran hujan berterusan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi (MET Malaysia) pada Ahad. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau yang juga Presiden UMNO memaklumkan bahawa terdapat peningkatan kawasan yang dilanda banjir di beberapa buah daerah. “Laporan terkini kejadian bencana banjir […]

» Read more

Sistem Aduan Bersepadu Negeri Johor Inisiatif Penting, Tingkatkan Interaksi Rakyat Dan Pihak Berkuasa

KUALA LUMPUR, 30 Dis – Exco Kerajaan Negeri Johor Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata pembangunan Sistem Aduan Bersepadu Negeri Johor adalah inisiatif penting dalam meningkatkan interaksi antara rakyat dan pihak berkuasa. Susulan pengumuman Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam belanjawan Johor 2025 November lalu mengenainya, Mohd Jafni pada Ahad telah mempengerusikan mesyuarat penyelarasan bagi gerak kerja terkini pembangunan […]

» Read more

Kerajaan Johor Teguh Bersama Palestin, Salur Bantuan Kemanusiaan – Fared

JOHOR BAHRU, 29 Dis – Sebanyak RM2 juta disumbangkan kerajaan Johor kepada rakyat Palestin menerusi Misi Bantuan Kasih Johor-Palestin. Exco Hal Ehwal Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, persediaan misi kemanusian berkenaan disusun dengan begitu rapi bagi memastikan sumbangan dapat diterima rakyat Palestin. Beliau berkata, pembungkusan dan persiapan akhir penghantaran bantuan terbabit sedang disiapkan di Easy Log Air Cargo, […]

» Read more

Pendakwaan Kes Terburu-buru: Fitnah Jadi Senjata Pembunuhan Karakter – Kamil

KUALA LUMPUR, 29 Dis – Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini perlu diberi perhatian oleh semua pihak berkaitan wujudnya pendakwaan mahkamah yang bermotifkan politik. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang, Mohd Kamil Ibrahim berkata, pendakwaan ini berlaku ketika era pemerintahan seorang pemimpin yang sering bersifat narsistik. “Kena ingat suatu ketika dahulu Perdana Menteri sekarang ini, Datuk Seri […]

» Read more

Kalau Segan Nak Berhutang, Saya Boleh Beri Percuma – Dr Akmal

KUALA LUMPUR, 28 Dis – Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menawarkan perkhidmatan kesihatan percuma kepada penduduk yang mempunyai masalah kewangan. Ini kerana kata Dr. Muhammad Akmal, jangan disebabkan kekangan kewangan orang ramai membiarkan masalah kesihatan semakin teruk. “Sekali lagi saya nak maklumkan, untuk klinik Dr Akmal Saleh, kalau tak ada duit,boleh hutang pun tak […]

» Read more

Melangkah Ke 2025: Kebersamaan Kerajaan Perpaduan Mesti Dirasai Sehingga Akar Umbi – Mohd Imran

KUALA LUMPUR, 28 Dis – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor, Datuk Mohd Imran Tamrin beranggapan bahawa kebersamaan Kerajaan Perpaduan dalam menerajui Negeri Selangor seharusnya dirasai sehingga ke akar umbi. Ini kerana katanya, Negeri Selangor yang ditunjangi oleh Barisan Nasional (BN) – Pakatan Harapan (PH) perlu mengorak langkah yang lebih tersusun untuk menjengah masuk ke tahun 2025. “Sebagai Ketua Pergerakan […]

» Read more

Melaka Bentang Belanjawan 2025 Berjumlah RM585.7 Juta

MELAKA, 27 Dis- Kerajaan negeri membentangkan Belanjawan 2025 berjumlah RM585.7 juta pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini. Ketua Menterinya Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata anggaran Perbelanjaan Mengurus adalah sebanyak RM497.7 juta manakala anggaran Perbelanjaan Pembangunan pula sebanyak RM88 juta. “Anggaran hasil kerajaan negeri pula sebanyak RM498 juta membabitkan Hasil Cukai (RM177.3 juta), Hasil Bukan Cukai (RM279.7 […]

» Read more

UMNO Beaufort Seru Raikan Semangat Perpaduan, Semai Toleransi Demi Keharmonian

BEAUFORT, 27 Dis – Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Awang Aslee Lakat menekankan pentingnya semangat perpaduan dan kesatuan dalam kalangan rakyat, meskipun berbeza agama, bangsa, dan ideologi politik. Ujarnya, jangan jadikan perbezaan sebagai alasan sebaliknya setiap individu bertanggungjawab bagi menyemai semangat toleransi demi keharmonian semua. “Perbezaan bukan penghalang untuk kita hidup bersama dalam suasana harmoni. Kita perlu terus memupuk sikap […]

» Read more

Poster Fitnah: Pemuda UMNO Terengganu Buat Laporan Polis Di Seluruh Negeri

KUALA LUMPUR, 27 Dis – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Terengganu telah membuat laporan polis di seluruh negeri terhadap satu poster fitnah berkenaan membantah hukuman sebat pesalah syariah yang dimuatnaik di beberapa akaun Facebook. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Terengganu, Tengku Haphiz Tengku Putera menafikan sekeras-kerasnya bahawa poster tersebut adalah daripada UMNO/Barisan Nasional (BN). “Hari ini Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Terengganu […]

» Read more
1 634 635 636 637 638 2,426