UMNO Zahir Ucapan Hari Lahir Buat Najib, Kenang Jasa Dan Kepimpinan

KUALA LUMPUR, 23 Julai – Para pemimpin UMNO tanpa mengira kedudukan pada hari ini telah menzahirkan ucapan ulang tahun buat bekas Perdana Menteri dan mantan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Razak menerusi hantaran di media sosial. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menerusi hantaran di laman Facebooknya menegaskan bahawa UMNO Negeri Pahang akan sentiasa berdiri teguh […]

» Read more

Permata Gemerlapan SPM Perniagaan 2025: Usaha Holistik Angkat Kecemerlangan Pelajar Kulai

KULAI, 23 Julai – Seramai 190 pelajar daripada 10 buah sekolah menengah daerah Kulai menyertai Program Permata Gemerlapan SPM Mata Pelajaran Perniagaan 2025 yang berlangsung di SMK Bandar Putra semalam. Program ini dirasmikan oleh Exco Kerajaan Negeri Johor merangkap Pengerusi Yayasan Sejahtera Kulai (YSK), Datuk Mohd Jafni Md Shukor. Ujarnya, program anjuran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kulai dengan kerjasama SMK […]

» Read more

Harga Terendah Bukan Jaminan Kejayaan – Ahli Parlimen Tenggara

KUALA LUMPUR, 23 Julai – Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib melihat Kementerian serta agensi pelaksana mengambil pendekatan yang lebih menyeluruh dalam menilai syarikat-syarikat yang bakal dilantik. Menurut beliau, harga terendah tidak sepatutnya menjadi satu-satunya penentu dalam proses perolehan kerajaan, sebaliknya perlu disandarkan kepada pelbagai faktor yang lebih kritikal. “Pada pandangan saya, pertimbangan utama bukan hanya harga. Kita mesti melihat kepada […]

» Read more

Wanita UMNO Segamat Komited Turun Padang, Teruskan Jelajah Siri Misi Menyantuni Rakyat

SEGAMAT, 23 Julai – Wanita UMNO Bahagian Segamat terus memperkukuh peranan mereka di akar umbi menerusi Jelajah Siri Kedua: Misi Menyantuni dan Bertanya Khabar yang diadakan di Zon Gemereh, baru-baru ini. Program ziarah yang diketuai Ketua Wanita UMNO Bahagian Segamat, Datuk Norshida Ibrahim itu menyaksikan seramai 13 keluarga disantuni dalam usaha memperkukuh hubungan silaturrahim serta mengambil tahu keadaan dan keperluan […]

» Read more

Sokongan Anak Muda Semakin Meningkat, Pemuda Dan Puteri Perlu Kekalkan Momentum

JITRA, 23 Julai – Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Mahkota dan Ayer Kuning jelas menunjukkan sokongan rakyat terutama anak muda semakin meningkat dan berpihak kepada UMNO/Barisan Nasional (BN). Mengulas perkara demikian, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Hasmuni Hassan berkata berdasarkan senario demikian, sayap parti yang mewakili anak muda seperti Pergerakan Pemuda dan […]

» Read more

Jangan Gadai Negeri Sabah Demi Kepentingan Peribadi – Suhaimi Nasir

KOTA KINABALU, 23 Julai – Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir memberi amaran keras kepada kerajaan negeri pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) agar tidak terus menggadaikan kepentingan dan aset negeri demi kepentingan politik sempit dan peribadi. Menurut Ahli Parlimen Libaran itu, amanah rakyat adalah prinsip tertinggi dalam sistem demokrasi, namun malangnya ia kini dikhianati secara terang-terangan oleh kerakusan pentadbiran […]

» Read more

Malam Maal Hijrah Di Gemencheh, Program Sentuhan Rohani

KUALA LUMPUR, 23 Julai – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemencheh, Suhaimizan Bizar meluahkan kesyukuran dengan penganjuran Sambutan Maal Hijrah DUN Gemencheh 1447H yang dilaksanakan baru-baru ini. Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tampin berkata menambahkan lagi kemeriahan apabila sambutan yang diadakan di Dataran Mini Kampung Tengah menerima kehadiran luar biasa. “Paling saya rasa bangga suasananya meriah, tenang, penuh […]

» Read more

UMNO Bukan Sekadar Parti Politik, Tapi Gerakan Perjuangan Bangsa – Reezal Merican

KUALA LUMPUR, 23 Julai – UMNO bukan sekadar sebuah parti politik, tetapi merupakan gerakan perjuangan bangsa yang telah membina negara, membawa kemajuan dan menjaga kestabilan sejak negara mencapai kemerdekaan. Demikian penegasan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, yang berlangsung pada Ahad. “UMNO telah melalui pelbagai […]

» Read more

Sistem Permohonan Tunggal SBP-MRSM Mudahkan Ibu Bapa Dan Pelajar – Dr Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 23 Julai – Pengerusi MARA yang juga Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyambut baik pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung pelaksanaan sistem permohonan tunggal bagi kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang akan dilaksanakan bermula tahun ini. Menurut beliau, langkah penyelarasan yang diumumkan selepas […]

» Read more

PRN Johor: Pembahagian Kerusi Hak Kepimpinan Tertinggi Parti – Abdul Aziz

KUALA LUMPUR, 23 Julai – Keputusan pembahagian kerusi adalah hak kepimpinan tertinggi parti dan gabungan, kata Ketua Penerangan UMNO Bahagian Iskandar Puteri, Datuk Abdul Aziz Sapian. Ini kerana katanya, UMNO Bahagian Iskandar Puteri mengambil maklum tentang kesediaan Parti Amanah Negara (PAN) untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Iskandar dan Skudai pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan […]

» Read more
1 … 524 525 526 527 528 … 2,533