Puteri UMNO Johor Sambut Baik Penubuhan Jawatankuasa Khas Anti Buli

KUALA LUMPUR, 19 Ogos – Pergerakan Puteri UMNO Negeri Johor menyambut baik usaha Kerajaan Negeri yang menubuhkan Jawatankuasa Khas Anti Buli Negeri, kata Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Segamat, Fatin Nadia Ahmad Kamil. Jelasnya, penubuhan jawatankuasa tersebut membuktikan kesungguhan kerajaan negeri untuk memastikan sekolah di Johor terus menjadi persekitaran pembelajaran yang selamat, harmoni, dan kondusif. “Pergerakan Puteri UMNO Negeri Johor […]

» Read more

KPT Mantapkan TVET, Digitalisasi Dan Pembelajaran Sepanjang Hayat

KUALA LUMPUR, 19 Ogos – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memainkan penting dalam menentukan hala tuju strategik negara termasuk melihat semula kerangka menerusi sistem pendidikan. Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata usaha tersebut merangkumi pembinaan insan, latihan teknikal dan vokasional (TVET) selain memperkukuhkan digitalisasi. “Ini melibatkan pembinaan insan, melihat semula kurikulum pendidikan dan latihan seperti TVET serta lain-lain dalam […]

» Read more

Program Executive Apprentice 2025 Cungkil Pemimpin Muda Malaysia – Mohamad Alamin

KUALA LUMPUR, 19 Ogos – Seramai 32 mahasiswa luar negara hari ini menerima ‘bapa dan ibu angkat’ masing-masing menerusi Majlis Penyerahan Executive Apprentice 2025 anjuran Kelab UMNO Luar Negara (KULN) yang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Pengerusi KULN, Datuk Mohamad Alamin berkata, program ini dilaksanakan buat julung kalinya bagi memberi pendedahan awal kepada mahasiswa […]

» Read more

PDK Wadah Kerjasama Komuniti Dan Agensi – Noraini

KUALA LUMPUR, 19 Ogos – Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) adalah salah satu strategi dalam pembangunan komuniti untuk rehabilitasi, penyamaan peluang dan integrasi sosial bagi Orang Kurang Upaya (OKU). Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata PDK itu dilaksanakan melalui pendekatan multi-sektoral dengan memanfaatkan fasiliti serta kemudahan yang sedia ada. “Program ini dilaksanakan melalui […]

» Read more

‘Khidmat Bakti Tanpa Kenal Warna Parti, Apatah Lagi Kaum Dan Agama’

KUALA LUMPUR, 19 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Datuk Mohd Asna Amin memaklumkan khidmat baktinya untuk rakyat di kawasan tidak mengenal warna parti. Katanya ini kerana, sebaik sahaja dipilih sebagai wakil rakyat di kawasan tugasnya adalah menyantuni masyarakat dengan memberikan politik bakti sebaiknya. “Khidmat tidak memilih warna, maksudnya bila rakyat datang sahaja untuk minta bantuan dan sebagainya […]

» Read more

Inisiatif UMNO Bukit Bintang Semarak Kemerdekaan Dengan Kibaran Jalur Gemilang

KUALA LUMPUR, 19 Ogos – UMNO Bahagian Bukit Bintang di bawah pimpinan Ketuanya, Datuk Tengku Azman Tengku Zainol Abidin, terus menyemarakkan semangat kemerdekaan dengan penganjuran program pemasangan dan pengedaran Jalur Gemilang di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR). Ujarnya, program bersempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-68 ini dilaksanakan bersama sayap Pemuda UMNO Bukit Bintang yang diketuai oleh Wan Mohd Zamri bersama […]

» Read more

Ahmad Zahid Harap Pelajar Manfaatkan Executive Apprentice 2025

KUALA LUMPUR, 19 Ogos – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa Program Executive Apprentice 2025 menjadi platform penting untuk mencungkil bakat kepimpinan baharu dalam kalangan mahasiswa baik di dalam negara atau pelajar luar negara. Menurut beliau, pendedahan awal menerusi latihan praktikal bersama kementerian serta tokoh pemimpin lain akan memberi pengalaman yang tidak dapat diperoleh di […]

» Read more

Kerajaan Akan Kaji Keperluan Gubal Akta Anti-Buli – Azalina

KUALA LUMPUR, 19 Ogos – Kerajaan akan meneliti keperluan untuk menggubal Akta Anti-Buli yang memberi penekanan kepada penubuhan sebuah tribunal, bagi mendengar kes buli melibatkan pelajar dan kanak-kanak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said. Beliau berkata pada masa ini tiada definisi khusus atau hukuman yang jelas berkaitan kesalahan buli di bawah […]

» Read more

Sembunyi Kes Buli Adalah Satu Kesalahan Jenayah – Dr Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 19 Ogos – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan bahawa adalah satu kesalahan jenayah jika mana-mana pihak pengurusan Institusi Pendidikan MARA (IPMA) cuba menyembunyikan kes buli atas alasan menjaga reputasi atau nama baik institusi. Menurut beliau, tindakan tegas dan keras akan diambil tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak pengurusan yang terlibat dalam usaha melindungi […]

» Read more

Putatan Sedia Hadapi PRN, Jentera Diperkukuh Demi Kemenangan

PUTATAN, 19 Ogos – Ketua UMNO Bahagian Putatan, Jeffery Nor Mohamed, menegaskan bahawa kesiapsiagaan jentera parti perlu berada pada tahap terbaik bagi memastikan kejayaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal menjelang. Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan jentera Pusat Daerah Mengundi (PDM) Lok Kawi, iaitu fokus diberikan untuk memperkemas strategi, menyelaras gerak […]

» Read more
1 4 5 6 7 8 2,102